Sanusi Osman

ahli politik Malaysia

Dr Sanusi Osman merupakan ahli politik Malaysia dari Parti Rakyat Malaysia. Beliau pernah menjadi Setiausaha Agung PRM sejak 1989 hingga penggabungan PRM dan KeADILan dalam pembentukan Parti Keadilan Rakyat pada 2004.[1][2]

Dr

Sanusi Osman

Setiausaha Agung Parti Rakyat Malaysia
Dalam jawatan
1989–2004
Didahului olehHassan Abdul Karim
Digantikan olehSong Sing Kwee
Butiran peribadi
Lahir1935 (umur 88–89)
Parti politik Parti Keadilan Rakyat (2004-kini)
Parti Rakyat Malaysia (1989-2004)
PekerjaanAhli politik

Pemimpin pelajar sunting

Semasa belajar di Universiti Malaya, beliau aktif memperjuangkan nasib rakyat melalui Persatuan Bahasa Melayu Universiti Malaya dan menjadi Yang Dipertuanya bagi sesi 1968/1969. Selepas itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengambil alih tugas di PBMUM. Selain itu, Sanusi pernah aktif dalam Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung yang memperjuangkan nasib pelajar Melayu, bahasa Melayu dan sebagainya.

Pilihan raya sunting

Sanusi pernah bertanding 4 kali pilihan raya tetapi semuanya tewas. Pada 1995 dan 1999, Sanusi (PRM) menentang Ng Lip Yong (BN) di parlimen P104 Batu tetapi tewas.[3]

Pada 2004, beliau bertanding atas tiket Keadilan di kawasan Lembah Pantai, malangnya ditewaskan penyandang, Naib Ketua Wanita UMNO, Shahrizat Abdul Jalil.[4] Shahrizat (BN) mendapat 26,474 undi sementara Sanusi Osman (Keadilan) hanya 11,186 dengan majoriti 15,288.

Rujukan sunting

  1. ^ 10 pemimpin Gerak gagal masuk mahkamah[pautan mati kekal]
  2. ^ Pauline Puah (April 22, 2005). "New PRM leaders appeal for time from ROS". Malaysiakini. Dicapai pada 17 November 2021.
  3. ^ Keputusan pilihan raya 1999
  4. ^ Shahrizat lebih yakin pendekatan bersemuka