Samsung SDS

Samsung SDS (Hangul:삼성에스디에스), ditubuhkan pada tahun 1985 sebagai anak syarikat Samsung Group, ialah penyedia perkhidmatan teknologi maklumat, bermula dari perkhidmatan perundingan, hingga penyumberan luar.[1] SDS juga aktif dalam penyelidikan dan pembangunan teknologi baru, seperti kecerdasan buatan, blok rantai, Internet benda, dan kejuruteraan penyumberan luar. Pada tahun 2019, Samsung SDS mencatatkan nilai bersih sebanyak 750,4 bilion won ($635 juta), meningkat 17,5% dari tahun sebelumnya.[2] Syarikat ini menjadi syarikat paling berharga kesebelas di antara penyedia perkhidmatan teknologi maklumat lain di dunia, dengan nilai AS$3,7 bilion pada Januari 2020.[3][4] Samsung SDS beribu pejabat di Korea Selatan dan memiliki lapan anak syarikat di luar Korea Selatan, iaitu di Amerika, Asia-Pasifik, China, Eropah, Amerika Latin, Timur Tengah, India, dan Vietnam.[5]

Samsung SDS Co. Ltd.
Awam
ISINKR7018260000
Pengasas1 Mei 1985
Ibu pejabat35 Olympic-Ro, 125, Songpa-gu, Seoul, Korea Selatan, Korea Selatan
Tokoh penting
Hong Won-Pyo (CEO)
Hasil₩10.720 bilion (Disember 2019)
₩990 bilion (Disember 2019)
₩750 bilion (Disember 2019)
Jumlah aset₩9.021 bilion (Disember 2019)
PemilikLee Kun-hee
Bilangan kakitangan
12.501 (2019.12)
IndukSamsung Group
Laman web rasmi
www.samsungsds.com
Ibu pejabat Samsung SDS di Seoul, Korea Selatan.

SejarahSunting

Samsung SDS ditubuhkan pada tahun 1985 dengan nama Samsung Data Systems, dan kemudian namanya diubah menjadi Samsung SDS pada tahun 1997. Syarikat ini ditubuhkan untuk menyediakan ITSM kepada anak syarikat Samsung Group yang lain, terutama berasaskan teknologi digital kontemporari, seperti telefon bimbit, media sosial, sensor, teknologi awan, dan lain sebagainya.[6]

Pada mulanya, syarikat ini berfokus pada integrasi sistem dan pemyumberan luar teknologi maklumat, kemudian berkembang ke bidang logistik, proses perniagaan penyumberan luar, dan platform proses pengeluaran berasaskan teknologi maklumat. Baru-baru ini, Samsung SDS mula menangani kecerdasan buatan, blok rantai, komputasi awan, analisis data, dan platform berasaskan keamanan. Syarikat ini mulai berkembang ke luar Korea Selatan pada tahun 1997 dengan menubuhkan Samsung SDS America, dan Samsung SDS China pada tahun 1999. Syarikat ini memiliki lapan ibu pejabat serantau dan pejabat di 41 negara.[7] Pada tahun 2014, syarikat ini melakukan tawaran awam permulaan, dan seterusnya menjadi penawaran saham permulaan terbesar ketiga dalam sejarah Korea Selatan.[8] Pada tahun 2019, Samsung SDS menjadi syarikat teknologi maklumat Korea pertama yang penjualan tahunannya dapat melebihi 10 trilion won.[9]

PerkhidmatanSunting

Samsung SDS menyediakan perkhidmatan teknologi maklumat profesional,[10][11] platform dan penyelesaian[Penjelasan diperlukan],[12][13] dan infrastruktur teknologi maklumat,[14][15] untuk industri perkilangan,[16][17] kewangan,[18][19] dan perkhidmatan.[20][21][22][23] Syarikat ini juga menyediakan perkhidmatan penyumberan luar proses perniagaan logistik untuk logistik global dan perkhidmatan teknologi maklumat khas logistik.[24][25] Syarikat ini memiliki pelbagai platform, alat, dan perkhidmatan yang menggunakan kecerdasan buatan, rantai blok, awan, analisis data, dan teknologi berasaskan keselamatan.

