Parti Demokratik Progresif
Parti Demokratik Progresif atau Progressive Democratic Party (PDP), merupakan sebuah parti politik tempatan yang ditubuhkan serta didaftarkan secara rasmi pada 9 November 2002, dan parti ini juga merupakan parti serpihan Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP). Ini disebabkan oleh wujudnya perbalahan antara pucuk pimpinan dalam Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) yang melibatkan pihak pembangkang sehingga mengakibatkan ramai ahli SNAP bertindak keluar parti, dan bersepakat menubuhkan Parti Demokratik Progresif (PDP) yang diterajui oleh presiden parti ketika itu, Tan Sri Datuk William Mawan Ikom. Dan parti politik ini aktif berkhidmat sehingga kini.
Progressive Democratic Party Parti Demokratik Progresif | |
---|---|
Nama Malay | Parti Demokratik Progresif |
Singkatan | PDP |
Presiden | Dato' Sri Tiong King Sing |
Setiausaha agung | Anyi Ngau |
Timbalan Presiden | Henry Harry Jinep |
Ditubuhkan | 2002[1] |
Pecahan |
|
Ibu pejabat | Lot 158, 159 & 160, Seksyen 20, KTLD 9F/9G/9H, Jalan Badruddin, 93400 Kuching, Sarawak |
Keanggotaan | 167,950 (April 2024) |
Ideologi | • Regionalisme • Nasionalisme Sarawak • Demokrasi sosial • Hak ekonomi Sarawak • Hak kebajikan rakyat • Hak Perjanjian Malaysia 1963 • Pemikiran bebas rakyat • Konservatisme sosial • Konservatisme ekonomi |
Kedudukan politik | Tengah ke tengah kiri |
Penggabungan kebangsaan | • Barisan Nasional (2002–2018) • Gabungan Parti Sarawak (2018–kini) (masih aktif) • Gabungan Perpaduan PH–BN (2022–kini) (rakan gabungan) |
Warna | Blue, yellow |
Dewan Negara: | 1 / 70 |
Dewan Rakyat: | 2 / 222 |
Dewan Undangan Negeri Sarawak: | 7 / 82 |
Politik Malaysia Parti politik Pilihan raya |
Pada pertengahan tahun 2002, Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) sekali lagi mengalami krisis dalaman parti berkenaan, apabila pemangku presiden SNAP waktu itu, Datuk Amar James Wong Kim Min, bertindak memecat bendaharinya yang juga merupakan ahli parlimen Bintulu, Tiong King Sing pada bulan April 2002 atas sebab tindakan disiplin sekaligus mencetuskan krisis kepimpinan dan perpecahan parti yang mengakibatkan perpecahan antara dua puak. Satu puak diterajui oleh pemangku presiden James Wong dan timbalan presiden SNAP ketika itu, Peter Tinggom. Manakala satu puak lagi diketuai oleh naib presidennya yang berimpian tinggi, Tan Sri Datuk William Mawan Ikom.
Krisis perpecahan yang berlaku ini telah mengakibatkan Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) yang juga merupakan parti tertua negeri Sarawak selama 41 tahun, secara rasminya dibatalkan pendaftarannya pada 5 November 2002 oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS). Pada masa yang sama, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan bahawa Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) tidak lagi diisytiharkan sebagai parti politik yang sah dan diwartakan sebagai pertubuhan politik yang tidak berdaftar.
Susulan pembatalan pendaftaran baharu parti SNAP, bekas naib presiden parti berkenaan, Tan Sri Datuk William Mawan Ikom akhirnya bersetuju untuk menubuhkan sebuah parti politik tempatan baharunya iaitu Parti Demokratik Progresif Sarawak atau dikenali sebagai Progressive Democratic Party (PDP), yang merupakan parti serpihan baharu daripada parti lamanya, Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP). PDP telahpun didaftarkan serta diluluskan pendaftarannya oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS) pada 9 November 2002, iaitu 4 hari kemudian selepas ROS bertindak membatalkan pendaftaran SNAP. [2][3]
Parti Demokratik Progresif Sarawak (PDP) kini diterajui oleh presiden baharu yang juga merupakan bekas bendahari SNAP dan ahli parlimen Bintulu, Dato' Sri Tiong King Sing. Pada pilihan raya umum negeri Sarawak tahun lalu (PRU DUN Sarawak 2021), PDP berjaya memperoleh lima kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak.
