Asal usul Kampung Semariang Batu

  • terletak di tebing sungai Samariang yang mana keadaan geografinya dikelilingi oleh anak-anak sungai dan jalan yang penuh dengan batu-batu besar pada tahun 70an..(bersempena dengan banyaknya batu, maka kampung Samariang Batu wujud bagi menempatkan perpindahan penduduk yang datang dari kawasan sekitar seperti Santubong, Salak, Sungei Mas, Pansir Pandak.
  • Menurut kajian Ismail Mahedin mengenai kampung Samariang Batu berdasarkan temuramah dengan orang-orang tua yang pertama kali menetap di situ, mendapati Samariang Batu mendapat nama disebabkan oleh terdapatnya batu-batu besar yang terdapat di tebing sungai.
  • Populasi migrasi oleh penduduk Kampung Sungei Mas dan Kampung Salak sekitar tahun 70an merancakkan lagi pertumbuhan Kampung Samariang Batu untuk menjadi sebuah kampung yang berpusat dan teratur...
  • Kemudahan yang terdapat di kampung samariang Batu adalah seperti Surau Nurul Khair, Sekolah Rendah Kebangsaan Samariang, Dewan KHASBA, Tadika KEMAS, Pusat AIM Nurhidah, Body Fitness Studio (Aerobik Team) Padang Bola, Pusat Latihan Gendang Asli Melayu Sarawak.

Wakil rakyatSunting