Samsudin Lamin (23 Oktober 1939 – 1 Julai 2015) merupakan seorang penyanyi veteran lelaki Malaysia, terkenal dengan menyanyikan lagu-lagu Melayu asli.[1][2][3]

Samsudin Lamin
Kelahiran(1939-10-23)23 Oktober 1939
Kampung Baru, Kuala Lumpur, Tanah Melayu British (kini Malaysia)
Meninggal dunia1 Julai 2015(2015-07-01) (umur 75)
Rawang, Selangor, Malaysia
Genre
PekerjaanPenyanyi
InstrumenVokal
Tahun aktif1960–2015

Kerjaya Samsudin dalam bidang muzik bermula apabila beliau menyanyi untuk Radio Malaya (kini Radio Televisyen Malaysia) pada 1951 bersama Orkes Rangkaian Tunas Baru menerusi program terbitan Daud Hamzah. Beliau menyertai pertandingan Bintang Asli 1961 dan seterusnya pada 1971 yang menyaksikannya berjaya ke final peringkat kebangsaan. Ketika itu maestro Datuk Johari Salleh bertindak sebagai pengarah orkestra. Antara lagu popular beliau ialah "Laksamana Mati Di Bunuh" dan "Ketawalah Lagi" serta "Cinta Wayang".[4][5] Samsudin juga pernah menjadi tenaga pengajar muzik tradisional di beberapa sekolah.[6][7]

Beliau meninggal dunia di usia 75 tahun pada 1 Julai 2015 di kediamanya di Kampung Setia, Batu 18, Rawang akibat jangkitan kuman pada paru-paru, meninggalkan isteri Yunetta Yusof dan empat anak. Jenazahnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu 20, Kuang.[3][8]

Rujukan sunting

  1. ^ Ridzuan Abdul Rahman (17 Mac 2014). "Julang lagu Melayu asli". Harian Metro. Dicapai pada 21 Jun 2018.
  2. ^ "Samsudin bawa lagu Melayu asli ke hotel lima bintang". Berita Harian. 11 Oktober 2006. Dicapai pada 1 Jun 2018.
  3. ^ a b "Penyanyi veteran Samsudin Lamin meninggal dunia". mStar Online. 1 Julai 2015. Dicapai pada 1 Jun 2018.
  4. ^ Zaidi Mohamad (1 Julai 2015). "Penyanyi lagu Melayu Asli, Samsudin Lamin meninggal dunia". Berita Harian. Dicapai pada 1 Jun 2018.
  5. ^ Budiey (1 Julai 2015). "Penyanyi veteran Samsudin Lamin meninggal dunia". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 1 Jun 2018.
  6. ^ Wan Asrudi Wan Hasan (9 Disember 2009). "Curah ilmu kepada generasi baru". Harian Metro. Dicapai pada 1 Jun 2018.
  7. ^ Shakilawati Abd Rahman (7 Oktober 2012). "Guru irama Melayu". Metro Ahad. Dicapai pada 1 Jun 2018.
  8. ^ "Penyanyi lagu Melayu Asli, Samsudin Lamin meninggal dunia". Youth Bernama. BERNAMA. 1 Julai 2015. Dicapai pada 1 Jun 2018.

Pautan luar sunting