Sandy Cheeks (Sandy si Tupai) merupakan salah satu watak utama dalam siri kartun animasi popular Nickelodeon SpongeBob SquarePants. Nama sebenar Sandy adalah Sandra "Sandy" Cheeks. Sandy merupakan seekor tupai yang tinggal di dalam laut. Sandy menyukai karate, dikatakan suka meminum sos cili yang amat pedas dan juga aksi-aksi lagak ngeri. Dia juga merupakan seekor tupai yang bijak dan pintar, sering menggunakan pelbagai teknologi moden yang kebanyakannya diguna dan dianalisis dalam rumahnya di dasar laut.

Sandy sering tinggal di dalam sebuah kubah kaca kalis air yang dalamnya mempunyai sebatang pokok besar dan juga rumput menghijau dipanggil "Treedome". Apabila keluar daripada rumahnya itu, Sandy akan mengenakan sut angkasawannya bagi membolehkan ia bernafas dan bergerak di dalam air dengan mudah. Sandy sering menggunakan SpongeBob SquarePants dan Patrick Star sebagai bahan kajiannya selain sebagai rakan di Bikini Bottom.

Lihat juga sunting