Buka menu utama
Rencana ini ialah mengenai telefon pintar/tablet yang diperkenalkan pada tahun 2011. Untuk peranti selanjutnya, sila lihat siri Samsung Galaxy Note.

Samsung Galaxy Note adalah sebuah telefon pintar yang menggunakan Sistem pengendalian Android juga sebuah komputer tablet, mula dipasarkan pada bulan Oktober 2011. Telefon ini berjaya menarik perhatian pengguna disebabkan keunikan paparan 5.3 incinya yang berada di pertengahan antara telefon pintar dan komputer tablet. Ia juga dilengkapi dengan pen stylus dikenali dengan nama 'S Pen'. Samsung agak berjaya dengan idea stylusnya yang pernah juga pernah digunakan oleh peranti terdahulu seperti PDA. Penggunaan S pen dengan ciri-ciri membuat nota, seperti mana nama Galaxy note itu sendiri menyerlahkan sisi lain penggunaan smartphone.

Samsung Galaxy Note
(Model: GT-N7000)
Samsung Electronics
SiriSiri Note
Rangkaian(GSM/GPRS/EDGE): 850, 900, 1800, and 1900 MHz
UMTS: 850, 900, 1900, and 2100 MHz
HSPA+: 21 Mbit/s;
HSUPA: 5.76 Mbit/s;
Evolusi Jangka Panjang "Long Term Evolution-LTE"
PendahuluSamsung Infuse 4G
Rencana berkaitSamsung Galaxy S II
Samsung Galaxy Tab 10.1
Samsung Galaxy Note 10.1[1]
JenisSkrin sentuh telefon pintar
Dimensi146.85 mm (5.781 in) H
82.95 mm (3.266 in) W
9.65 mm (0.380 in) D
Berat178 g (6.3 oz)
Sistem pengendalianSistem pengendalian Android 2.3.6 (Gingerbread) dengan TouchWiz UI 4.0
CPU1.4 GHz dual-core ARM Cortex-A9 SoC processor; Samsung Exynos 4210 (GT-N7000) / 1.5Ghz Qualcomm Snapdragon 8255T (GT-N7003)
GPUARM Mali-400 MP (GT-N7000)/Adreno 205(GT-N7003)
Ingatan1 GB RAM
Muatan storan16/32 GB ingatan kilat
Media boleh alihmicroSD (up to 32 GB)
BateriLi-ion 2500 mAh
InputMulti-touch skrin sentuh, headset controls, penderia hampir jarak dan penderia cahaya suram, 3-axis giroskop, magnetometer, akselerometer, barometer, aGPS, GLONASS dan radio FM stereo, S Pen (Stylus)/Pen UX
Paparan1280x800 px, 13.46 sm (5.3 in) pada 285 ketumpatan piksel ("Pixel densiti-ppi") XGA Lebar ("WXGA") HD Super AMOLED PenTile[2]
Kamera belakang8 Mpx 3264x2448 dengan fokus automatik, 1080p 30 kadar bingkai ("fps") rakaman video HD Penuh, dan pegun. Flash LED tunggal.
Ketersambungan3.5 mm TRRS; Wi-Fi (802.11a/b/g/n); Wi-Fi Direct; Bluetooth 3.0; Micro USB 2.0; Optional Near field communication (NFC); USB Host (OTG) 2.0
Lain-lainExchange ActiveSync, permesejan berintegrasi Social Hub, Readers Hub, Music Hub, Game Hub dan Samsung ChatOn

SejarahSunting

Galaxy Note diumumkan oleh Samsung ketika "Internationale Funkausstellung Berlin" 2011 di Berlin. Ia dibebaskan kepada umum bermula di Jerman pada akhir Oktober 2011, dengan negara lain sejurus selepas itu.[3] Menjelang akhir November, ia terdapat dikebanyakan pasaran utama, termasuk Asia Timur, Europe dan India.

Pada Disember 2011, Samsung mengumumkan bahawa 1 juta Galaxy Notes dihantar dalam tempoh kurang dari dua bulan, dan bahawa Galaxy Notes akan mula dijual di Amerika Syarikat bermula dari 19 Februari 2012 dari AT&T.[4] Pada awal Januari, unit awal, khusus bagi pengendali AT&T, dibekalkan kepada media, sebagai persediaan bagi terbitan awam di pasaran Amerika Syarikat.[5]

Saiz dan binaannyaSunting

 
Gambar skrin catatan pada Galaxy Note, menunjukkan gambar membandingkan saiz Galaxy Note dengan telefon pintar dan tablet yang lain (Aturan dari atas ke bawah: Sony Ericsson Xperia Play, Samsung Galaxy S II, HTC Titan, Samsung Galaxy Note, T-Mobile G-Slate, dan Samsung Galaxy Tab 10.1).

Galaxy Note, dengan skrin 135 mm (5.3 in), bersaiz antara telefon pintar seperti Galaxy S II dan tablet Galaxy Tab. PC World Australia berpendapat bahawa Samsung Galaxy Note terlalu besar sebagai telefon mudah alih sebenar, menyebut kesukaran menggunakannya sebelah tangan.[6] Techradar mempersoal pemasaran Samsung Galaxy Note kerana pengguna tidak dapat menyimpannya dalam poket kecil dan kelihatan hodoh apabila meletakkannya pada pipi mereka ketika berbual.[7] GigaOM menganggapnya sebagai perintis dalam segmen pasaran baru, sungguhpun Dell Streak yang berbentuk sama tetapi gagal, menggabungkan ciri terbaik kedua jenis peranti.[8] Pocket-lint mengulas bahawa Samsung Galaxy Note menunjukkan potensi sebagai konsol permainan.[9]

Sebagaimana telefon pintar dan tablen terkini, peranti ini dibina dalam format "kepingan" ("Slate"). Badannya dari plasting dengan bingkai logam.[10] Panel hadapan menggunakan kaca Gorilla,[11] kaca diperkukuh yang sering digunakan bagi peranti mewah sepertinya.


Samsung menghasilkan beberapa himpunan hiasan seperti penutup skrin di kepit (yang menggantikan penel belakang), docking station, dan pencaj bateri tambahan dan styluses.[3]


RujukanSunting

Pautan luarSunting