Sarah Catherine Gilbert (lahir April 1962) ialah seorang ahli vaksinasi England yang juga merupakan seorang profesor Vaksinologi di Universiti Oxford dan salah seorang pengasas Vaccitech.[1][2][3][4] Gilbert merupakan pakar dalam pengembangan vaksin melawan influenza dan patogen virus yang muncul.[5] Beliau juga menjadi pemimpin dalam pengembangan dan pengujian vaksin influenza, yang menjalani ujian klinikal pada tahun 2011. Pada 30 Disember 2020, Vaksin COVID-19 Oxford–AstraZeneca yang dibangunkan bersama Vaksin Oxford Grup telah diluluskan untuk digunakan di United Kingdom.[6]

Sarah Gilbert
Kelahiran
Sarah Catherine Gilbert

April 1962 (umur 61–62)
Pusat pendidikanUniversiti Anglia Timur (BSc)
Universiti Hull (PhD)
Terkenal keranaVaksinologi
AnugerahAlbert Medal (2021)
Kerjaya saintifik
BidangVaksin
InstitusiUniversiti Oxford
Vaccitech
Delta Biotechnology
TesisStudies on lipid accumulation and genetics of Rhodosporidium toruloides (1986)
Penasihat kedoktoranColin Ratledge
Laman web rasmiwww.jenner.ac.uk/team/sarah-gilbert Sunting ini di Wikidata

Kehidupan awal dan pendidikan sunting

Gilbert melanjutkan pendidikan menengah di Kettering High School, Kettering, Northamptonshire, England. Sewaktu menuntut ilmunya, beliau menyedari bahawa suatu hari nanti beliau ingin bekerja dalam bidang kedoktoran.[7] Kemudian, Sarah menamatkan pengajian dengan menerima ijazah Sarjana Sains (penghargaan kelas satu atau first class honours) dalam bidang sains biologi dari Universiti Anglia Timur di Norwich, England. Gilbert melanjutkan pelajarannya di Universiti Hull untuk menerima ijazah doktor, dalam penyelidikan genetik dan biokimia dari ragi Rhodosporidium toruloides.[8][7]

Kerjaya dan penyelidikan sunting

Selepas menerima ijazah kedoktoran, Gilbert bekerja sebagai penyelidik pasca-kedoktoran dalam bidang perindustrian di Yayasan Penyelidikan Industri Pembuatan Bir (Brewing Industry Research Foundation). Setelah itu, beliau berpindah ke Leicester Biocentre. Pada tahun 1990, Gilbert menyertai Delta Biotechnology, sebuah syarikat biofarmasi yang menghasilkan ubat-ubatan di bandar Nottingham.[7][9]

Pada tahun 1994, Gilbert kembali bekerja dalam bidang akademik, dengan menyertai sebuah makmal bernama Adrian V. S. Hill. Penyelidikan awal yang dijalankannya ialah mempertimbangkan interaksi perumah-parasit dalam malaria.[7] Pada tahun 2004, beliau menjadi jurucakap ahli vaksin di Universiti Oxford.[7] Pada tahun 2010, Gilbert dilantik sebagai profesor di Jenner Institute. Mendapat sokongan dari Wellcome Trust, Gilbert mula mengendalikan rekaan dan membuat novel tentang vaksinasi influenza.[7] Penyelidikam yang dijalankan oleh Gilbert dengan mempertimbangkan pembangunan dan ujian praklinikal vaksinasi virus, menanamkan protein patogen di dalam virus.[10][11] Vaksinasi virus ini mencetuskan tindak balas sel T, yang dapat digunakan untuk melawan pelbagai penyakit seperti virus, malaria, dan kanser.[10]

 
Grafik dari Koronavirus Sindrom Pernafasan Akut Teruk 2 (SARS-CoV-2), dibuat oleh Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit, yang mendedahkan morfologi ultrastruktur yang dipamerkan oleh koronavirus.

