Sandiwara (album Nora)
Sandiwara merupakan album studio pertama oleh penyanyi wanita Malaysia, Nora, dikeluarkan pada Jun 1994 oleh Warner Music Malaysia. Suami Nora, Johan Nawawi dan komposer Adnan Abu Hassan berkhidmat sebagai penerbit album.[1][2][3][4] Antara lagu yang dikeluarkan sebagai single ialah "Interlud", "Di Persimpangan Dilema" dan "Sandiwara".[5][6] Album ini menjadi kejayaan komersial apabila ia terjual sebanyak 100,000 unit dan menerima pensijilan platinum.[7]
Sandiwara | ||||
---|---|---|---|---|
Album studio oleh | ||||
Dilancarkan pada | Jun 1994 | |||
Tempat | Malaysia | |||
Genre | Pop, Melayu | |||
Bahasa | Bahasa Melayu | |||
Syarikat | Warner Music Malaysia | |||
Penerbit | Johan Nawawi, Adnan Abu Hassan | |||
Kronologi Nora | ||||
| ||||
sunting · sunting di Wikidata |
Senarai runut
suntingNo. | Tajuk | Penulis | Masa | |
---|---|---|---|---|
1. | "Interlud" | Adnan Abu Hassan, Othman Zainuddin | 4:22 | |
2. | "Kau Angin Yang Membantu" | Mohd. Fauzi Darus (Jay Jay), Rosli Khamis (Loloq) | 3:25 | |
3. | "Di Persimpangan Dilema" | Adnan Abu Hassan, Elyna | 5:19 | |
4. | "Citra" | Johan Nawawi | 4:02 | |
5. | "Mengharap Cintamu" | Nik Mazrie, Alimi Mahmod | 4:45 | |
6. | "Harum" | Fauzi Marzuki, Amran Omar | 4:54 | |
7. | "Joget Kelantan" | Ahmad Salihin | 3:02 | |
8. | "Melodi Perpisahan" | A. Riyanto | 4:33 | |
9. | "Rentak Jantung" | M. Nasir | 4:05 | |
10. | "Sandiwara" | Saari bin Jusoh (Saari Amri), Ainol Jamal (Azida NS) | 4:23 | |
Anugerah dan pencalonan
suntingTahun | Anugerah | Kategori | Penerima/Karya tercalon | Keputusan |
---|---|---|---|---|
1995 | Anugerah Industri Muzik ke-2 | Persembahan Vokal Terbaik di Dalam Album (Wanita) | Sandiwara | Tercalon |
Rujukan
sunting- ^ "Juara Bintang HMI buat album". Berita Harian. 2 Mei 1994. Dicapai pada 24 Mei 2020.
- ^ Roslen Fadzil (27 Mei 1994). "Gandingan Nora-Johan". Harian Metro. Dicapai pada 24 Disember 2020.
- ^ "Nora mahu cipta nama menerusi Sandiwara". Berita Harian. 24 Mei 1994. Dicapai pada 24 Disember 2020.
- ^ Roslen Fadzil (28 Jun 1994). "Nora bersandiwara". Harian Metro. Dicapai pada 24 Disember 2020.
- ^ "Nora mahu tampil identiti sendiri". Berita Harian. 27 Jun 1994. Dicapai pada 24 Disember 2020.
- ^ Azman Samsuddin (2 Ogos 1994). "Nora berdebar tunggu reaksi peminat". Berita Harian. Dicapai pada 24 Disember 2020.
- ^ Zieman (26 Januari 1995). "Nora gets first platinum" (dalam bahasa Inggeris). New Straits Times. Dicapai pada 24 Disember 2020.