Samia Suluhu Hassan (lahir 27 Januari 1960) ialah seorang ahli politik Tanzania yang kini berkhidmat sebagai Presiden negara tersebut berikutan kematian penjawat sebelumnya, John Pombe Magufuli pada 17 Mac 2021; beliau merupakan wanita pertama yang berkhidmat sebagai Presiden di rantau Afrika Timur.

Samia Suluhu
Suluhu pada Mei 2017
Presiden Tanzania ke-9
Memegang jawatan
19 Mac 2021
Perdana MenteriKassim Majaliwa
Naib PresidenTBD
Didahului olehJohn Magufuli
Naib Presiden Tanzania ke-10
Dalam jawatan
5 November 2015 – 19 Mac 2021
PresidenJohn Magufuli
Didahului olehMohamed Gharib Bilal
Digantikan olehTBD
Menteri Ehwal Kesatuan Pejabat Naib Presiden Tanzania
Dalam jawatan
29 November 2010 – 5 November 2015
PresidenJakaya Kikwete
Didahului olehMuhammed Seif Khatib
Digantikan olehJanuary Makamba
Ahli Parlimen
bagi Makunduchi
Dalam jawatan
November 2010 – Julai 2015
Digantikan olehAmeir Timbe
Menteri Pelancongan, Perdagangan dan Pelaburan
Dalam jawatan
2005–10
PresidenAmani Karume
Didahului olehMussa A. Silima
Digantikan olehSaid Ali Mbarouk
Menteri Buruh, Pembangunan Gender dan Wanita
Dalam jawatan
2000–05
PresidenAmani Karume
Butiran peribadi
Lahir (1960-01-27) 27 Januari 1960 (umur 64)
Kesultanan Zanzibar
KerakyatanTanzania
Parti politikCCM
PasanganHafidh Ameir (k. 1978)
Anak-anak4
Alma materIDM, Mzumbe (AdvDip)
Manchester (PGDip)
Universiti Terbuka TanzaniaSNHU (MSc)
TwitterSuluhuSamia
Laman web rasmiwww.samia.or.tz

Beliau menjadi naib presiden wanita pertama Tanzania berikutan pilihan raya di negara tersebut 2015 mewakili parti Chama Cha Mapinduzi (CCM) bersama Magufuli. Dua-dua Suluhu dan Magufuli dipilih semula untuk penggal kedua pada tahun 2020. Sebelum memegang jawatan sebagai naib presiden, beliau berkhidmat sebagai Ahli Parlimen untuk kawasan Makunduchi dari tahun 2010 hingga 2015, dan juga menjadi Menteri Ehwal Kesatuan Pejabat Naib Presiden dari tahun 2010 hingga 2015.

Sebelum ini, beliau bertugas sebagai menteri di wilayah autonomi separa Zanzibar semasa pemerintahan Presiden Amani Karume. Pada tahun 2014, beliau terpilih sebagai Timbalan Pengerusi Perhimpunan Pengundi ditugaskan untuk merangka perlembagaan baru negara itu.

Pada bulan September 2021, Samia Suluhu mengesahkan bahawa dia berhasrat mencalonkan diri sebagai presiden pada tahun 2025 dan dengan itu menjadi presiden wanita terpilih pertama negara jika dia menang.

Awal hayat dan pendidikan sunting

Suluhu dilahirkan pada 27 Januari 1960 di Kesultanan Zanzibar.[1]

Beliau terus memulakan pekerjaan selepas menamatkan persekolahannya pada 1977 sambil mengambil kursus singkat secara sambilan; pada tahun 1986, beliau lulus ijazah diploma pentadbiran am dari Institut Pengurusan Pembangunan (kini Universiti Mzumbe).[2]

Kerjaya sunting

Selepas pendidikan sekolah menengahnya, beliau mendapat kerja dari Kementerian Perancangan dan Pembangunan sebagai seorang kerani. Selepas tamat pengajian dengan ijazah pentadbiran awamnya, beliau mendapat kerja di suatu projek yang didana oleh Program Makanan Sedunia.[2]

Rujukan sunting

  1. ^ "Samia Suluhu Hassan - the woman set to become Tanzania's next president". BBC News (dalam bahasa Inggeris). 18 Mac 2021. Dicapai pada 19 Mac 2021.
  2. ^ a b "Member of Parliament CV". Parliament of Tanzania. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 July 2015. Dicapai pada 19 Februaro 2013. Check date values in: |access-date= (bantuan)

Pautan luar sunting