Sarah Meirizka Hardiany Sechan (lahir 9 Mei 1974) ialah seorang pelakon dan pengacara televisyen Indonesia. Beliau sebelum ini ialah bekas VJ MTV dan kini menjadi Wakil Ketua Pengarang Majalah Cosmo Girl.

Sarah Sechan
Kelahiran
Sarah Meirizka Hardiany Sechan

(1974-05-09) 9 Mei 1974 (umur 46)
PekerjaanPelakon, pengacara
Tahun aktif1996-kini
PasanganEmir Hakim (k. 2003; c. 2011)
Neil Furuno (k. 2015)
AnakRajata
Ibu bapaTony Shahriar Sechan
Kusmiati

KerjayaSunting

Beliau mula mendapat perhatian umum sebagai VJ MTV, di mana kejayaannya dicapai menerusi MTV Nokia Jukebox Music Is My Life. Sarah juga pernah mengacarakan ramcangan Kisah Di Antara Kita yang disiarkan di SCTV bersama Deddy Mizwar.

Beliau pernah menjadi salah seorang pengacara rancangan bual bicara TV: ISM bersama Afdlin Shauki (Malaysia) dan Najip Ali (Singapura).

Sarah dan Uli Herdinansyah muncul bersama dalam sebuah pementasan drama muzikal bertajuk Miss Kedaluwarsa karya Eksotika Karmawibhangga Indonesia (EKI) Production. Dalam pementasan itu, Sarah memegang watak tokoh Shiva, seorang wanita dengan harta melimpah, cantik, glamor, namun kurang kasih sayang ibu bapa. Ia diadakan di Gedung Kesenian Jakarta pada 24 hingga 27 Mei 2007.

Pada awal 2008, Sarah membintangi filem XL, Antara Aku, Kau dan Mak Erot dan memegang watak sebagai Mak Siat, ejekan dari Mak Erot. Sejak 18 Mei 2013, Sarah bekerja di NET. sebagai pengacara Sarah Sechan. Dan sejak 12 Februari 2019, Sarah bekerja di Narasi sebagai pengacara Sarah Secharian.[1]

Kehidupan peribadiSunting

Sarah Sechan berkahwin dengan pereka grafik, Emir Hakim di Masjid Sunda Kelapa, Menteng pada Jun 2003. Mereka mempunyai seorang anak hasil perkongsian hidup pasangan ini, yang diberi nama Rajata. Pada Julai 2011, mereka berdua telah memfailkan perceraian di Jabatan Agama.[2] Jabatan Agama Depok pada 27 Oktober 2011 memutuskan mereka telah bercerai secara rasmi. Harta dan hak penjagaan anak tidak termasuk dalam proses perceraian.[3]

Beliau kemudian berkahwin dengan doktor dan pakar bedah tulang, Neil G. Furuno. Pasangan ini melangsungkan perkahwinan di Los Angeles, Amerika Syarikat, pada 6 Mac 2015.[4]

FilemografiSunting

FilemSunting

Tahun Tajuk Peranan Catatan
2007 Perempuan Punya Cerita Cicih Dicalonkam – Pendatang Baru Wanita Terbaik di Indonesian Movie Awards 2008
2008 Chika Karin Aditya
Si Jago Merah Ibu Susi
D.O. (Drop Out) Tante Rosa
XL Xtra Large Mak Siat
MBA (Married By Accident) Ibu Sugi
2009 Janda Kembang Yuli
Queen Bee Silvi
Suka Ma Suka Tante Ria
XXL-Double Extra Large Mak Siat
2010 Red CobeX Mbok Bariah
Madame X Bunda Lilis
2011 Arisan! 2 Joy Dicalonkan – Pelakon Pembantu Wanita Terbaik di Indonesian Movie Awards 2012
2017 Bukaan 8 Ambu

SinetronSunting

Tahun Tajuk Peranan Catatan
1997 Olga, Sepatu Roda Olga
2008-2009 Lia Sari 72 episod
2014 Keluarga Masa Kini Sarah Sitkom bual bicara
57 episod

TelevisyenSunting

IklanSunting

Anugerah dan pencalonanSunting

Tahun Karya tercalon Anugerah Kategori Keputusan
2008 Perempuan Punya Cerita Indonesian Movie Awards Pendatang Baru Wanita Terbaik Tercalon
2012 Arisan! 2 Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Tercalon
Pelakon Pembantu Wanita Kegemaran Menang
2014 Sarah Sechan Anugerah Komisi Penyiaran Indonesia Presenter Talkshow Terbaik Tercalon
2015 Presenter Wanita Terbaik Menang
2017 Presenter Talkshow Terbaik Tercalon

RujukanSunting

  1. ^ "Sarah Secharian, Program Baru Sarah Sechan di Narasi.tv". prokabar.com. 13 Februari 2019. Dicapai pada 15 September 2019.
  2. ^ "Sarah Sechan: In the public eye". 7 Oktober 2011.
  3. ^ "Sarah Sechan resmi bercerai". 3 November 2011.
  4. ^ "Sarah Sechan-Neil G Furuno Menikah di LA". 9 Mac 2015.

Pautan luarSunting