Il Principe (dalam bahasa Itali bermaksud "Si Putera", tajuk terjemahan diberikan sebagai Sang Penguasa[1]) ialah sebuah karya politik yang ditulis oleh Niccolo Machiavelli pada sekitar 1513, tetapi buku itu tidak diterbitkan sehingga 1532, iaitu lima tahun selepas kematiannya. Dinamakan "De Principatibus" (Mengenai Kerajaan-kerajaan Kecil) pada asalnya, buku ini amat berbeza dengan karya-karya yang diterbitkan semasa hidupnya, tetapi karya ini pasti merupakan karya yang paling diingati, serta yang menyebabkan istilah-istilah seperti kecerdasan Macchiavelli dicipta kemudian.

Salah satu daripada kulit buku untuk Il Principe.

BukuSunting

KonteksSunting

Karya ini dianggap secara meluas sebagai buku politik yang terpengaruh sehingga hari ini. Pemerhatiannya terhadap keadaan manusia masih serupa berguna pada hari ini, berbanding lima ratus tahun dahulu. Dalam bukunya, Machiavelli menulis semata-mata untuk memperoleh sokongan Keluarga Pemerintah Medici melalui penawaran nasihat terhadap bagaimana seseorang putera mungkin dapat memperoleh kuasa dan bagaimana memeliharakannya. Walaupun konotasi moden untuk "putera" atau "penguasa" ialah seorang yang hebat dan agung yang ditakdirkan untuk memerintah penduduknya serta yang disayangi oleh semua, putera-putera pada zaman Machiavelli tidak sebegitu romantik dan sentiasa bertempur dan berjuang untuk mengekalkan kuasa terhadap tuntutan mereka. Cara-cara yang diperikan oleh Machiavelli dalam karya ini masih boleh digunakan pada hari ini sebaik dengan waktu penulisannya. Bagaimanapun, beberapa prinsip tambahan harus diberi pertimbangan sewaktu menggunakan prinsip-prinsip dalam buku ini kerana nasihat-nasihat yang ditawarkan oleh Machiavelli hanya bertujuan untuk kepentingan putera diri dan bukannya untuk keperluan orang ramai.

RingkasanSunting

Pandangan-pandangan yang dikemukakan dalam buku ini mungkin nampaknya keterlaluan; bagaimanapun, teks itu telah ditulis dalam tempoh pertikaian tampuk pemerintahan yang berterusan di Firenze pada ketika itu. Oleh itu, pandangan-pandangan Machiavelli menegaskan kestabilan sebagai sesuatu yang paling utama, dan hanya dapat dicapai oleh sebuah kerajaan yang zalim.

Pandangan-pandangan yang dikemukakan dalam Si Putera sering dihormati sebagai cara-cara untuk mencapai kuasa bagi seseorang yang berhasrat menjadi putera, dan/ataupun untuk memeliharakan pemerintahannya jika orang itu sudah menjadi putera. Menurut Machiavelli, prinsip-prinsip moral harus memberi laluan sepenuhnya kepada keperluan-keperluan semasa. Justera itu, seseorang Putera harus sanggup membuat apa-apa sahaja yang diperlukan untuk memeliharakan kuasa; bagaimanapun, Machiavelli juga menegaskan dengan teguh bahawa seorang Putera harus tidak dibenci.

Huraian permulaan Sang Penguasa mentakrifkan cara-cara yang berkesan untuk memerintah pelbagai jenis kerajaan-kerajaan kecil, umpamanya kerajaan yang baru diperoleh lawan kerajaan keturunan. Machiavelli memberitahu pembaca-pembaca (dianggap sebagai golongan bangsawan Firenze yang memerintah) tentang cara-cara yang terbaik untuk memperoleh, memeliharakan dan melindungi sebuah kawasan pemerintahannya. Cara-cara yang diperikan di dalam bukunya menganjurkan perang dan sifat tiada belas kasihan.

