Sarah Adiba Yussof

Personaliti televisyen Malaysia

Sarah Adiba Mohammed Yussof (lahir 4 Oktober 1990) merupakan seorang pengacara televisyen Malaysia, berasal dari Kota Kinabalu, Sabah. Beliau ialah bekas peserta rancangan Clever Girl Malaysia di TV3.[1]

Sarah Adiba Yussof
Kelahiran
Sarah Adiba binti Mohammed Yussof

(1990-10-04) 4 Oktober 1990 (umur 30)
PendidikanIjazah Sarjana Muda Kejuruteraan Petroleum (Penggerudian)
Pusat pendidikanUniversiti Teknologi Petronas (UTP)
PekerjaanPengacara, wartawan
Tahun aktif2016–kini
MajikanTV3 (Media Prima Berhad)
PasanganIskandar Mohd Nasir (berkahwin 2015)

Kehidupan peribadiSunting

Sarah Adiba dilahirkan dan dibesarkan di Kota Kinabalu, Sabah dan merupakan anak keempat dari enam beradik.[2] Beliau merupakan lulusan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Petroleum (Penggerudian) di Universiti Teknologi Petronas (UTP).[2] Beliau berkahwin dengan Iskandar Mohd Nasir pada 2015.[2]

Sarah mengumumkan kehamilannya pada Mei 2019 selepas empat tahun berumah tangga.[3]

KerjayaSunting

Sarah Adiba memulakan kerjaya awal sebagai Jurutera Operasi dan pernah bekerja sebagai guru tuisyen.[2] Pada tahun 2016, beliau dipilih salah seorang dari 14 peserta Clever Girl Malaysia musim pertama yang bersiaran di TV3. Selepas tamat Clever Girl, beliau menjadi pengacara dokumentari jenayah 999 di studio dan lapangan.[1] Selepas menamatkan khidmat sebagai pengacara 999, beliau menjadi salah seorang dari 8 pengacara bersama rancangan bual bicara TV3, Borak Kopitiam, yang disiarkan setiap Jumaat hingga Ahad bermula dari 8:00 hingga 9:30 pagi.[1][4]

TelevisyenSunting

RujukanSunting

  1. ^ a b c Dennis Chua (13 Mac 2018). "Borak Kopitiam, a godsend for Sarah". New Straits Times. Dicapai pada 13 Mac 2018.
  2. ^ a b c d "Biodata Sarah Adiba". Encik Shino. 22 Ogos 2017. Dicapai pada 13 Mac 2018.
  3. ^ Zulqarnain Abu Hassan (7 Mei 2019). Sarah Clever Girl hamil lima bulan Sinar Harian. Dicapai pada 13 September 2019.
  4. ^ Ardini Sophia Sina (14 Mac 2018). "Sarah tak menyesal". Harian Metro. Dicapai pada 14 Mac 2018.

Pautan luarSunting