Parti Rakyat Sarawak
Parti Rakyat Sarawak atau lebih dikenali sebagai PRS, merupakan sebuah parti politik berhaluan kanan di Malaysia yang ditubuhkan secara rasmi pada tahun 2004. Parti politik tempatan ini adalah salah satu daripada empat parti politik tempatan yang membentuk Gabungan Parti Sarawak. PRS juga merupakan parti politik kedua terbesar di Sarawak selepas Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB).
Parti Rakyat Sarawak Sarawak People's Party | |
---|---|
Singkatan | PRS |
Presiden | Datuk Joseph Salang Gandum |
Timbalan Presiden | Majang Renggi |
Ketua Pemuda | Snowdan Lawan |
Ketua Wanita | Doris Sophia Brodie |
Setiausaha Agung | Malcolm Mussen Lamoh |
Pengasas | Tan Sri Datuk Amar Dr. James Jemut Masing |
Ditubuhkan | 2004 |
Ibu pejabat | Lot 9029, Tingkat 1, Blok 11, Muara Tebas Land District, Jalan Wan Alwi, 93350 Kuching, Sarawak |
Akhbar | • Utusan Borneo • The Borneo Post • The Star (Malaysia) • The Edge Malaysia • Guang Ming Daily • Media Indonesia |
Sayap belia | Pergerakan Pemuda PRS |
Sayap wanita | Pergerakan Wanita PRS |
Keanggotaan | 219,850 (Februari 2023) |
Ideologi | • Nasionalisme Sarawak • Hak asal bangsa Dayak • Hak tanah adat peribumi Dayak • Hak ekonomi Dayak • Hak budaya & warisan Dayak • Hak bangsa Melayu & Cina • Rakyat berbilang kaum • Perpaduan rakyat Malaysia • Keadilan semua kaum • Kebebasan beragama • Hak Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) • Hak autonomi wilayah • Reformisme negeri • Demokrasi sosial • Kestabilan politik Sarawak • Kestabilan ekonomi Sarawak |
Kedudukan politik | Tengah ke tengah kanan |
Penggabungan kebangsaan | • Barisan Nasional (2004–2018) • Gabungan Parti Sarawak (2018–kini) (masih aktif) • Gabungan Perpaduan PH–BN (2022–kini) (rakan gabungan) |
Slogan | Bersatu Bersama Rakyat |
Dewan Negara: | 1 / 70 |
Dewan Rakyat: | 5 / 31 (kerusi Parlimen di Sarawak) |
Dewan Undangan Negeri Sarawak: | 11 / 82 |
Premier Sarawak: | 0 / 1 (hanya di Sarawak) |
Laman sesawang | |
PRS Official Website PRS Facebook |
Sejarah penubuhan Parti Rakyat Sarawak (PRS)Sunting
Parti politik ini mula diasaskan secara rasmi pada 2004, selepas berlakunya krisis kepimpinan Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS) yang mengakibatkan pembatalan pendaftaran PBDS oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS) pada 5 Disember 2003[1] dan 21 Oktober 2004[2] oleh sekumpulan serpihan yang diketuai oleh Tan Sri Datuk Amar Dr. James Jemut Masing dan Dato' Sri Sng Chee Hua. Majoriti keahlian parti politik berkenaan adalah terdiri daripada para pemimpin tempatan berbangsa Cina dan Dayak (Iban, Bidayuh, & Orang Ulu), serta golongan-golongan professional termasuk usahawan, pakar kewangan, arkitek, doktor, dan ahli akademik yang berpengalaman. Ini juga meliputi golongan wanita Dayak dan juga melibatkan golongan belia dari pelbagai kaum di Sarawak.
Pada 2 Disember 2006, parti politik ini bermula dengan hanya sebanyak 800 anggota perwakilan yang menganggotai 22 daripada 28 cawangan PRS yang disahkan oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS), telah mengesahkan kehadirannya di Miri, Sarawak.
Walau bagaimanapun, ada segelintir ahli PRS terpaksa diketepikan. Antara ahli-ahli PRS yang diketepikan ialah pengasas parti berkenaan, Dato' Sri Sng Chee Hua dan Setiausaha Agung PRS ketika itu, Sidi Munan.
Selain itu, pada masa yang sama juga, beberapa ahli PRS lain turut menerima nasib yang serupa. Antaranya Ketua Wanita PRS waktu itu, Josephine Rindan Mawat serta dua lagi naib presiden ketika itu, iaitu Menteri Muda Di Pejabat Ketua Menteri waktu itu, Larry Sng Wei Shien (yang juga merupakan anak lelaki kepada pengasasnya, Sng Chee Hua), dan Jimmy Donald, yang juga merupakan ahli Parlimen Sri Aman ketika itu.
