Filem Samarang merupakan sebuah filem Melayu yang diterbitkan di Malaysia & Singapura pada tahun 1933. Filem ini diterbitkan dalam bentuk filem hitam putih tanpa warna.Filem Samarang diarah oleh pengarah Ward Wing dan diterbitkan oleh Syarikat United Artists (US).[1]

Samarang
PengarahWard Wing
PenulisLakon layar:
Dihasilkan olehUnited Artists (US)
SinematografiHitam-putih
Tarikh tayangan
1933
NegaraMalaya (Malaysia & Singapura)
BahasaBahasa Melayu

Di Malaya (Singapura), filem ini mula ditayangkan di Alhambra, Singapura pada bulan September atau Oktober 1933 tetapi tarikh yang tepat tidak diperolehi.[2]

United Artists Story dan IMDb menyenaraikan nama-nama Ahmang, Chang-Fu, Mamounah, Ko-Hai dan Sai-Yu tercatat dalam buku United Artists Story dan IMDb tetapi tidak ada nama Theresa Seth dan Captain Cockle seperti yang terdapat dalam iklan. Kemungkinan besar kedua pelakon tersebut terkenal di Singapura pada ketika itu.

Ringkasan sunting

Filem ini mengisahkan mengenai seorang penyelam mutiara (Ahmang) yang gagal memikat hati anak gadis ketuanya (Sai-Yu), tetapi berjaya membunuh seekor jerung ganas yang telah mengorbankan adiknya (Ko-Hai). [3]

Setelah berusaha, Ahmang kemudian mendapat banyak mutiara yang mana ini membolehkannya memiliki gadis yang dicintainya itu.[4]

Rujukan sunting

Pautan luar sunting