Dalam matematik, suatu satah ialah sebarang permukaan dua dimensi yang rata yang memanjang jauh. Suatu satah merupakan bentuk dua dimensi bagi titik (dimensi sifar), garisan (satu dimensi) dan ruang (tiga dimensi). Suatu satah dapat muncul sebagai subbahagian daripada objek-objek dimensi darjat lebih tinggi, seperti suatu dinding dalam ruang, yang panjangnya tidak terbatas, atau wujud secara bebas lagi sendiri seperti dalam pengaturan geometri Euclid.

Tiga satah yang selari.

Apabila khusus dalam konteks ruang Euclid dua dimensi, satah merujuk kepada keseluruhan ruang. Banyak perkara asas dalam matematik, geometri, trigonometri, teori graf dan proses penggrafan dilakukan dalam ruang dua dimensi, atau, dengan kata lain, dalam suatu satah.

Pautan luarSunting