Sanggar Mustika

album ke-8 oleh Siti Nurhaliza

Sanggar Mustika merupakan album studio ke-8 oleh penyanyi wanita Malaysia, Siti Nurhaliza, dikeluarkan pada 10 Mac 2002 oleh Suria Records. Album ini merupakan penyambung tradisi muzik tradisional dan berjaya mempertingkatkan mutu irama Malaysia. Album ini telah terjual melebihi 40,000 unit. Sanggar Mustika juga menyelitkan 2 buah lagu nostalgia sebagai menghargai perjuangan mereka yang terlebih dahulu berbakti kepada dunia seni iaitu Allahyarham Tan Sri P. Ramlee ("Bunga Melor") dan Toh Puan Rafeah Buang ("Bisikan Hati"). "Bisikan Hati" juga dirakam sebagai buah tangan khas dari Siti untuk ibu beliau yang tercinta, Siti Salmah Bachik. Single-single dari album ini ialah "Nirmala", "Badarsila", dan "Kurik Kundi".

Sanggar Mustika
Album studio oleh
Dilancarkan pada10 Mac 2002[1]
Dirakamkan padaJanuari 2001- Februari 2002
GenrePop Etnik
Panjang49:42
BahasaBahasa Melayu Edit the value on Wikidata
SyarikatSuria Records
Universal Music Indonesia
EMI Music Indonesia
PenerbitPak Ngah, Ramli MS, S. Atan
Kronologi Siti Nurhaliza
Safa
(2001)
Sanggar Mustika
(2002)
E.M.A.S
(2003)
Single daripada Sanggar Mustika
  1. "Nirmala"
    Dikeluarkan: 3 Januari 2002
  2. "Badarsila"
    Dikeluarkan: 24 Mac 2002
  3. "Kurik Kundi"
    Dikeluarkan: 10 Julai 2002
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini
Penarafan profesional
Markah ulasan
Sumber Taraf
Discogs 5/5 bintang[2]

Latar belakang dan rakaman sunting

Selepas kejayaan dua album tradisional solo (Cindai dan Sahmura) dan satu album duet tradisional bersama Noraniza Idris (Seri Balas), Siti Nurhaliza sekali lagi bekerjasama dengan komposer dan penerbit muzik, Pak Ngah untuk projek seterusnya dengan apa yang akan dikenali sebagai Sanggar Mustika.[1] Untuk album ini, Siti memilih lagu “Bunga Melor" dendangan asal P. Ramlee dan “Bisikan Hati” yang dipopularkan oleh Allahyarhamah Datin Rafeah Buang dan diberikan nafas baru agar ianya mudah dihayati oleh pendengar yang menyukai lagu-lagu Melayu tradisional.[1]

Judul "Sanggar Mustika" dipilih berdasarkan maksud sanggar yang bermakna tempat dan mustika yang bererti cantik atau sempurna. Ianya diterjemahkan sebagat tempat yang paling cantik atau sempurna untuk meletakkan irama tradisional. Proses pembikinan album ini bermula pada awal Januari 2001 semasa Siti melancarkan album ketujuhnya, Safa dan siap sepenuhnya pada akhir Februari 2002.[3]

Sanggar Mustika fokus kepada Pop Etnik, yang disifatkan oleh Siti sebagai mudah tetapi memerlukan kerja keras yang serius.[3] Sebagai contoh, lagu "Kurik Kundi" yang dicipta oleh Pak Ngah dan ditulis oleh Nurul Asyiqin memerlukan Siti menggunakan tujuh loghat daerah di tujuh negeri di Malaysia — iaitu loghat Kedah, Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Negeri Sembilan, Sabah dan Sarawak.[4] Dalam satu temuramah bersama Utusan Malaysia pada 15 Mac 2002, Siti berkata dia sanggup belajar beberapa loghat daerah daripada beberapa negeri untuk dimuatkan dalam lagu "Kurik Kundi".[4] Menerusi lagu tersebut, Siti ingin memberitahu masyarakat luar bahawa negara ini kaya dengan pelbagai budaya sambil berkata: "Siti cuma menghadapi sedikit masalah sewaktu menyanyi lagu dalam loghat Kelantan. Bahasa lain seperti Sabah dan Sarawak, tidak ada masalah,[4]