Gilbert terlibat dalam pengembangan dan ujian klinikal dari vaksin selesema universal. Tidak seperti vaksinasi konvensional, vaksin selesema universal tidak merangsang penghasilan antibodi, melainkan sistem kekebalan tubuh untuk membuat sel T yang spesifik untuk influenza.[12] Antibodi tersebut memanfaatkan salah satu protein inti (nukleoprotein dan protein matriks 1) di dalam virus Influenza A, bukan protein luaran yang ada di lapisan luar.[13] Kerana terdapat sistem kekebalan tubuh yang melemah seiring dengan peningkatan usia, maka vaksinasi konvensional tidak diharuskan untuk para pesakit.[13]

2008 merupakan tahun pertama Gilbert melakukan ujian klinikal, dengan memantau gejala harian pesakit influenza menggunakan virus Influenza A subjenis H3N2.[13][14] Hasil kajian pertamanya ini, mendapati terdapat rangsangan sel T sebagai respons terhadap virus selesema, dan bahawa rangsangan ini dapat melindungi seseorang dari penyakit selesema.[13] Penyelidikan itu menemui hasil bahwaa vektor adenoviral ChAdOx1 dapat digunakan untuk membuat vaksinasi yang melindungi manusia dari sindrom pernafasan Timur Tengah (MERS) yang ada pada tikus dan mampu menginduksi tindak balas imun terhadap MERS.[15][16] Vektor yang sama juga digunakan untuk membuat vaksin melawan Nipah yang berkesan terdapat di hamster (tetapi tidak pernah terbukti ada pada manusia),[17] selain vaksin berpotensi untuk Demam Lembah Rift yang dapat melindungi kerbau, kambing, dan lembu (tetapi tidak terbukti pada manusia).[18]

Gilbert kemudian terlibat dalam pembangunan vaksinasi baru untuk melindungi manusia dari koronavirus sejak penularan pandemik COVID-19 .[19][20][21] Beliau menjadi peneraju dalam bidang ini untuk mencari calon vaksin baru, bersama dengan Andrew Pollard, Teresa Lambe, Sandy Douglas, Catherine Green dan Adrian Hill.[22] Seperti sebelumnya, vaksin COVID-19 menggunakan vektor adenoviral, yang dapat merangsang tindak balas sistem kekebalan tubuh terhadap lonjakan protein koronavirus.[19][20] Rancangan awal ujian klinikal pada haiwan dilakukan pada awal Macm2020, dan kemudian merekrut 510 peserta manusia untuk tujuan ujian percubaan fasa I / II yang bermula pada 27 Mac 2020.[23][24][25] Pada September 2020, Gilbert menyatakan bahawa vaksin AZD1222, telah dihasilkan oleh AstraZeneca sementara ujian percubaan fasa III sedang dijalankan pada September 2020.[26] Hasil penyelidikam vaksin tersebut, Gilbert tampil di majalah The Times bertajuk Science Power List terbitan Mei 2020.[27]

Kehidupan peribadi sunting

Pada tahun 1998, Gilbert melahirkan anak kembar tiga. Sementara pasangan memutuskan untuk meninggalkan kerjayanya dan menjadi ibu bapa untuk mengurus rumah tangga mereka.[7][28] Pada Mac 2021, Gilbert menerima anugerah Albert Medal atas jasanya dalam mengembangkan vaksin Oxford-AstraZeneca.[29]

Penerbitan terpilih sunting

Menurut Google Scholar, Gilbert memiliki 81 h-index. Penerbitannya termasuk diantaranya:

  • Schneider, Jörg; Gilbert, Sarah C.; Blanchard, Tom J.; Hanke, Tomas; Robson, Kathryn J.; Hannan, Carolyn M.; Becker, Marion; Sinden, Robert; Smith, Geoffrey L.; Hill, Adrian V.S. (1998). "Enhanced immunogenicity for CD8+ T cell induction and complete protective efficacy of malaria DNA vaccination by boosting with modified vaccinia virus Ankara". Nature Medicine. 4 (4): 397–402. doi:10.1038/nm0498-397. ISSN 1078-8956. PMID 9546783.
  • McShane, H; Pathan, A A; Sander, C R; Keating, S M; Gilbert, S C; Huygen, K; Fletcher, H A; Hill, A V S (Disember 2004). "Erratum: Recombinant modified vaccinia virus Ankara expressing antigen 85A boosts BCG-primed and naturally acquired antimycobacterial immunity in humans". Nature Medicine. 10 (12): 1397. doi:10.1038/nm1204-1397a. ISSN 1078-8956.
  • McConkey, Samuel J.; Reece, William H. H.; Moorthy, Vasee S.; Webster, Daniel; Dunachie, Susanna; Butcher, Geoff; Vuola, Jenni M.; Blanchard, Tom J.; Gothard, Philip; Watkins, Kate; Hannan, Carolyn M. (2003). "Enhanced T-cell immunogenicity of plasmid DNA vaccines boosted by recombinant modified vaccinia virus Ankara in humans". Nature Medicine (dalam bahasa Inggeris). 9 (6): 729–735. doi:10.1038/nm881. ISSN 1546-170X. PMID 12766765.
  • Gilbert, S. C. (20 Februari 1998). "Association of Malaria Parasite Population Structure, HLA, and Immunological Antagonism". Science. 279 (5354): 1173–1177. Bibcode:1998Sci...279.1173G. doi:10.1126/science.279.5354.1173. ISSN 0036-8075. PMID 9469800.  

