Sangha (Bahasa Sanskrit: सङ्घ saṅgha "persatuan"[1]) adalah kelompok atau masyarakat biksu dan biksuni yakni pertapa yang kuat pegangan ajaran Buddha. Ia merupakan antara 3 tiang utama atau "permata" anutan[2][3] dalam agama ini. Aliran Mahayana turut merangkumkan semua individu termasuk penganut biasa sekalipun menganut agama Buddha dalam sangha ini namun hal ini tidak disetujui dalam aliran Theravada.[4][5] Mana-mana biksu atau biksuni yang telah mencapai salah satu dari empat tahap pencerahan memasuki "Sangha mulia" atau āryasaṅgha.[6][5]

Badan ini mula diwujudkan Gautama Buddha pada abad ke-5 SM sebagai sarana individu yang ingin mengabdikan diri kepada ajaran beliau sepenuh masa bebas dari sekatan dan tanggungjawab dalam kehidupan rumah tangga[7] serta juga memenuhi peranan menyebarkan ajaran ini dan sokongan rohani kepada masyarakat awam.

RujukanSunting

  1. ^ "सङ्घ - saṅgha". Sanskrit Dictionary for Spoken Sanskrit (ed. ke-2). 2005.
  2. ^ Going for Refuge and Taking the Precepts, Kandy 1981, Wheel leaflet 282/284, Bhikku Bodhi, P 49 (Of the Collected Wheel publications XIX)
  3. ^ Sumangala (2001). "Doktrin". Pengenalan kepada Buddhisme.
  4. ^ "Sangha by Bhikkhu Bodhi - Bhikkhu - Gautama Buddha". Scribd.
  5. ^ a b "Sangha". Access to Insight. Barre Center for Buddhist Studies. 2005.
  6. ^ "What is the Triple Gem?". Access to Insight. Barre Center for Buddhist Studies.
  7. ^ Robinson et al. (2005). "Buddhist Religions: A Historical Introduction". Fifth Edition. Belmont, CA: Wadsworth/Thomson, p. 36.