Samson Sundang Gunsanad


Samson Sundang Gunsanad (atau sering ditulis sebagai Gunsanad Samson Sundang atau G.S. Sundang) (lahir 23 Ogos 1909 – 6 Jun 1996) ialah seorang ahli politik di Malaysia berasal dari Sabah.


Gunsanad Samson Sundang

Timbalan Ketua Menteri Sabah
Dalam jawatan
16 September 1963 – 14 Oktober 1975
Dilantik olehTun Fuad Stephens (1963-1965)
Tan Sri Peter Lo (1965-1967)
Tun Mustapha Harun (1967-1975)
Didahului olehjawatan baharu
Anggota Dewan Undangan Negeri Sabah
untuk Tambunan
Dalam jawatan
1971–1976
MewakiliUSNO
Didahului olehAnthony Gibon
Digantikan olehTan Sri Joseph Pairin Kitingan
Butiran peribadi
LahirSamson Sundang Gunsanad
(1909-08-23)23 Ogos 1909
Kampung Bandukan, Keningau, Borneo Utara
Meninggal dunia6 Jun 1996(1996-06-06) (umur 86)
Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia
Tempat persemadianBingkor, Keningau, Sabah
Parti politikUNKO (1961-1962)
Pasok-Momogun (1962-1964)
UPKO (1964-1967)
USNO (1967-1978)
PASOK (1978)
PasanganLouisa Liew
KeluargaGunsanad Kina (bapa)
O.K.K. Sedomon (abang)
Tun Ahmad Koroh (anak saudara)

Pada 1961, beliau bersama-sama pemimpin tempatan telah menubuhkan parti politik pertama di Sabah, Pertubuhan Kebangsaan Kadazan Bersatu (UNKO). Walau bagaimanapun, beliau telah meninggalkan parti tersebut dan bersama-sama abangnya O.K.K. Sedomon telah mengasaskan Parti Pasok Momogun Kebangsaan Bersatu (UNPMP, atau Pasok Momogun) pada 1962[1].

Beliau merupakan salah seorang daripada ahli politik tempatan Borneo Utara yang menentang pembentukan Malaysia pada awal tahun 1960-an, namun akhirnya telah bersetuju dengan pembentukan negara tersebut pada 1962[2].

Beliau telah dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri Sabah pertama semasa kepimpinan Fuad Stephens, Peter Lo Sui Yin, dan Mustapha Harun dari tahun 1963 hingga 1975.

Pada 1964, beliau telah menjayakan pembentukan Pertubuhan Pasok-Momogun Kadazan Bersatu (UPKO) yang menggabungkan Pasok Momogun dengan UNKO yang dipimpin Fuad.[3]

Rujukan

sunting
  1. ^ Prof.amey (2009-11-12). "Perkembangan Politik Negeri Sabah Dari Tahun 1963 hingga Tahun 1990". Catatan Sejarah. Dicapai pada 2023-07-26.
  2. ^ "Pasok Momogun agrees to formation of Malaysia". www.dailyexpress.com.my. 1962-10-27. Dicapai pada 2023-07-26.
  3. ^ "CUCU GS SUNDANG ANTARA SERTAI UPKO DI KENINGAU". Berita Sabah. Dicapai pada 2023-07-26.