Sara Sajeeda ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia-Pakistan 2019 arahan bersama Eoon Shuhaini, Feroz Kader dan Rizwan Zaman lakonan Tiz Zaqyah, Arslan Asad Butt dan Anmol Baloch.[2] Drama ini bersiaran di TV3 dari 3 Oktober hingga 25 November 2019 .[3][4][5]

Sara Sajeeda
GenreDrama
Cinta
Konflik
Pengarah
Dibintangi oleh
Tiz Zaqyah
Arslan Asad Butt
Anmol Baloch
Lagu pembukaan"Bicara Rasa" oleh Ariff Bahran dan Sarah Suhairi
Lagu penutup"Menongkah Cinta" oleh Erra Fazira
Negara asal
Bahasa
Bilangan episod30
Penerbitan
PenerbitFadzil Teh[1]
Lokasi
Tempoh siaran40 minit
Syarikat penerbitan
Zeel Production
Penyiaran
Saluran asalTV3 (Slot Samarinda)
Format gambar480i (SDTV)
1080i (HDTV)
Siaran asal3 Oktober 2019 – 25 November 2019
Kronologi
MengikutiRumah Siti Khadijah
Diikuti olehDia Yang Ku Cinta

Siri ini boleh didapati melalui penstriman dalam talian di saluran YouTube rasmi TV3.[6]

Sinopsis sunting

Mengisahkan Sara (Tiz Zaqyah), seorang pensyarah di sebuah kolej swasta yang dipaksa oleh ayahnya, Tan Sri Ismadi (Shaharuddin Thamby) untuk berkahwin dengan menantu pilihannya, Megat (Fahrin Ahmad). Namun begitu, hubungan cinta yang terjalin selama 4 tahun antara mereka berakhir setelah Sara memutuskan hubungan itu akibat tidak tahan dengan sikap Megat yang terlalu mengikut kata-kata ayahnya tanpa mempunyai pendirian sendiri.

Fawaad (Asad Arslan Butt), seorang jejaka dari Pakistan, pada mulanya menetap di luar negara telah kembali ke pangkuan keluarganya. Tidak lama kemudian, dia ditawarkan untuk bekerja sebagai jurutera di Malaysia. Fawaad tersepit di antara mengutamakan keluarganya yang telah lama ditinggalkan atau kerjayanya. Akhirnya, dia memilih untuk memulakan kehidupan baharu di Kuala Lumpur.

Fawaad dan Sara bertemu dalam suatu insiden yang telah menambat hati Sara untuk mengenali Fawaad dengan lebih rapat. Pengenalan atanra mereka mula berubah menjadi cinta namun tidak direstui oleh Tan Sri Ismadi dan Tok Nani, nenek kepada Sara. Namun reaksi sebaliknya daripada Puan Sri Norizan (Mas Anizan) yang merestuinya kerana inginkan kebahagiaan buat anaknya itu. Sara ingin memperkenalkan Fawaad sebagai calon suami. Malangnya, Fawaad dikejutkan dengan berita gempa bumi yang melanda keluarganya sehingga dia terpaksa pulang ke negara asalnya.

Kembalinya Fawaad ke rumah, ternyata keluarganya membuat persiapan perkahwinan untuknya. Dia rasa tertipu. Walaupun menolak pada mulanya, Fawaad akur dengan keputusan ibunya, Saima dan kasihan dengan nasib Sajeeda (Anmol Baloch) yang telah kehilangan kedua ibu bapanya dalam kejadian tanah runtuh dan gempa bumi.

Setalah pulang ke Malaysia, Fawaad mula berbelah bahagi apabila Sara mengajui dia telah jatuh cinta dengan Fawaad sedangkan dia telah pun berkahwin dengan Sajeeda tanpa rasa cinta. Akhirnya, dia merahsikan perkahwinannya demi cintanya kepada Sara dan bersedia untuk mengahwininya meskipun tidak direstui Tan Sri Ismadi.

Selepas berkahwin, Sara dapat menghidu pergerakan Fawaad yang seakan menyembunyikan sesuatu. Megat pula bersekongkol dengan Tan Sri Ismadi untuk meruntuhkan rumah tangga Fawaad dan Sara. Fawaad pula kerap menerima panggilan daripada Saima yang mahu anaknya pulang. Apakah nasib Sajeeda di kampung itu?

