Christian Friedrich Samuel Hahnemann (bahasa Jerman: [ˈhaːnəman]; 10 April 1755[1] - 2 Julai 1843) adalah seorang pakar perubatan Jerman, yang paling terkenal kerana mencipta sistem perubatan alternatif pseudosaintifik[2] yang dipanggil homeopati.

Samuel Hahnemann
Kelahiran(1755-04-10)10 April 1755
Meninggal dunia2 Julai 1843(1843-07-02) (umur 88)
Paris, Perancis
WarganegaraJerman
Terkenal keranaHomeopati

Beliau mempelajari pelbagai bahasa sehingga beliau dapat menguasai bahasa Latin, Arab, Greek, Inggeris, Perancis dan Sepanyol, selain daripada bahasa ibundanya. Beiau berjaya menamatkan pengajian perubatannya di Universiti Erlangen di mana beliau telah dianugerahkan ijazah Doctor of Medicine pada 10 hb. Ogos 1779.

Semasa Dr. Hahnemann menterjemah sebuah buku daripada bahasa Inggeris kepada bahasa German yang ditulis oleh Dr. William Cullen berjodol “A Treaties on Materia Medica,” beliau mendapati sejenis ramuan - Cinchona (Peruvian Bark). Cinchona pernah digunakan untuk merawat malaria di Amerika Selatan dan Eropah. Ia juga dikatakan pernah diguna bagi menyembuhkan Countess of Cuichon, iaitu isteri pembesar Peru. Justeru didorong oleh perasaan ingin tahu yang amat sangat, Dr. Hahnemann telah mencuba beberapa dos `Cinchona’ dengan tujuan untuk menguji kesan dan implikasinya. Setelah dicuba ramuan tersebut, beberapa simptom utama mula menjelma. Kaki dan hujung jarinya bertukar menjadi sejuk, rasa mengantuk datang secara tiba-tiba, jantung dan denyutan nadinya semakin kencang dan tubuh beliau pula mula menggeletar. Kejadian ini berulang tiap kali dos `Cinchona’ diambil.

Hasil daripada percubaan ke atas Cinchona, terlintas di dalam fikiran Dr. Hahnemann tentang undang-undang tabii yang masyhur dengan nama `Undang-undang Seraksi’ atau ‘Law of Similars’. Mengikut undang-undang ini, “suatu ramuan ubat itu boleh menyembuhkan orang sakit disebabkan ia boleh menghasilkan simptom-simptom yang serupa apabila ia diberikan kepada orang yang sihat.”

Pada tahun 1810, Dr. Hahnemann telah menerbitkan, “Organon of Rational Medicine”. Tajuk buku tersebut kemudiannya diperbaharui dengan nama “Organon of the Healing Art.” Di dalam Organon inilah Dr. Hahnemann mengembangkan prinsip asas homeopati kepada “SIMILIA SIMILIBUS CURENTUR” - atau “Let likes be cured with likes.” Buku ini mengandungi rumusan-rumusan homeopati sebagai kaedah yang rasional dan menjelaskan ayat demi ayat prinsip-prinsip seni kesembuhan yang ma’kul. Beliau menekankan bahawa kandungannya adalah hasil-hasil daripada pengalaman dan ujikaji yang hanya dirujuk kepada pengalaman dan ujikaji yang dilakukan, dan oleh itu kebenarannya hanya boleh ditolak oleh pengalaman yang berlawanan dan ujikaji juga.

Di dalam buku Organon beliau juga telah memberikan definisi kesembuhan sebenar, iaitu:

“Setinggi-tinggi hemah dan tugas doktor itu ialah mengembalikan pesakit kepada sihat sebagaimana yang di kehendaki. Setinggi-tinggi hemah doktor itu ialah mengembalikan kesihatan dengan jalan yang cepat, lemah-lembut dan berkekalan, atau menyembuhkan penyakit secara keseluruhannya dalam jangka masa yang pendek, dapat dipertanggungjawab serta paling tidak merbahaya menurut kaedah yang ma’kul.” [3]

Dr. Hahnemann meninggal pada 2hb Julai 1943. selepas amalan homeopatinya terkenal sekali sampai ke England, Peranchis, Eropah dan ke seluruh dunia. [4]

Di Malaysia dan Asia Tenggara, sistem perubatan homeopati telah diperkenalkan orang-orang India yang berdagang dan dikembangluaskan oleh Dr. Burhanuddin al Helmy yang mulai membuka kliniknya bersama S.A. Rajah pada tahun 1930-an serta membuka kuliah homeopati selepas Perang Dunia Kedua. [5]

Rujukan sunting

  1. ^ Walau bagaimana pun, beberapa sumber menyatakan bahawa dia dilahirkan pada awal 11 April 1755, Haehl, Richard (1922). Samuel Hahnemann his Life and Works. 1. m/s. 9. Hahnemann, dilahirkan pada 10 April kira-kira pukul dua belas tengah malam.
  2. ^ Ladyman J (2013). "Chapter 3: Towards a Demarcation of Science from Pseudoscience". Dalam Pigliucci M, Boudry M (penyunting). Philosophy of Pseudoscience: Reconsidering the Demarcation Problem. University of Chicago Press. m/s. 48–49. ISBN 978-0-226-05196-3. Namun homeopati adalah contoh pseudosains paradigmatik. Ini bukan sekadar sains buruk atau penipuan sains, tetapi jauh meninggalkan kaedah dan teori saintifik sambil digambarkan sebagai ilmiah oleh beberapa penganutnya.
  3. ^ Mohamed Hatta Abu Bakar. 1997. Perubatan Homoeopati. Banting: HBI Health & Homoeopathy Centre.
  4. ^ https://www.britannica.com/biography/Samuel-Hahnemann
  5. ^ http://www.homeoint.org/articles/malay/malaysia.htm