Satam Muhammed Abdel Rahman al-Suqami (Arab: سطام السقامي, Saṭām as-Suqāmī) (28 Jun 1976 - 11 September 2001) ialah seorang mahasiswa undang-undang Arab Saudi dan salah seorang daripada lima perampas Penerbangan 11 American Airlines sebagai sebahagian daripada serangan 11 September.[2]

Satam al-Suqami
150 x 200
Kelahiran
Satam al-Suqami

(1976-06-28)28 Jun 1976
Meninggal dunia11 September 2001(2001-09-11) (umur 25)
Sebab kematianKemalangan yang disengajakan dari Penerbangan 11 American Airlines
WarganegaraArab Saudi
PendidikanUniversiti Raja Saud

Suqami telah menjadi mahasiswa undang-undang sehingga dipelawa menyertai al-Qaeda bersama dengan Majed Moqed, perampas lain, dan melakukan perjalanan ke Afghanistan di mana beliau akan dipilih untuk turut serta dalam serangan 9/11.

Beliau tiba di Amerika Syarikat pada April 2001. Pada 11 September 2001, Suqami menaiki Peenrbangan 11 American Airlines dan turut terlibat dalam perampasan pesawat sehingga melanggar Menara Utara World Trade Center sebagai sebahagian dari serangan koordinasi.

Pada 19 Mei 2001, Suqami dan Waleed al-Shehri mengambil penerbangan dari Fort Lauderdale ke Freeport, Bahama di mana mereka memiliki tempahan di Princess Resort. Namun, kerana tidak memiliki dokumen perjalanan sah, mereka dihentikan semasa mendarat, dan kembali ke Florida pada hari yang sama dan menyewa Kia Rio merah dari ejen Penyewaan Kereta Avis.

Rujukan sunting

  1. ^ "Archived copy". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-09-28. Dicapai pada 2011-08-04.CS1 maint: archived copy as title (link)
  2. ^ Joe Conger (January 10, 2001). "2 hijackers identified as former S.A. residents". mysanantonio.com. Diarkibkan daripada yang asal pada May 14, 2003. At least five sources tell KENS 5, two of the men, Satam al-Suqami and Salem al-Hazmi, lived at the Spanish Trace Apartments on the North Side earlier this year

Pautan luar sunting