Sampling adalah penggunaan semula sebahagian potongan rakaman bunyi daripada sumber lain (sampel [sam-pĕl]) sama ada dalam bentuk irama, melodi, ucapan atau bunyi lain. Kaedah ini biasanya digabungkan dalam gubahan asal sendiri menggunakan perkakasan atau perisian khas misalnya sampler atau stesen kerja audio digital.

Amalan ini telah mempengaruhi semua genre muzik seperti muzik elektronik, hip hop dan pop - hip-hop terutamanya merupakan genre pelopor kepada penggubahan sebegini di mana penerbit rakaman menyalin rentak dan irama diingini daripada sebarang rakaman muzik funk dan soul sebelum lirik rap dibacakan sebagai iringan. Malah, ada pemuzik yang pernah menghasilkan album lengkap mengandungi lagu-lagu diolah cara sebegini. Meskipun dengan kemajuan yang diraih sebegini; ia masih ada cabaran tersendiri seperti pertindihan hak cipta rakaman asal yang digunakan lalu dikhuatiri menimbulkan isu pelanggaran atau penciplakan.

Pembangunan sunting

Konsep ini serta istilah asal mengungkapkan ia - sampling [saem-pling] - mula muncul pada tahun 1970-an hasil penerangan Kim Ryrie dan Peter Vogel menerangkan salah satu fungsi model synthesizer Fairlight CMI mereka.[1] Para pereka alat pensampel pada tempoh sekemudian lebih merujuk pengungkapan itu kepada proses teknikal alat sebegini berbanding kaedah penggunaan alat-alat sebegini secara umumnya.[2]

Kaedah sunting

Perekaan alat pensampelan yang terdahulu pada asalnya disangka akan membantu pengguna hanya setakat memakai rakaman bunyi berdurasi ringkas sebagai suatu bahan binaan asas kepada penggubahan asal sahaja; namun para pengguna model-model ini mula menggunakan sebahagian bait daripada lagu-lagu penuh terus.[2]>

Pengendalian hak cipta rakaman asal sunting

Untuk menggunakan sampel secara sah, seorang artis mesti memperoleh kebenaran undang-undang daripada pemegang hak cipta, proses yang dikenali sebagai pelepasan; ini boleh menjadi proses yang panjang dan kompleks.[3] Persampelan tanpa izin melanggar hak cipta rakaman bunyi asal, komposisi dan lirik serta persembahan seperti irama atau riff gitar. Hak moral artis asal juga boleh dilanggar jika pemilikan mereka terhadap rakaman asal tidak diiktiraf mahupun mereka sendiri membantah penggunaan sedemikian.[3] Terdapat beberapa kes di mana pensampelan boleh dilindungi di bawah undang-undang penggunaan wajar ditetapkan pemerintah Amerika Syarikat.[3]

Rujukan sunting

  1. ^ "The Lost Art Of Sampling: Part 1". Sound on Sound (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 12 Oktober 2018. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
  2. ^ a b Milner, Greg (3 November 2011). Perfecting Sound Forever: The Story of Recorded Music (dalam bahasa Inggeris). Granta Publications. ISBN 9781847086051.
  3. ^ a b c "Sample Clearance" (dalam bahasa Inggeris). SoundonSound. Dicapai pada 14 Oktober 2018.

Pautan luar sunting