Kemudian, Machiavelli menerangkan sifat-sifat yang harus dipunyai oleh seorang putera yang ideal, dan mencontoh Cesare Borgia. Sifat-sifat ini masih disebut dalam buku-buku teks moden mengenai perkara kepimpinan. Menurut Machiavelli, sifat-sifat untuk seorang pemimpin politik yang berkesan adalah:

  • kesanggupan untuk mencontoh perangai tokoh-tokoh, khususnya mereka yang dimasukkan dalam buku Rom Kuno yang ditulis pada Zaman Pembaharuan;
  • keupayaan untuk menunjukkan bagaimana kerajaan adalah perlu untuk kesejahteraan penduduk-penduduk, umpamanya dengan demonstrasi akibat memberi laluan kepada perintahan perusuh melalui pelonggaran genggaman kuasa;
  • dedikasi kepada cara berperang — kalaulah untuk kewujudan kawasan pemerintahan yang sebenarnya;
  • pemahaman bahawa perbuatan-perbuatan yang nampaknya kejam dan buruk mungkin sangat perlu untuk mengekalkan kestabilan dan kuasa;
  • berusaha untuk memberi tanggapan kewarakan untuk mempengaruhi orang-orang yang tidak beradab. Machiavelli menyanjung Maharaja Ferdinand dari Sepanyol kerana berkali-kali menyerang Itali dengan berselindung di balik agama; beliau memuji muslihat itu walaupun beliau benci akan serangan Itali oleh raja-raja yang lain; dan
  • kebijaksanaan untuk meminta nasihat, hanya jika perlu.

Machiavell tampak tidak mengendahkan kaitan antara etika dengan politik, dan ini membimbangkan ramai daripada ahli-ahli sezamannya. Sebenarnya, Machiavelli menyimpang daripada konsepsi klasik terhadap kebaikan dengan pengubahannya terhadap kaitan antara etika dan politik melalui pengubahan terhadap konsepsi kebaikan seorang putera. Seorang putera harus mencuba untuk memberi tanggapan sebagai seorang yang penuh belas kasihan, boleh dipercayai, bersimpati, jujur, dan warak. Tetapi sebenarnya, tugas-tugas putera-putera tidak mengizinkan mereka benar-benar menjadi orang yang penuh belas kasihan, dll. Oleh itu, mereka harus berpura-pura.

Bab-bak yang terakhir adalah berkenaan dengan negara Itali pada waktu penulisan buku itu.

Biografi pengarangSunting

Niccolo Machiavelli lahirkan di Firenze, Itali pada 3 Mei 1469 kepada sebuah keluarga yang berpengaruh, menerima pendidikan klasik yang bermutu, selaras dengan tradisi-tradisi humanisme pada Zaman Pembaharuan Itali. Untuk sebahagian besar hidupnya, keluarga Medici merupakan golongan pemerintah Itali. Bagaimanapun, sewaktu keluarga Medici menghilangkan pengaruhnya buat tempoh yang singkat pada tahun 1498, Machiavelli telah dilantik untuk jawatan di dalam Republik Firenze yang baru. Dalam jawatan baru itu, Machiavelli telah diberikan peluang untuk menghubungi pemimpin-pemimpin politik dan tentera Eropah yang utama, dan dalam perjalanan-perjalanan yang sering dibuatnya, beliau memerhatikan hal-ehwal negeri asing secara langsung. Machiavelli juga menjadi kawan rapat kepada Cesare Borgia daripada keluarga Borgia yang sangat berkuasa, dan beliau sering menyebut namanya secara tidak langsung dalam karya ini. Bagaimanapun, pada tahun 1512, keluarga Medici memperoleh semula kuasanya di Firenze, dan Machiavelli dibuang negeri. Machiavelli beredar ke daerah pedalaman di mana beliau mengarang banyak karya, termasuknya, "Mengenai Cara Berperang", "Sejarah Firenze", "Huraian-huraian mengenai Livius" serta "Sang Penguasa".

Republik Firenze kemudian dikembalikan pada tahun 1527, namun Machiavelli tidak dilantik semula kepada jawatannya yang lama kerana ramai yang mempercayai bahawa beliau mempunyai terlalu banyak pertalian dengan Keluarga Medici. Machiavelli meninggal dunia pada tahun yang sama, dan Il Principe diterbitkan pada 1532, lima tahun selepas kematiannya.