Sejarah pilihan raya
suntingPada pilihan raya negeri Sarawak 2016, PDP berjaya memperoleh 3 kerusi di peringkat Dewan Undangan Negeri Sarawak.
Manakala melalui pilihan raya umum Malaysia 2013, PDP berjaya memperoleh 2 kerusi di peringkat parlimen.
Pada pilihan raya umum DUN Sarawak 2021, PDP mencatatkan kemenangan mutlak dengan memperoleh 5 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak.
Organisasi kepimpinan Parti Demokratik Progresif (PDP)
sunting- Presiden:
- Dato' Sri Tiong King Sing
- Timbalan Presiden:
- Datuk Nelson Balang Rining
- Naib Presiden Kanan:
- Datu Dr. Penguang Manggil
- Rolland Duat Jubin
- Dato Sri Wong Soon Koh
- Naib Presiden:
- Dr Johnical Rayong Ngipa
- Baru Bian
- Setiausaha Agung:
- Timbalan Setiausaha Agung:
- Ketua Penerangan:
- Timbalan Ketua Penerangan:
- Bendahari Agung:
- Timbalan Bendahari Agung:
- Pengarah Strategi Pilihanraya:
- Setiausaha Organisasi:
- Penasihat Khas (Reformasi Politik):
- Penasihat Khas (Undang-undang Parti):
- Penasihat Khas (Gerak Kerja Parti):
- Penasihat Khas (Keahlian & Undi 18):
- Ahli-Ahli Jawatankuasa Pusat:
Senarai perwakilan PDP
suntingDewan Negara
suntingLantikan | Tempoh | Ahli | Catatan |
---|---|---|---|
Yang di-Pertuan Agong | 5 Mac 2024 - 4 Mac 2027 | Pele Peter Tinggom, YB Tuan |
Dewan Rakyat
suntingNegeri | Bil. | Parlimen | Penyandang | Catatan | ||
---|---|---|---|---|---|---|
Sarawak | P217 | Bintulu | Tiong King Sing, YB Dato' Sri | Menteri Pelancongan Malaysia | ||
P220 | Baram | Anyi Ngau, YB Tuan | ||||
Jumlah | Sarawak (2) |
Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak
suntingNo. | DUN | Penyandang | Catatan |
---|---|---|---|
N33 | Engkilili | Johnical Rayong Ngipa | Menang Pilihan raya negeri Sarawak 2021 atas tiket Parti Sarawak Bersatu |
N39 | Krian | Friday Belik | |
N48 | Meluan | Rolland Duat Jubin | |
N52 | Dudong | Tiong King Sing | |
N53 | Bawang Assan | Wong Soon Koh | Menang PRN Sarawak 2021 atas tiket PSB |
N76 | Marudi | Penguang Manggil | Timbalan Menteri Kerajaan Tempatan Sarawak |
N81 | Ba'kelalan | Baru Bian | Menang PRN Sarawak 2021 atas tiket PSB |
Penyerapan Parti Sarawak Bersatu ke Dalam Parti Demokratik Progresif
suntingParti Sarawak Bersatu (PSB) ditubuhkan pada 17 Ogos 2014 merupakan parti serpihan Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) yang diketuai oleh mantan Menteri Kewangan 2 Sarawak, Wong Soon Koh. Walau bagaimanapun, PSB kekal sebagai rakan strategik Barisan Nasional dan diberikan enam kerusi pada Pilihan raya negeri Sarawak 2016 dan kesemua calonnya bertanding sebagai ahli langsung BN.
Lihat juga
suntingPautan luar
sunting- Laman Facebook SPDP
- The Dayak dilemma (Part 1) Diarkibkan 2009-07-07 di Wayback Machine
- The Dayak dilemma (Part 2)[pautan mati kekal]
- The Dayak dilemma (Part 3) Diarkibkan 2009-06-07 di Wayback Machine
- The Dayak dilemma (Part 4) Diarkibkan 2013-06-09 di Wayback Machine
Rujukan
sunting- ^ "Parti Demokratik Progresif - Barisan Nasional". Barisan Nasional. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 June 2017. Dicapai pada 12 June 2018.
- ^ Sarawak’s Snap deregistered by ROS, 5 Nov 2002, Malaysiakini
- ^ SNAP to Seek Judicial Review of Deregistration, 26 Nov 2002, New Straits Times