Perkhidmatan teknologi maklumatSunting

Samsung SDS menyediakan perundingan projek-unit dan perkhidmatan SI dengan menganalisis masalah perniagaa menggunakan rencana induk teknologi maklumat, inovasi proses, perancangan strategi maklumat, kelincahan, dan CX.[26] Syarikat ini juga menyediakan perkhidmatan analisis, perancangan, dan pengembangan aplikasi untuk pelbagai keperluan, bermula dari pengurusan perniagaan, pengurusan rantaian bekalan, pengurusan hubungan pelanggan, dan analisis pengeluaran.[27]

Melalui perkhidmatan infrastruktur stabil, syarikat ini menyediakan perkhidmatan awan, pusat data, rangkaian, dan keselamatam untuk pelbagai industri.[28] Perkhidmatan penyumberan luar aplikasi milik syarikat ini menyokong sumber daya, seperti kepegawaian, peranti mudah alih, dan sumber daya maklumat.[29]

Platform dan penyelesaianSunting

PlatformSunting

Platform analisis data milik syarikat ini, Brightics AI, menyediakan perkhidmatan analisis, visual, dan percakapan. Platform tersebut menggabungkan pembelajaran mesin, pembelajaran dalaman, pemprosesan bahasa semulajadi, dan Chatbot, yang dapat diterapkan untuk pelbagai tujuan. Platform itu digunakan di sektor pembuatan,[30] pembinaan,[31] logistik,[32] dan peruncitan.[33] Syarikat ini juga memiliki versi terbuka dari platform tersebut yang diberi nama Brightics Studio.[34]

Brightics IoT ialah sebuah platform Internet benda yang dirancang untuk mengoptimakan pengumpulan dan pemprosesan data dari pelbagai peranti, serta sistem terdahulu. Platform tersebut menyokong pelbagai protokol komunikasi, seperti MQTT, Constrained Application Protocol (CoAP), Bluetooth Low Energy (BLE), Zigbee, dan Modbus. Platform tersbeut digunakan di industri pembuatan, pembinaan, bandar pintar, dan bangunan pintar.

Syarikat ini melancarkan Nexledger, sebuah platform rantai blok korporat pemilikan pada tahun 2017. Platform tersebut direka untuk mengintegrasikan pelbagai algoritma konsensus rantai blok, seperti Ethereum dan Hyperledger Fabric. Nexledger, dan turunannya, Nexledger Universal, telah digunakan oleh pelbagai industri. Bersama ABN AMRO Bank dan Pelabuhan Rotterdam, syarikat ini membangunkan platform DELIVER untuk menyokong dokumentasi, penyerahan aset, dan pencegahan pembayaran ganda pada pengapalan logistik antarabangsa.[35] Samsung SDS juga membuat sistem pengesahan berasaskan rantai blok untuk Persekutuan Bank Korea, sehingga nasabah dapat mengadakan transaksi dari beberapa bank menggunakan pensijilan dari satu bank sahaja.[36] Syarikat ini juga berkolaborasi dengan IBM untuk membangunkan Accelerator, yang meningkatkan hasil transaksi pada Hyperledger Fabric dengan kelipatan 10.[37]

Samsung SDS juga melancarkan peranti mudah alih kecerdasan buatan korporat, Brity pada tahun 2017, dan bertukar nama menjadi Brity RPA.[38] Brity RPA ialah sebuah alat automasi cerdas perbualan yang menggunakan teknologi kecerdasan buatan seperti chatbot, optical character recognition (OCR), dan pembelajaran mesin untuk meningkatkan produktiviti kerja.[39] Syarikat ini mengembangkan fungsi seperti pengesyoran proses kerja automatik berdasarkan analisis log pengguna dan membangunkan alat yang mengarah pada hiperautomasi terintegrasi dengan penambahan proses dan bot yang dapat belajar sendiri, sehingga dapat mengautomasi pelbagai proses kerja. Pada Mei 2019, syarikat ini membuka sebuah portal automasi perniagaan untuk melatih pegawai menggunakan Brity RPA dan mengaplikasikannya untuk pekerjaan yang berulang. Dengan Brity RPA, 15.000 pegawai dapat menjimatkan 550.000 jam dalam sembilan bulan. Peranti mudah alih tersebut mengurangkan jam kerja di seluruh kawasan perniagaan, termasuk logistik, operasi teknologi maklumat, dan pembelian, serta meningkatkan kualiti pemeriksaan dengan mengurangkan kesilapan manusia.[40]

