Sandokan ialah watak lanun fiksyen dari lewat kurun kesembilan belas, yang muncul julung kalinya dalam penerbitan pada 1883 yang dicipta oleh pengarang Emilio Salgari dari Itali. Sandokan merupakan watak protagonis dalam sebelas novel pengembaraan dan dikenali di serata Laut Cina Selatan sebagai "Harimau Malaysia".

Sandokan
Kulit Le tigri di Mompracem Sandokan dan Marianna, Alberto Della Valle 1900
Dicipta oleh Emilio Salgari
Dilakonkan oleh Kabir Bedi, Steve Reeves
Informasi
GelaranThe Tiger of Malaysia (Harimau Malaysia)
JantinaLelaki
PekerjaanLanun, Pahlawan
PasanganMarianna Guillonk
KewarganegaraanOrang Borneo

Novel Sandokan sunting

Emilio Salgari menulis beberapa novel yang menghikayatkan pengembaraan Sandokan dan Yanez, dua daripada karya-karya terhebatnya. Lanun-lanun itu diperkenalkan dalam The Tigers of Mompracem, di mana ia mengisahkan kepayahan mereka menentang kuasa Belanda dan British yang mahu menghapuskan mereka. Dalam novel-novel seterusnya, mereka berlawan dengan James Brooke, Raja Sarawak juga berlayar ke India untuk mengukur kekuatan menentang penjahat.

Judul-judul dalam siri ini ialah:

  • Misteri Rimba Hitam (I Misteri della Jungla Nera, 1895)
  • Lanun-lanun Malaysia (I Pirati della Malesia, 1896)
  • Harimau Mompracem (Le Tigri di Mompracem, 1900)
  • Dua Harimau (Le due Tigri, 1904)
  • Raja Laut(Il Re del Mare, 1906)
  • Merampas Takhta(Alla conquista di un impero, 1907)
  • Sandokan Melawan Kembali (Sandokan alla riscossa, 1907)
  • Pulang ke Mompracem (La riconquista del Mompracem, 1908)
  • Brahman (Il Bramino dell'Assam, 1911)
  • Kegoyahan Sebuah Empayar (La caduta di un impero, 1911)
  • Dendam Yanez(La rivincita di Yanez, 1913)

Dua judul terakhir diterbitkan secara anumerta.

Terdapat juga beberapa judul Sandokan lain yang diterbitkan oleh pengarang-pengarang Itali seperti Luigi Motta, Emilio Fancelli, dan anak Salgari iaitu Omar.

Filem sunting

Terdapat siri filem buatan Itali dengan pelakon utama Amerika yang difilemkan pada tahun 1960an dan disiarkan di peringkat antarabangsa.

  • Sandokan the Great (1963)
  • Sandokan - The Pirate of Malaya (1964)
  • Sandokan Fights Back (1964)
  • Sandokan Against The Leopard of Sarawak (1964)

Watak Sandokan dilakonkan oleh Steve Reeves dalam dua filem pertama dan Ray Danton untuk filem seterusnya.

Siri mini Televisyen sunting

Pada tahun 1976, pelakon India, Kabir Bedi melakonkan watak Sandokan, sebuah siri mini enam bahagian untuk televisyen Eropah. Carole André melakonkan watak Lady Marianna Guillonk, Philippe Leroy sebagai Yanez de Gomera. Watak antagonis utama iaitu James Brooke dilakonkan oleh Adolfo Celi.

Pautan luar sunting