Sapulut adalah sebuah pekan kecil yang terletak berhampiran dengan Sungai Sapulut, Bahagian Pedalaman, Sabah, Malaysia. Gunung Antulai berketinggian kira-kira 1713 meter dari paras laut terletak cuma 5 kilometer dari pekan ini. Berdekatan pekan ini juga terdapat beberapa bukit batu kapur yang padat dan bergua yang dikenali sebagai "Batu Punggul". Batu Punggul agak terkenal kerana merupakan salah satu destinasi eko-pelancongan di Sabah.

Sapulut
Perumahan Baru Salarom di Sapulut
Perumahan Baru Salarom di Sapulut
Negara Malaysia
Negeri Sabah
BahagianBahagian Pedalaman
DaerahNabawan
Pentadbiran
 • BadanMajlis Daerah Nabawan
 • DUNYang Berhormat Datuk Abdul Ghani Mohamed Yassin (BERSATU) (Nabawan)
Zon waktuMST
Kawasan KejirananPensiangan

Infrastruktur

sunting
 
Jambatan Gantung Kampung Padang

Pada 2007 terdapat sebuah lebuh raya yang menghubungkan Sapulut ke Kalabakan di Bahagian Tawau. Ini telah memudahkan perjalanan jauh dari Kota Kinabalu ke Tawau. Sapulut juga memiliki sekolah kerajaan seperti Sekolah Kebangsaan Simatuoh.

Kemudahan Awam

sunting
 
Sekolah Menengah Kebangsaan Sapulut


Koordinat: 4°42′N 116°29′E / 4.700°N 116.483°E / 4.700; 116.483