Barisan kepimpinanSunting
- Presiden:
- Dato' Joseph Salang Gandum
- Timbalan Presiden:
- Naib Presiden:
- Setiausaha Agung:
- Malcolm Mussen Lamoh
- Timbalan Setiausaha Agung:
- Jurucakap Parti:
- Pengarah Komunikasi & Media:
- Ketua Pemuda:
- Datuk Snowdan Lawan
- Timbalan Ketua Pemuda:
- Naib Ketua Pemuda:
- Ketua Wanita:
- Doris Sophia Brodie
- Timbalan Ketua Wanita:
- Naib Ketua Wanita:
- Penasihat Khas (Pilihanraya):
- Ketua Strategi Pilihanraya:
- Timbalan Ketua Strategi Pilihanraya:
- Penasihat Khas (Kewangan):
- Bendahari:
- Timbalan Bendahari:
- Setiausaha Khas (Undi 18):
- Ahli-ahli Jawatankuasa Parti:
- Lue Cheng Hing
Wakil RakyatSunting
Ahli Dewan RakyatSunting
PRS kini mempunyai 5 Ahli Parlimen:
Negeri | No. | Perlembagaan Parlimen | Ahli | Catatan |
---|---|---|---|---|
Sarawak | P202 | Sri Aman | Doris Sophia Brodi, YB Dato' Sri | |
P203 | Lubok Antu | Roy Angau Gingkoi, YB Tuan | ||
P210 | Kanowit | Aaron Ago Dagang,YB Dato' | Menteri Perpaduan Negara Malaysia | |
P214 | Selangau | Edwin Banta, YB Tuan | ||
P216 | Hulu Rajang | Wilson Ugak Kumbong, YB Datuk | Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Malaysia |
Ahli Dewan Undangan NegeriSunting
No. | Kawasan DUN | Nama | Parti politik |
---|---|---|---|
N.30 | Balai Ringin | Datuk Snowdan Lawan | PRS |
N.31 | Bukit Begunan | Datuk Mong anak Dagang | PRS |
N.34 | Batang Ai | Malcolm Mussen Lamoh | PRS |
N.49 | Ngemah | Anyi anak Jana | PRS |
N.59 | Tamin | Christopher Gira Sambang | PRS |
N.60 | Kakus | Datuk John Sikie Tayai | PRS |
N.61 | Pelagus | Wilson Nyabong Ijang | PRS |
N.64 | Baleh | Nicholas Kudi Jantai Masing | PRS |
N.65 | Belaga | Datuk Liwan anak Lagang | PRS |
N.66 | Murum | Kennedy Chukpai Ugon | PRS |
N.70 | Samalaju | Datuk Majang anak Renggi | PRS |
Pilihan raya kecil Batang Ai 2009Sunting
Dalam Pilihan raya kecil Batang Ai 2009, Malcolm Mussen Lamoh dari Parti Rakyat Sarawak (PRS) menewaskan bekas Anggota Parlimen Lubok Antu, Jawah Gerang dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), dengan majoriti 1,854 undi. Terdapat 150 buah Rumah Panjang yang didiami etnik Iban di Batang Ai menyokong PRS. [3]
Pilihan raya Umum Negeri Sarawak 2021Sunting
Parti Rakyat Sarawak berjaya memperoleh kemenangan 11 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), pada pilihan raya umum negeri Sarawak.
Logo PartiSunting
PRS semasa ditubuh hasil pembubaran Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS) telah menggunakan logo yang berlambang perisai dan parang menyerupai logo PBDS yang berlambang perisai, parang dan lembing pada 2004. Parti ini telah menukarkan logonya kepada lambang pokok padi yang baru sekarang pada April 2010.[4]
- Logo of PRS.png
Logo baharu Parti Rakyat Sarawak (PRS) sekarang.
Lihat jugaSunting
Pautan LuarSunting
- PRS Official Website Diarkibkan 2018-08-16 di Wayback Machine
- PRS Facebook
- The Dayak dilemma (Part 1) Diarkibkan 2009-07-07 di Wayback Machine
- The Dayak dilemma (Part 2)[pautan mati kekal]
- The Dayak dilemma (Part 3) Diarkibkan 2009-06-07 di Wayback Machine
- The Dayak dilemma (Part 4) Diarkibkan 2013-06-09 di Wayback Machine
- Khoo, Phillip (Jun, 2004) The Taming of the Dayak. Aliran Monthly
RujukanSunting
Rencana berkaitan Malaysia ini ialah rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya. |