Jadual isi kandunganSunting

Bab Tajuk Tajuk asal dalam bahasa Latin
- Dedikasi
I Berapakah Jenisnya Kerajaan-kerajaan Kecil, dan Dengan Cara Apakah Kerajaan-kerajaan itu Diperoleh Quot sint genera principatuum et quibus modis acquirantur
II Mengenai Kerajaan-kerajaan Kecil Keturunan De principatibus hereditariis
III Bab III. Mengenai Kerajaan-kerajaan Campur De principatibus mixtis
IV Mengapa Kemaharajaan Darius yang Ditakluk Alexander Agung Tidak Memberontak Terhadap Waris-warisnya Saat Baginda Mangkat Cur Darii regnum quod Alexander occupaverat a successoribus suis post Alexandri mortem non defecit
V Mengenai Cara Memerintah Kota-kota Atau Kerajaan-kerajaan Kecil yang Wujud Dibawah Undang-undang Sendiri Sebelum Diilhakkan Quomodo administrandae sunt civitates vel principatus, qui, antequam occuparentur suis legibus vivebant
VI Mengenai Kerajaan-kerajaan Kecil Baru Yang Diperoleh Dengan Senjata dan Keupayaan Sendiri Quomodo administrandae sunt civitates vel principatus, qui, antequam occuparentur suis legibus vivebant
VII Mengenai Kerajaan-kerajaan Baru Yang Diperoleh Melalui Senjata Orang Lain atau Melalui Nasib Baik De principatibus novis qui armis propriis ed virtute acquiruntur
VIII Mengenai Mereka Yang Memperolehi Kerajaan-kerajaan Kecil Melalui Kejahatan
IX Mengenai Kerajaan-kerajaan Kecil Awam
X Bab X. Mengenai Cara Kekuatan untuk Semua Kerajaan-kerajaan Kecil Harus Diukur
XI Bab XI. Mengenai Kerajaan-kerajaan Gereja
XII Mengenai Berapakah Jenisnya Pasukan Tentera, serta Mengenai Askar Upahan
XIII Mengenai Pasukan Bantuan, Pasukan Tentera Campur, dan Tentera Sendiri
XIV Yang Berkaitan Dengan Putera Terhadap Cara Berperang
XV Mengenai Hal-Hal Yang Orang, Khususnya Putera-putera, Dipuji dan Dicela
XVI Mengenai Kemurahan Hati dan Kebakhilan
XVII Mengenai Kezaliman dan Belas Kasihan, serta Adakahnya Lebih Baik Disayangi Ataupun Ditakuti
XVIII Mengenai Cara Bagaimana Putera-Putera Harus Mengekalkan Kesetiaan
XIX Bahawa Seseorang Harus Mengelakkan Dipandang Hina dan Dibenci
XX Adakah Kubu-kubu, serta Banyak Benda Lain Yang Para Putera Sering Bergantung Sebagai Jalan Keluar Bermanfaat atau Mendatangkan Keburukan?
XXI Bagaimana Seorang Putera Harus Berkelakuan Supaya Dapat Memperoleh Kemasyhuran
XXII Mengenai Setiausaha-setiausaha Putera-putera
XXIII Bagaimana Pengangkat-pengangkat Harus Dielakkan
XXIV Putera-putera Itali Telah Hilang Kawasan-kawasan Yang Ditakluk
XXV Apa Nasib Dapat Melakukan Terhadap Hal-ehwal Manusia, dan Bagaimana Dapat Bertahan Daripadanya
XXVI Gesaan untuk Membebaskan Itali daripada Orang-orang Gasar

Senarai terjemahanSunting

Versi bahasa Malaysia
  • Sang Penguasa. Diterjemah oleh Zamir Mohyedin. Kuala Lumpur: Thukul Cetak. 2015.
Versi bahasa Indonesia

RujukanSunting

  1. ^ "Sang Penguasa". Thukul Cetak.

Pautan luarSunting

Pautan ke teks lengkap: