Sarah Hildebrand

Pelakon dan model Malaysia

Nur Sarah Marie Hildebrand Asyraf Hildebrand (lahir 18 Ogos 1990) ialah seorang bekas model, personaliti fesyen, pengacara dan pelakon wanita Malaysia dari keturunan Amerika, Jerman dan Melayu. Beliau memulakan kerjaya lakonannya pada 2015, dengan beberapa peranan kecil di televisyen dan filem. Beliau juga muncul dalam beberapa majalah termasuk InTrend, EH! dan Hijabista. Beliau secara rasminya telah buka tudung pada tahun 2020 [1][2][3] Namanya kian bersinar setelah menjayakan watak Nadine dalam drama bersiri Pujaan Hati Kanda pada tahun 2018.

Sarah Hildebrand
Hildebrand pada 2012.
Kelahiran
Nur Sarah Marie Hildebrand binti Asyraf Hildebrand

(1990-08-18) 18 Ogos 1990 (umur 33)
PekerjaanPelakon, pengacara, model duta
Tahun aktif2013–2022
Ketinggian5 ka 4 in (163 cm)
PasanganOtto Gillen (k. 2019)
Ibu bapa
  • Jeffrey L. Hildebrand (bapa)
  • Che Arbi Hashim (ibu)
Laman web rasmiwww.sarahhildebrand.com

Kehidupan awal sunting

Beliau dilahirkan pada 18 Ogos 1990 di Kuala Lumpur, Malaysia dan memiliki darah kacukan Amerika, Jerman dan Melayu.[4][5][6][7][8]

Kerjaya sunting

Hildebrand merupakan pemenang[9] bagi Gadis M2 pada 2013.[10] Beliau membuat kemunculan di iklan televisyen dan muzik video, dan membuat kemunculan sulungnya dalam bidang lakonan menerusi telefilem Hujan Pagi, sebagai Ati.

Filem sulung lakonannya ialah Mirip yang ditayangkan pada 2015, lakonan bersama Fezrul Khan, Ezzaty Abdullah dan Reen Rahim.

Beliau muncul bersama Kilafairy, Erwin Dawson, Cristina Suzanne dan Hefny Sahad dalam siri drama misteri, Nafas di NTV7, memegang watak Shila.[11]

Nama Sarah mula popular dan menaik menerusi drama adaptasi novel popular Pujaan Hati Kanda di samping Remy Ishak dan Mira Filzah, di mana beliau memegang watak antagonis utama bernama Nadine, dimana watak itu adalah kemunculan antagonis pertamanya.[12] Persembahan dalam drama itu mendapat pujian media, malah, watak Nadine lakonannya juga mengundang kebencian penonton atas sifat gedik watak tersebut.[13][14][15] Drama ini mendapat penarafan dengan jumlah penonton sebanyak 12 juta penonton.[16][17]

Pada April 2022, Sarah mengumumkan persaraanya daripada industri seni.Namun pada akhir Julai tahun yang sama Sarah menyertai United States Air Force dan kini menjalani latihan asas di Colorado [18]

Kehidupan peribadi sunting

Beliau berkahwin dengan Otto Gillen yang berwarganegara Amerika pada 3 November 2019.[19][20][21]

Beliau sebelum ini bertudung pada September 2015, namun mengumumkan tidak lagi bertudung pada Oktober 2020.[22]

Filemografi sunting

Filem sunting

Tahun Tajuk Peranan Pengarah Catatan
2015 Mirip Jokin Filem pertama
2016 Muluk Dan Konco: Hero Malaya Abdul Razak Mohaideen

Telefilem sunting

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV
2015 Hujan Pagi Ati Astro Prima
Jalan Singkat Ke Syurga Rose Astro Oasis
Dia Imamku Munirah TV3
2017 Wanita Terindah Reena Astro First Ekslusif

Drama sunting

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV
2016 Suami Tanpa Cinta Adura Astro Ria
2018 Nafas Shila NTV7
Pujaan Hati Kanda Nadine TV3
2020 Seindah Tujuh Warna Pelangi Deniz Nadine
Hero (Musim 2) PBM Arissa Shukri TV2
2022 Tunggu Dulu Cinta Nur Aivy Sofea TV1
Seindah Cinta Cinta TV Okey

Televisyen sunting

Tahun Tajuk Saluran TV
2013 Gadis M2 Astro Ria
2016 HyppTV Highlights Unifi TV
2018 Lima Letop Hurr.TV
Borak Kopitiam TV3
2017 #OhEmGee Unifi TV
2019 Sweet Tooth TV Okey
2020 Dari Meja Peguam TV1

Muzik video sunting

Tahun Tajuk lagu Penyanyi
2014 "Hujung Waktu" Azhael
2015 "Rindu" Shae
2022 "Abadi" Hazama Azmi

Iklan sunting

Tahun Jenama Butiran
2014 Perfecto Snacks Perfecto Crisps
2015 Nouvelles Visages Beauty Cosmetic
Safi Balqis Oxywhite Skincare

Endorsmen sunting

Tahun Produk Catatan
2015 Farmasi Cosmetic Duta
2016 Jubahsouq Duta

Anugerah dan pencalonan sunting

Tahun Anugerah Kategori Catatan Keputusan
2012 Female Cover Model Search Pertandingan majalah Model Finalis
2013 Gadis M2 Program TV realiti Model Menang

Rujukan sunting

  1. ^ Siti Athirah Dzulkifly (28 June 2015) "Kisah Klise Sarah Hildebrand" (in Malay) Utusan
  2. ^ Prastasi Seni Sarah Hildebrand (in Malay) Sinar TV
  3. ^ Nur Sarah Marie to show off hidden talent (in English) New Straits Times
  4. ^ Lookbook "KL Lookbook-Sarah Hildebrand"
  5. ^ Shazryn Mohd. Faizal (24 June 2015) "Dari Seorang Model Kepada Pelakon, Sarah Hildebrand Terbuka Kepada Kritikan" (in Malay) The Rakyat Post
  6. ^ Arina Azlan Bertudung Bukan Untuk Nikah (in Malay) Kosmo
  7. ^ Amirul Haswendy Ashari Sarah Asah Tutur Kata (in Malay) Harian Metro
  8. ^ Izwan Mohd. Isa Facebook Platform Seni Sarah (in Malay) Kosmo
  9. ^ "Sarah GM2: Saya tak jangka menang". Harian Metro. Dicapai pada 7 Disember 2015.
  10. ^ http://www.astrogempak.com.my/ArticleDetails/tabid/597/articleId/83450/Program-Gadis-M2-Platform-Lahirkan-Selebriti-Anggun-dan-Menawan.aspx
  11. ^ Michelle Gun (21 Mei 2018). Kisah beri keinsafan Harian Metro. Dicapai pada 11 Jun 2018.
  12. ^ "#Showbiz: The next 'it-girl'? Meet Sarah Hildebrand". New Straits Times. 27 Disember 2018. Dicapai pada 6 Mac 2019.
  13. ^ "Angry fans want to 'slap' Nadine". The Star Online. 23 Januari 2019. Dicapai pada 28 Mac 2019.
  14. ^ Mohd Fadhil Abdollah (28 Januari 2019). "Terima kasih 'Nadine' – Sarah Hildebrand". Utusan Malaysia. Dicapai pada 28 Mac 2019.
  15. ^ Sairul Zamri Misrani (17 Mac 2019). "'Jangan ada dendam'". Kosmo!. Dicapai pada 28 Mac 2019.
  16. ^ Sudirman Mohd Tahir (1 Februari 2019). "12 juta layan Pujaan Hati Kanda". Harian Metro. Dicapai pada 28 Mac 2019.
  17. ^ Hanisah Selamat (31 Januari 2019). "Pujaan Hati Kanda raih 12 juta tontonan". Berita Harian. Dicapai pada 28 Mac 2019.
  18. ^ Zaidi Mohamad (17 April 2022). "Sarah Hildebrand henti berlakon". Berita Harian. Dicapai pada 25 April 2022.
  19. ^ Ramlah Zainal (3 November 2019). Sarah Hildebrand selamat diijab kabul Harian Metro. Dicapai pada 13 November 2019.
  20. ^ Ramlah Zainal (27 Oktober 2019). Sarah Hildebrand nikah 3 November 2019 Harian Metro. Dicapai pada 13 November 2019.
  21. ^ Sarah Hilderbrand kini bergelar isteri Sinar Harian (3 November 2019). Dicapai pada 13 November 2019.
  22. ^ Sylvia Looi (15 Oktober 2022). "Actress Sarah Hildebrand removes hijab five years after donning it". The Malay Mail. Dicapai pada 25 April 2022.

Pautan luar sunting