Sarawak Shell Berhad

Sarawak Shell Berhad atau SSB adalah sebuah syarikat carigali dan pengeluaran yang berppangkalan di Miri, Sarawak. Penglibatan SSB di Malaysia telah bermula seawal tahun 1891 di bawah nama "Marcus Samuel & Company". Shell merupakan syarikat carigali minyak pertama yang menemui minyak di Malaysia iaitu di Bukit Kanada, Miri pada tahun 1910. Telaga pertamanya yang dikenali sebagai "Miri No. 1" (pada hari ini dikenali sebagai "Grand Old Lady") telah digerudi pada 10 Ogos, 1910 dan mula mengeluarkan petroleum pada bulan Disember 1910 pada kadar 80 tong sehari.

Operasi syarikat SSB di Malaysia pada hari ini tertumpu pada blok-blok di luar pantai Sarawak.

Rujukan sunting

Pautan luar sunting


Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.