Santokh Singh

pemain bola sepak Malaysia

Datuk Santokh Singh Gurdial Singh PMW DSIS AMN (lahir 22 Jun 1952) merupakan seorang pemain bola sepak Malaysia yang mewakili Selangor FA dan Malaysia pada era 70-an. Beliau merupakan rakan seangkatan Mokhtar Dahari, Soh Chin Aun, dan R. Arumugam.[1]

Datuk Santokh SinghPMW DSIS AMN
Maklumat peribadi
Nama penuh Santokh Singh a/l Gurdial Singh
Posisi permainan Pertahanan
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
1971-1985 Selangor FA
Pasukan kebangsaan
1972-1980 Malaysia Malaysia 100
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik

Santokh merupakan salah seorang pemain yang mewakili Malaysia pada Sukan Olimpik 1972. Beliau mula menyertai Malaysia pada 1971. Pada tahun 1973, bekas jurulatih Malaysia M Kuppan dan Abdul Ghani Minhat merupakan orang yang bertanggungjawab membentuk gandingan mantap Chin Aun-Santokh sehingga mendatangkan gerun kepada pasukan lain. Santokh juga mewakili Malaysia pada perlawanan kelayakan Sukan Olimpik 1980. Beliau kini bekerja sebagai jurulatih sambilan kepada pasukan sekolah di Malaysia.[2]

Kerjaya kelab sunting

Dilahirkan di Setapak Selangor,[3] Santokh bermain di dalam pasukan Selangor FA dari 1972 hingga 1985, memenangi 9 Piala Malaysia sebagai kapten pasukan.[4]

Kerjaya antarabangsa sunting

Santokh merupakan pemain bola sepak kebangsaan Malaysia pada tahun 1970-an dan 1980-an, dan bermain bersama-sama dengan Mokhtar Dahari, Soh Chin Aun dan R. Arumugam. Beliau mengambil bahagian dalam pasukan yang layak ke sukan Olimpik 1980 di Moscow, Rusia, walaupun tidak pernah muncul dalam perlawanan akhir kejohanan itu disebabkan oleh boikot Sukan Malaysia.[5] Santokh juga bermain untuk Malaysia di Sukan Asia 1974 di Tehran, meraih pingat gangsa dan memenangi pingat emas Sukan Asia Tenggara pada tahun 1977 dan 1979.[6]

Perkongsian beliau dengan Chin Aun dikatakan pertahanan paling kukuh dalam pasukan Malaysia yang amat dikhuatiri.

Kehidupan peribadi sunting

Beliau berkahwin dengan Datin Taljit Kaur dan dikurniakan tiga anak: Kiran Kair, Sukhveer Singh dan Rajveer Singh.

Penghargaan dan legasi sunting

Pada tahun 2011, Santokh dianugerahkan Panglima Mahkota Wilayah (PMW) oleh Yang Dipertuan Agong yang membawa gelaran Datuk.[7][8] sempena Hari Wilayah Persekutuan. Pada tahun yang sama, Sultan Selangor juga menganugerahkan beliau Perintah Sultan Sharafuddin Idris Shah yang membawa gelaran Dato'.[9]

Beliau telah diperkenalkan di Dewan Kemasyhuran Majlis Olimpik Malaysia (MOM) pada 2004.

Pada tahun 2016, beliau menjadi rujukan sebagai salah satu ahli pasukan Team Malaysia dalam filen Ola Bola (2016) arahan Chiu Keng Guan.[10]

Anugerah sunting

Anugerah Malaysia sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Daryl Goh (10 Febeuari 2016). The glory days of Malaysian football Diarkibkan 2018-03-19 di Wayback Machine 'Star2. Dicapai pada 29 September 2016.
  2. ^ Natasha Joibi (24 Oktober 2017). A firm bond between legends The Star Online. Dicapai pada 29 September 2018.
  3. ^ Tan Karr Wei (7 September 2012). "Santokh Singh misses Setapak's many fields of yesteryear". The Star. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-12-27.
  4. ^ Mariadass, Tony (20 November 2009). "Level Field: Santokh Singh in ICU". Level Field. Dicapai pada 30 November 2016.
  5. ^ Francis, Aluosies (14 August 2007). "Glory days of sports". The Sun. Dicapai pada 30 November 2016 – melalui The Malaysian Bar.
  6. ^ "Football legend Santokh in coma". New Straits Times. 21 November 2009. Dicapai pada 30 November 2016 – melalui AsiaOne News.
  7. ^ "Santokh Singh, presiden Makkal Sakti antara dikurnia 'Datuk'". The Malaysian Insider. 1 February 2011. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-11-21.
  8. ^ "Datuk for Santokh Singh, Sabiamad". Bernama. 1 Februari 2011. Dicapai pada 30 November 2016 – melalui MySinchew.
  9. ^ "Selangor Sultan's birthday honours list". The Sun Daily. 11 Disember 2011. Dicapai pada 30 November 2016.
  10. ^ (Inggeris)Yeoh, Angelin (24 Oktober 2015). "5 things to know about football movie Ola Bola". The Star. Dicapai pada 18 Januari 2016.
  11. ^ "Datuk for Santokh Singh, Sabiamad" (dalam bahasa English). Bernama. 1 February 2011. Dicapai pada 30 November 2016 – melalui MySinchew.CS1 maint: unrecognized language (link)
  12. ^ "Tengku Permaisuri Norashikin ketuai senarai". Fuad Hadinata Yaacob. MyMetro. 11 December 2016. Dicapai pada 17 August 2018.

Pautan luar sunting