Pelakon sunting

Pelakon utama sunting

  • Tiz Zaqyah sebagai Sara[7]
  • Anmol Baloch sebagai Sajeeda
  • Arslan Asad Butt sebagai Fawaad Khan[8]

Pelakon pembantu utama sunting

Pelakon pembantu sunting

  • Shaharuddin Thamby sebagai Tan Sri Ismadi
  • Mas Anizan sebagai Puan Sri Norizan
  • Zoya Khan sebagai Asha
  • Uyaina Arshad sebagai Iman Dahlia
  • Aliha Chaundary sebagai Mehwar
  • Aneela Agha sebagai Sakinah
  • Khalid Saleem Butt sebagai Sheroz Khan
  • Rohi Khan sebagai Sarwat
  • Ajmal Shezad sebagai Malek Rahman
  • Sofia Ibrahim sebagai Tok Nani
  • Ali Reza Kavoosi sebagai Salam
  • Jasper Supayah sebagai Rita
  • Shasha Abedul sebagai Emelda

Undangan khas sunting

Penerbitan sunting

Penerbitan Sara Sajeeda mengalami masalah tekinikal apabila penerbitnya, Fadzil Teh mengalami kesukaran mencari pelakon wanita untuk memegang watak Sara.[9] Menurut Fadzil, kebanyakan pelakon wanita menolak tawaran tersebut kerana mereka bukan penutur bahasa Inggeris.[10] Kru penerbitan drama ini terpaksa menunda jadual pulang mereka akibat perbalahan sempadan antara Pakistan dengan India. Beliau berkata: "Kami sepatutnya kembali ke Kuala Lumpur pada 1 April, tetapi penerbangan kami dibatalkan. Sebenarnya beberapa penerbangan antara Malaysia dan Pakistan telah mengalami nasib yang sama, dan penerbangan yang akan datang akan menjadi 16 April,".[11]

Runut bunyi sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Raja Nurfatimah Mawar Mohamed (25 November 2019). Nyaris tarik diri terbitkan Sara Sajeeda Berita Harian. Dicapai pada 1 Disember 2019.
  2. ^ "Drama Sara Sajeeda (TV3)". My Infotaip. 2 Oktober 2019. Dicapai pada 2 Oktober 2019.
  3. ^ Sudirman Mohd Tahir (14 Oktober 2019). Sara Sajeeda dapat perhatian warga Pakistan Harian Metro. Dicapai pada 2 November 2019.
  4. ^ Zaidi Che (9 Oktober 2019). Sara Sajeeda: Cinta Tiz Zaqyah milik pemuda Pakistan? Stail.my. Dicapai pada 2 November 2019.
  5. ^ Salma Syahbuddin (8 Oktober 2019). Konflik Cinta Dua Dunia, Tampil Pelakon Dari Dua Negara Dalam Sara Sajeeda XTRA. Dicapai pada 2 November 2019.
  6. ^ Sara Sajeeda (2019): Episod Penuh. YouTube. TV9. Dicapai pada 25 November 2019.
  7. ^ Zaidi Mohamad (24 Mac 2019). Tiz Zaqyah 'ditambat' jejaka Pakistan? Berita Harian. Dicapai pada 24 Mac 2019.
  8. ^ Zaidi Mohamad (17 September 2019). Pentas ABPBH 32 ruang Arslan perkenal nama Berita Harian. Dicapai pada 17 September 2019.
  9. ^ Salma Syahbuddin (26 November 2019). Penerbit akui berdepan pelbagai cabaran terbitkan Sara Sajeeda XTRA. Dicapai pada 27 November 2019.
  10. ^ Qarami Hashim (3 Oktober 2019). “Tak pandai bahasa Inggeris, Pakistan tak syok!” - Haji Zeel dedah sukar cari heroin drama ‘Sara Sajeeda’ mStar Online. Dicapai pada 3 Oktober 2019.
  11. ^ Dennis Chua (11 April 2019). #Showbiz: Political tension 'stranded' Malaysian film crew in Pakistan New Straits Times. Dicapai pada 11 April 2019.

Pautan luar sunting