Sasakibe Chōjirō

Sasakibe Chōjirō (雀部 長次郎) ialah watak dalam manga dan siri anime Bleach. Dia merupakan leftenan Bahagian Pertama di bawah pimpinan Yamamoto-Genryūsai Shigekuni.

Watak Bleach
Sasakibe Chōjirō
Sasakibe Chōjirō
Peranan Leftenan shinigami daripada

Divisyen 1

Tarikh lahir 4 November
Ketinggian 179 cm (5' 10½")
Berat 66 kg (146 lbs)
Zanpakutō Gonryōmaru
Seiyū Taro Yamaguchi

Templat:Spoiler

Watak dan Perwatakan sunting

Perwatakan sebenarnya tidak diberi penekanan tetapi pakaian seragamnya melambangkan seorang shinigami biasa dan pemain pedang. Dia memakai jinbaori di atas seragamnya dan pelindung tangan. Tidak banyak yang diketahui tentangnya.

Dalam manga, Sasakibe ditonjolkan sebagai seorang lelaki yang tidak mempunyai anak mata dan menyebabkan para pembaca bertanggapan bahawa dia sebenarnya buta. Tetapi, dalam anime, dia diberi sepasang mata berwarna perang muda. Jika dia buta, maka dia tidak akan dipengaruhi oleh kesan hipnosis zanpakutō milik Aizen Sōsuke.

Nama Sasakibe tidak diperkenalkan dengan serta-merta selepas kemunculan wataknya dalam manga (nama zanpakutōnya didedahkan terlebih dahulu sebelum namanya). Oleh sebab itu, dia merupakan salah satu watak yang misteri dalam Bleach.

Gonryōmaru sunting

Nama zanpakutō Sasakibe ialah "Roh Tegas" (厳霊丸, Gonryōmaru). Arahan bagi pembebasan tahap pertama ialah "tusuk" (穿て, ugate).

Dalam tahap pertama, Gonryōmaru berubah kepada sejenis pedang bermata dua. Keupayaan Gonryōmaru tidak diketahui kerana Kurosaki Ichigo dapat menewaskannya selepas dia membebaskan zanpakutō.