Siti amat berpuas hati dengan susunan muzik yang dibuat oleh Ramli MS yang turut menyelitkan irama moden.[4] Menerusi album itu juga, beliau telah diberi kesempatan menghasilkan lirik untuk lagu Panas Berteduh Gelap Bersuluh di samping ingin memberi hiburan kepada peminat di samping menunaikan tanggungjawab sosialnya menerusi lirik yang bermesej.[4]

Gaya muzik sunting

Sanggar Mustika diiringi oleh alunan etnik dengan hos daripada artis Malaysia.[5] Bersesuaian dengan kekayaan perbendaharaan seni tanah air, album itu memuatkan pelbagai rentak seperti joget, keroncong, inang dan canggung.[1] Namun, fokus album Siti kali ini lebih tertumpu kepada irama padang pasir yang menjadi trend pasaran muzik kontemporari.[1]

Senarai runut sunting

No.TajukSeni kataGubahanMasa
1."Nirmala"Che'KemPak Ngah5:36
2."Joget Senyum Memikat"Nurul AsyiqinS.Atan4:28
3."Panas Berteduh Gelap Bersuluh"Siti NurhalizaKhir Rahman5:51
4."Bisikan Hati"Haimon Abd. RahmanHaimon Abd. Rahman5:49
5."Badarsila"LokghaSuflan Faidzal4:11
6."Syair Kamelia"Nurul AsyiqinS. Atan4:24
7."Di Batas Waktu"Habsah HassanNaim5:09
8."Sulam Sembilan"LokghaPak Ngah5:40
9."Bunga Melor"S. SudarmajiP. Ramlee4:09
10."Kurik Kundi"Nurul AsyiqinPak Ngah3:49


Keluaran dan sambutan sunting

Album Sanggar Mustika mendapat sambutan baik semasa pelancarannya pada 10 Mac 2002 dan terjual sebanyak 400, 000 unit di Malaysia dan 75, 000 unit di Indonesia serta mendapat pengiktirafan emas oleh Asosiasi Industri Rekaman Indonesia (ASIRI).[6] Album ini mula memasuki pasaran Indonesia pada April 2002.[1]

Majlis pelancaran album ini diadakan pada jam 1:30 petang di pusat membeli-belah 1 Utama, Damansara, Petaling Jaya. Ia dirasmikan oleh tokoh budayawan negara, Y.Bhg Puan Azah Aziz dan dihadiri oleh 2,000 peminat. Suria Records memilih tarikh 10 Mac 2002 untuk melancarkan album ini kerana ingin memberi peluang kepada peminat Siti melihat sendiri acara pelancaran album terbaru itu.[3] Jaya Jusco 1 Utama menjadi lokasi pelancaran album ini kerana hubungan erat SRC dan Siti sendiri yang terjalin dengan pihak pengurusan pusat membeli belah tersebut disamping ianya dapat memberi peluang terbuka kepada sesiapa sahaja untuk datang melihat majlis pelancaran albumnya. Selain itu, Siti juga telah terpilih menjadi model kepada Jaya Jusco yang telah menandatangani perjanjian secara rasmi pada 7 Mac lalu.[3]

Persembahan komersial sunting

Siti menyanyikan lagu “Nirmala” semasa konsert solonya (Siti Nurhaliza In Concert Royal Albert Hall, London) pada 1 April 2005 di Royal Albert Hall, London. Segmen Irama Malaysia di mana penonton memuji nota tinggi beliau dan kolaborasi hebat kumpulan tarian tradisional dan persembahan muzikal.

Siti juga dianugerahkan sebagai The Best Vocal of Asia, semasa Voice of Asia 2002 Grand Prix Champion di mana beliau menyanyikan Nirmala. Semasa persembahannya di Konsert Lentera Timur Dato’ Siti Nurhaliza di Istana Budaya pada 20-24 September 2013, Siti memperdendangkan empat lagu di dalam album Sanggar Mustika – “Nirmala”, “Kurik Kundi”, “Sulam Sembilan” dan “Bunga Melur” yang diberikan gubahan baru, persembahannya memukai ribuan penonton yang hadir.