Pautan luar sunting

Rujukan sunting

  1. ^ "Sarah Gilbert – Nuffield Department of Medicine". University of Oxford. Dicapai pada 24 Mac 2021.
  2. ^ "Professor Sarah Gilbert" (dalam bahasa Inggeris). University of Oxford. Dicapai pada 24 Mac 2021.
  3. ^ "Professor Sarah Gilbert | University of Oxford". University of Oxford. Dicapai pada 24 Mac 2021.
  4. ^ "Our Team". vaccitech.co.uk. Dicapai pada 24 Mac 2021.
  5. ^ "Professor Sarah Gilbert | Hic Vac". hic-vac.org. Dicapai pada 24 Mac 2021.
  6. ^ "Covid-19: Oxford-AstraZeneca coronavirus vaccine approved for use in UK". BBC News. BBC. 30 December 2020. Dicapai pada 24 Mac 2021.
  7. ^ a b c d e f g Admin. "Professor Sarah Gilbert". Working for NDM (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 24 Mac 2021. Dicapai pada 24 Mac 2021.
  8. ^ Gilbert, Sarah Catherine (1986). Studies on lipid accumulaltion and genetics of Rhodosporidium toruloides. jisc.ac.uk (Tesis). University of Hull. OCLC 499901226. Templat:EThOS.
  9. ^ "Vaccine matters: Can we cure coronavirus?". Science Magazine. 12 August 2020. Dicapai pada 24 Mac 2021.
  10. ^ a b "Sarah Gilbert: Viral Vectored Vaccines — Nuffield Department of Medicine". University of Oxford. Dicapai pada 24 Mac 2021.
  11. ^ "Professor Sarah Gilbert | Hic Vac". hic-vac.org. Dicapai pada 24 Mac 2021.
  12. ^ "World-First Trial for Universal Flu Vaccine". Splice (dalam bahasa Inggeris). 11 October 2017. Dicapai pada 24 Mac 2021.
  13. ^ a b c d Jha, Alok; correspondent, science (6 Februari 2011). "Flu breakthrough promises a vaccine to kill all strains". The Guardian (dalam bahasa Inggeris). ISSN 0261-3077. Dicapai pada 24 Mac 2021.
  14. ^ "Sarah Gilbert — The Jenner Institute". jenner.ac.uk. Dicapai pada 24 Mac 2021.
  15. ^ Munster, Vincent J.; Wells, Daniel; Lambe, Teresa; Wright, Daniel; Fischer, Robert J.; Bushmaker, Trenton; Saturday, Greg; van Doremalen, Neeltje; Gilbert, Sarah C.; de Wit, Emmie; Warimwe, George M. (2017). "Protective efficacy of a novel simian adenovirus vaccine against lethal MERS-CoV challenge in a transgenic human DPP4 mouse model". NPJ Vaccines. 2 (1): 28. doi:10.1038/s41541-017-0029-1. ISSN 2059-0105. PMID 29263883. Diakses tanggal 24 Mac 2021.
  16. ^ "New MERS Coronavirus vaccine clinical trial starts in Saudi Arabia". www.vaccitech.co.uk. 20 Disember 2019. Dicapai pada 24 Mac 2021.
  17. ^ Halstead, Scott B.; van Doremalen, Neeltje; Lambe, Teresa; Sebastian, Sarah; Bushmaker, Trenton; Fischer, Robert; Feldmann, Friederike; Haddock, Elaine; Letko, Michael; Avanzato, Victoria A.; Rissanen, Ilona; LaCasse, Rachel; Scott, Dana; Bowden, Thomas A.; Gilbert, Sarah; Munster, Vincent (2019). "A single-dose ChAdOx1-vectored vaccine provides complete protection against Nipah Bangladesh and Malaysia in Syrian golden hamsters". PLOS Neglected Tropical Diseases. 13 (6): e0007462. doi:10.1371/journal.pntd.0007462. ISSN 1935-2735. PMID 31170144. Diakses tanggal 24 Mac 2021
  18. ^ Warimwe, George M.; Gesharisha, Joseph; Carr, B. Veronica; Otieno, Simeon; Otingah, Kennedy; Wright, Danny; Charleston, Bryan; Okoth, Edward; Elena, Lopez-Gil; Lorenzo, Gema; Ayman, El-Behiry; Alharbi, Naif K.; Al-dubaib, Musaad A.; Brun, Alejandro; Gilbert, Sarah C.; Nene, Vishvanath; Hill, Adrian V. S. (2016). "Chimpanzee Adenovirus Vaccine Provides Multispecies Protection against Rift Valley Fever". Scientific Reports. 6 (1): 20617. Bibcode:2016NatSR...620617W. doi:10.1038/srep20617. ISSN 2045-2322. PMID 26847478. Diakses tanggal 24 Mac 2021
  19. ^ a b "Two groups of UK scientists in race to develop coronavirus vaccine". London Evening Standard (dalam bahasa Inggeris). 7 Februari 2020. Dicapai pada 24 Mac 2021.
  20. ^ a b "Vaccine trials among recipients of £20 million coronavirus research investment" (dalam bahasa Inggeris). Government of the United Kingdom. Dicapai pada 27 March 2020.
  21. ^ Lane, Richard (2020). "Sarah Gilbert: carving a path towards a COVID-19 vaccine". The Lancet. 395 (10232): 1247. doi:10.1016/S0140-6736(20)30796-0. PMID 32305089.
  22. ^ "COVID-19 Vaccine Trials | COVID-19". covid19vaccinetrial.co.uk. Dicapai pada 24 Mac 2021.
  23. ^ Sample, Ian (19 March 2020). "Trials to begin on Covid-19 vaccine in UK next month". The Guardian (dalam bahasa Inggeris). ISSN 0261-3077. Dicapai pada 24 Mac 2021.
  24. ^ Robson, Steve (20 Mac 2020). "British scientists hope to start coronavirus vaccine trials next month". manchestereveningnews.co.uk. Dicapai pada 24 Mac 2021.
  25. ^ "UK scientists enrol volunteers for coronavirus vaccine trial". The Guardian. 17 March 2020.
  26. ^ Lovett, Samuel (1 September 2020). "'You just get on with it': The Oxford professor carrying the world's hopes of a coronavirus vaccine". The Independent. Dicapai pada 24 Mac 2021.
  27. ^ Franklin-Wallis, Oliver (23 Mei 2020). "From pandemics to cancer: the science power list". The Times (dalam bahasa Inggeris). ISSN 0140-0460. Dicapai pada 24 Mac 2021.
  28. ^ "Working for NDM: Professor Sarah Gilbert". Nuffield Department of Medicine. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 Mac 2021. Dicapai pada 24 Mac 2021.
  29. ^ Oxford vaccine creator Professor Sarah Gilbert awarded RSA Albert Medal www.ox.ac.uk, Accessed 23 March 2021