Sandera (sebuah perkataan sastera lama yang bermaksud tebusan) merupakan sebuah novel bertemakan sejarah hasil karya Arena Wati. Pada mulanya, karya ini telah terperap hampir tiga tahun dalam simpanan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) sebelum akhirnya diterbitkan pada tahun 1971. Selain itu, novel ini pernah dijadikan teks bagi pelajar aliran sastera. P. Ramlee juga pernah menyatakan hasrat untuk mengadaptasinya kepada filem kerana mesej kenusantaraannya yang sangat kuat.[2]

Sandera
Kulit depan buku
Umum
PengarangArena Wati
NegaraMalaysia
BahasaBahasa Melayu
GenreSejarah, sastera
Penerbitan
PenerbitDewan Bahasa dan Pustaka (DBP)
Tarikh penerbitan
1971
Jenis media
Cetakan (kulit lembut)
Halaman339[1]
PenghargaanHadiah Utama Sayembara 10 Tahun Merdeka (1968)
Kawalan kewibawaan
900

Novel ini menceritakan kisah kebangkitan rakyat di nusantara menentang penjajahan dari pihak luar. Kandungan novel ini juga mengandungi panduan dan nasihat kepada mereka yang hidup selepas merdeka agar menghargai dan memahami kemerdekaan yang telah diperjuangkan oleh pemimpin terdahulu. Di atas permintaan ramai, buku ini pernah dicetak semula pada tahun 1986.[2]

Anugerah

sunting

Novel ini pernah memenangi Hadiah Utama Sayembara 10 Tahun Merdeka (1968) pada tempat ketiga dalam satu peraduan luar biasa yang mana tiada pemenang pertama dan kedua. Penganjur sayembara telah kehilangan penajaan dan hanya mampu memberikan hadiah tempat ketiga.[2]

Gambaran keseluruhan

sunting

Novel ini menceritakan kisah perjuangan individu bernama Busad di samping rakan dan ahli keluarganya yang hidup dalam satu zaman serba mencabar yang menuntut pengorbanan harta, masa dan keluarga. Busad, seorang pelopor yang menentang pihak Belanda telah berjaya melarikan diri daripada ditahan di Digul, Tanah Merah. Ayahnya berasal dari Tanah Melayu, tetapi Busad tidak mengetahui dari negeri yang mana satu.[2]

Kebanyakan watak dibina dengan baik dan mendapat bahagian masing-masing serta tidak dilihat dari satu dimensi sahaja. Menariknya, watak-watak utama dalam novel ini semuanya pernah menjadi tahanan pihak berkuasa termasuklah Busad dan Sariyah (melalui pihak Belanda), Mahmud (melalui pihak Jepun), Zahid (melalui pihak Kerajaan Persekutuan, sewaktu Konfrontasi Indonesia-Malaysia) dan Sapiah (melalui pihak Kerajaan Persekutuan, selepas menyerah diri daripada menyertai komunis).[2]

Rujukan

sunting
  1. ^ "Sandera by Arena Wati". Goodreads. Dicapai pada 27 Mei 2013.
  2. ^ a b c d e "Sandera (1971), Arena Wati". Blogger. 17 Jun 2007. Dicapai pada 27 Mei 2013.