RujukanSunting

  1. ^ http://www.sds.samsung.com/service/industries/index.jsp
  2. ^ "Samsung SDS reports record net profit in 2019". koreajoongangdaily.joins.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 13 May 2020.
  3. ^ "Samsung SDS Places 11th among Global IT Service Companies in Terms of Brand Value". Businesskorea (dalam bahasa Korea). 28 January 2020. Dicapai pada 13 May 2020.
  4. ^ "Brand Finance IT Services 25 2020" (PDF). Brand Finance.
  5. ^ "Samsung SDS: Global Offices". Samsung SDS.
  6. ^ Uhl, Axel; Gollenia, Lars Alexander (2016). Digital Enterprise Transformation: A Business-Driven Approach to Leveraging Innovative IT. London: Routledge. m/s. 85. ISBN 9781472448545.
  7. ^ "Samsung SDS Global Offices". Samsung SDS.
  8. ^ Mu-Hyun, Cho. "Samsung SDS doubles IPO price on market debut". ZDNet (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 11 May 2020.
  9. ^ "Samsung SDS Surpasses 10 Tril. Won in Annual Sales". Businesskorea (dalam bahasa Korea). 25 January 2019. Dicapai pada 11 May 2020.
  10. ^ "(LEAD) Samsung SDS posts record 2019 earnings". Yonhap News Agency (dalam bahasa Inggeris). 30 January 2020. Dicapai pada 11 May 2020.
  11. ^ "Samsung SDS Offerings: IT Services". Samsung SDS.
  12. ^ "Samsung SDS bolsters cloud security service". Yonhap News Agency (dalam bahasa Inggeris). 14 March 2019. Dicapai pada 11 May 2020.
  13. ^ "Samsung SDS - Enterprise Solutions". Samsung SDS.
  14. ^ "Samsung SDS seeks to expand portfolio, cut reliance on sister firms". Yonhap News Agency (dalam bahasa Inggeris). 22 September 2019. Dicapai pada 11 May 2020.
  15. ^ "Samsung SDS - Infrastructure Services". Samsung SDS.
  16. ^ "(LEAD) Samsung SDS to expand partnerships for 'intelligent factory'". Yonhap News Agency (dalam bahasa Inggeris). 8 May 2019. Dicapai pada 11 May 2020.
  17. ^ "Samsung SDS - Manufacturing". Samsung SDS.
  18. ^ "Samsung SDS - Finance". Samsung SDS.
  19. ^ "Samsung SDS unveils blockchain platform accelerator". Yonhap News Agency (dalam bahasa Inggeris). 14 February 2019. Dicapai pada 11 May 2020.
  20. ^ Campos, Guy (7 January 2019). "Harman to distribute Nexshop retail experience platform". AV Magazine (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 11 May 2020.
  21. ^ "'Making it Personal' with Samsung Nexshop | Automotive World". www.automotiveworld.com. Dicapai pada 11 May 2020.
  22. ^ "Samsung SDS - Retail". Samsung SDS.
  23. ^ "Samsung SDS - Healthcare". Samsung SDS.
  24. ^ "Busan Port Authority and Samsung SDS to develop Rotterdam logistics hub". Port Technology International (dalam bahasa Inggeris). 26 February 2020. Dicapai pada 11 May 2020.
  25. ^ "Samsung SDS - Logistics". Samsung SDS.
  26. ^ "Samsung SDS showcases key technologies for digital transformation". koreatimes (dalam bahasa Inggeris). 2019-05-08. Dicapai pada 2020-06-08.
  27. ^ Mu-Hyun, Cho. "Samsung SDS invests in US API integration firm Jitterbit". ZDNet (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2020-06-08.
  28. ^ "Samsung SDS launches 10-acre data centre campus in South Korea". Data Economy (dalam bahasa Inggeris). 2019-09-23. Dicapai pada 2020-06-08.
  29. ^ "삼성SDS, 삼성전자와 6873억 규모 아웃소싱 계약".
  30. ^ "Samsung SDS reinforces smart factory platform business - Pulse by Maeil Business News Korea". pulsenews.co.kr (dalam bahasa Korea). Dicapai pada 14 May 2020.
  31. ^ "Samsung C&T wins the CIO 100 Awards for the first time among Korean builders". Korea IT Times (dalam bahasa Korea). 11 March 2020. Dicapai pada 14 May 2020.
  32. ^ "Samsung SDS to apply blockchain, AI to logistics solutions". www.theinvestor.co.kr (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 14 May 2020.
  33. ^ "Samsung SDS to Introduce AI, Big Data-based Smart Logistics Platform". Businesskorea (dalam bahasa Korea). 9 March 2018. Dicapai pada 14 May 2020.
  34. ^ "Samsung SDS - Brightics AI".
  35. ^ "Samsung SDS Connects Different Blockchain Platforms with 'Deliver' Platform". Businesskorea (dalam bahasa Korea). 15 March 2019. Dicapai pada 13 May 2020.
  36. ^ "'BankSign': Samsung Launches Blockchain Certification Platform for Korea's Banks". finance.yahoo.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 13 May 2020.
  37. ^ "IBM and Samsung SDS advancing blockchain and business outcomes". Blockchain Pulse: IBM Blockchain Blog (dalam bahasa Inggeris). 17 May 2019. Dicapai pada 13 May 2020.
  38. ^ "Samsung SDS releases enterprise AI software". koreajoongangdaily.joins.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2020-05-26.
  39. ^ http://www.newsworld.co.kr. "newworld". newworld. Dicapai pada 2020-05-26.
  40. ^ ""The best RPA developers are the best references on their own". 서울시티 (dalam bahasa Korea). 2020-03-16. Dicapai pada 2020-05-26.

Pautan luarSunting