Samsung Engineering

Samsung Engineering Co., Ltd. (Korea: 삼성엔지니어링) ditubuhkan sebagai firma kejuruteraan pertama di Korea pada tahun 1970. Sebagai Syarikat Kejuruteraan, Perolehan dan Pembinaan (EPC), ia menyediakan pelbagai perkhidmatan kejuruteraan termasuk kajian kelayakan, reka bentuk, perolehan, pembinaan, dan pentauliahan. Syarikat ini telah menyelesaikan projek di lebih 38 negara di seluruh dunia, dengan kehadiran yang mapan di Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu, Algeria, India, Thailand, Trinidad & Tobago dan Mexico.

Samsung Engineering
Jenis/bentuk sahAwan
Didagangkan sebagaiKSE: 028050
IndustriPengurusan Projek, Kejuruteraan, Perolehan, Pembinaan, dan Pengkomisionan
Ditubuhkan20 Januari 1970; 54 tahun yang lalu (1970-01-20)
Ibu pejabatSeoul, Korea Selatan
Tokoh pentingSungan Choi, Presiden & CEO
KeluaranHidrokarnom, perindustrian, alam sekitar, kemudahan dan tapak kilang berkaitan infrastruktur
PemilikSamsung Sunting ini di Wikidata
Bilangan kakitangan5.566 (sehingga 2018)
Syarikat indukSamsung Sunting ini di Wikidata
Tapak webSamsung Engineering Website
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Sejarah sunting

Korea Engineering ditubuhkan pada tahun 1970 oleh pemerintah Korea sebagai syarikat kejuruteraan pertama di negara ini.[1] Ia diambil alih oleh Samsung Group pada tahun 1978. Sepanjang tahun 1970-an dan 80-an, pemerintah Korea mengutamakan pembangunan industri berat dan kimia dan Korea Engineering bertanggungjawab untuk merancang projek seperti kilang Korea National Oil Corp, kilang baja Namhae dan kilang petrokimia Honam.

Korea Engineering dinamakan semula menjadi Samsung Engineering pada tahun 1991.[1] Pada tahun 1993, syarikat ini dianugerahkan projek pertama di luar negara, sebuah kilang pemisahan gas asli di Thailand. Sepanjang tahun 1990-an dan 2000-an, Samsung Engineering meneruskan pengembangan antarabangsa dan projek-projek antarabangsa kini merangkumi sebahagian besar perniagaan syarikat.

Pada tahun 2010-an, Samsung Engineering berkembang ke bidang perniagaan baru termasuk loji janakuasa dan kilang keluli dan pada masa yang sama menjalankan projek-projek bernilai bilion dolar di Arab Saudi dan UAE. Syarikat ini tidak bersedia untuk melaksanakan projek-projek ini, menyebabkan kerugian 1.3 bilion dolar AS pada tahun 2015.[2]

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ a b "History". Samsung Engineering. Dicapai pada Nov 26, 2019.
  2. ^ Lee, Joyce (Oct 22, 2015). "Samsung Engineering in $1 bln rights issue after huge loss; shares dive". Reuters. Dicapai pada Nov 26, 2019.

Pautan luar sunting