Ulasan kritis sunting

Sanggar Mustika menerima banyak ulasan bercampur dari pengktitik filem. Zainal Alam Kadir dari New Straits Times dan Jad Mahidin dari The Sunday Mail memberikan dua setengah bintang untuk album ini.[7][8] Kedua-dua pengkritik tidak terkesan dengan lagu-lagu yang termasuk di dalam album. Zainal mengkaji semula mereka sebagai "biasa-biasa saja" dan Jad mengulas sebagai "bukan satu lagu yang luar biasa"[7][8] Sentimen sama juga diutarakan dalam ulasan oleh Abie Abdullah dari Harian Metro dan Ellyna Ali dari Berita Minggu.[9][10] Kebanyakan pengulas tidak mempunyai keraguan dengan vokal Siti dalam album itu. Zainal memuji vokalnya sebagai salah satu perkara yang pendengar dapat melihat ke hadapan juga dan Abie menyatakan bahawa persembahan vokalnya adalah salah satu yang terbaik.[7][9] Di dalam ulasan positif oleh Meor Shariman dari The Malay Mail, beliau memuji keunikan dan penghasilan muzik setiap lagu dan mengulas album itu sebagai salah satu usaha terbaik Siti.[11]

Kedudukan carta sunting

Album

Carta (2002) Kedudukan tertinggi
carta
Malaysia (Carta RIM) 1[12]

Single

Tahun Tajuk Kedudukan tertinggi
Radio Muzik ERA fm HOT fm Muzik Muzik
2002

Nirmala

1 1 - 1

Kurik Kundi

- - - -

Badarsila

4 6 - 2

Pensijilan sunting

Negara Pensijilan Jualan/penghataran
Malaysia (RIM) 40,000
Indonesia (ASIRI) Emas 75,000[6]

Anugerah sunting

Anugerah ERA sunting

Tahun Penerima/Karya tercalon Kategori Keputusan
2002 "Kurik-Kundi" Etnik/Global Pilihan Terbaik Tercalon
"Nirmala" Lagu Etnik/Global Pilihan Terbaik Menang
Muzik Video Pilihan Terbaik Menang
2003 "Badarsila" Lagu Etnik/Global Pilihan Terbaik Menang

Anugerah Industri Muzik sunting

Tahun Penerima/Karya tercalon Kategori Keputusan
2003[13] Sanggar Mustika Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Album (Wanita) Menang
Album Pop Etnik Terbaik Tercalon
"Nirmala" Lagu Terbaik Tercalon

Anugerah Juara Lagu sunting

Tahun Penerima/Karya tercalon Kategori Keputusan
2002 "Nirmala" Lagu Irama Malaysia dan Etnik Kreatif Terbaik Menang
Persembahan Terbaik Menang

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ a b c d e f Saharudin Mustafa (10 Mac 2002). "Sanggar Mustika mercu seni Siti Nurhaliza". Utusan Malaysia. Dicapai pada 2010-02-02.[pautan mati kekal]
  2. ^ Sanggar Mustika. Discogs.
  3. ^ a b c d "SANGGAR MUSTIKA, ALBUM TERKINI SITI NURHALIZA". MyArtis. 10 Mac 2002.
  4. ^ a b c d e Khadijah Ibrahim (10 Mac 2002). "Siti Nurhaliza tampil tujuh loghat dalam Kurik Kundi". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-12-24. Dicapai pada 2010-02-02.
  5. ^ Charles de Ledesma, Mark Lewis, Pauline Savage (2002). "Malaysia, Singapore and Brunei". Rough Guides. Books.google.com. Dicapai pada 2016-01-03.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
  6. ^ a b Beny Benke (22 Julai 2003). ""Gold Award" Siti Nurhaliza". Suara Merdeka. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-09-28. Dicapai pada 2010-07-27.
  7. ^ a b c Zainal Alam Kadir (18 March 2002). "Radhi wakes up to Malay groove". New Straits Times. Dicapai pada 8 March 2018.
  8. ^ a b Jad Mahidin (21 April 2002). "Too much sweetness and light". Sunday Mail. Dicapai pada 8 March 2018.
  9. ^ a b Abie Abdullah (2 April 2002). "Masih menghiburkan". Harian Metro. Dicapai pada 8 March 2018.
  10. ^ Ellyna Ali (28 April 2002). "Terbaru daripada Siti". Berita Minggu. Dicapai pada 8 March 2018.
  11. ^ Meor Shariman (26 March 2002). "Siti sizzles again". The Malay Mail. Dicapai pada 8 March 2018.
  12. ^ "Hits Of The World - Malaysia". Billboard. Books.google.com. 13 April 2002. Dicapai pada 2011-02-25.
  13. ^ Rosli Manah (13 Mac 2003). "AIM 2003 - Penyanyi baru lebih menyerlah". Utusan Malaysia Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-09-29. Dicapai pada 21 September 2010.

Pautan luar sunting