Sasando atau sasandu (dari kata sando "menggetar")[1] ialah sejenis alat muzik bertali dimainkan dalam kalangan masyarakat yang menduduki pulau-pulau Roti dan Timor di Kepulauan Sunda Kecil selatan negara Indonesia. Alat ini sering dimainkan berhibur mengiringi nyanyian, syair, atau tarian tradisional dilakukan dalam acara-acara masyarakat termasuk perkahwinan dan pengebumian.[2]

Alat sasando dari barat pulau Timor dipamerkan di Museum der Kulturen kotkñua Basel, Switzerland.

Binaan sunting

Badan sasando terdiri dari suatu tabung buluh panjang dipasangkan penyangga (senda) kayu diletakkan dawai atau senar yang direntangkan dari atas ke bawah alat setiap satunya memberikan nada petikan yang berbeza-beza. Tabung ini pula hampir ditutup oleh suatu karung anyaman daun-daun tal disebut haik) yang menyonorkan bunyi petikan tali dawai alat.

Sementara jumlah dawai pada Sasando berbeda sesuai jenisnya, seperti Sasando Engkel (28 dawai), Sasando Dobel (56 dawai, 84 dawai).

Cara dimainkan sunting

Tangan utama yang kuat memetik tali dawai bes manakala tangan yang sebelah lain memainkan tali trebel membunyikan irama utama.[1] Tinggi rendah nada petikan tali-tali ini boleh diolah dari memindahkan kedudukan kekuda serta mengetatkan pengulir tala.[2]

Jenis sunting

Terdapat jenis sasando yang dikenalpasti dari bentuk bunyi petikan yang mirip alat lain iaitu:[1]

  • sasando gong atau sasando haik (7, 11 dawai)
  • sasando biola (30, 32, 36 dawai)

Rujukan sunting

  1. ^ a b c Faqihah Muharroroh Itsnaini (27 Mac 2021). "Sasando Berasal dari Mana? Ini Sejarah Singkatnya". detikEdu. Detik.
  2. ^ a b Libin, Laurence (musim sejuk 1977–78). "Musical Instruments in the Metropolitan Museum". The Metropolitan Museum of Art Bulletin. 35 (3): 10–11. Check date values in: |date= (bantuan) dalam "Tube Zither (Sesando or Sasandu), late 19th century". Muzium Seni Metropolitan. 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 Januari 2011. Dicapai pada 29 Disember 2013.