Satees Muniandy
Satees Muniandy (Tamil:சதீஸ் முனியாண்டி) ialah ahli politik Malaysia berketurunan India. Beliau berkhidmat sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang bagi Bagan Dalam selama sepenggal dari Mei 2018 hingga Ogos 2023. Namanya digugurkan dalam pilihan raya negeri Pulau Pinang 2023 bersama mentornya, P. Ramasamy.
Satees Muniandy | |
---|---|
Ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang untuk Bagan Dalam | |
Dalam jawatan 2018–2023 | |
Didahului oleh | ![]() |
Digantikan oleh | ![]() ![]() |
Majoriti | 6,783 (PRU-14) |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Satees a/l Muniandy சதீஸ் முனியாண்டி |
Parti politik | ![]() ![]() URIMAI (Sejak 2003) |
Pekerjaan | Ahli politik |
Kemudian, beliau meninggalkan DAP dan menyertai URIMAI.[1] Ini disebabkan oleh tindakan DAP untuk mengurangkan pengaruh masyarakat India dalam parti mereka dan menunjukkan parti itu lebih berpusat kepada kaum Cina.
Kerjaya
suntingSatees memulakan kerjaya politiknya bersama Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan memenangi kerusi DUN Bagan Dalam dalam Pilihan Raya Umum 2018 dengan majoriti 6,783 undi. Pada Julai 2023, menjelang Pilihan Raya Negeri Pulau Pinang, Satees mengumumkan keluar dari DAP. Satees kemudian bertanding sebagai calon bebas untuk mempertahankan kerusi Bagan Dalam dalam pilihan raya tersebut.
Beliau juga merupakan pengacara bersama podcast Sembang Pokok bersama David Marshel. Sembang Pokok ialah sebuah podcast berbahasa Tamil yang membincangkan pelbagai topik termasuk politik Malaysia, isu sosial, ekonomi, seni, dan hal ehwal antarabangsa. Podcast ini bertujuan untuk memberikan analisis yang mendalam serta perspektif yang menyeluruh terhadap isu-isu semasa yang memberi kesan kepada Malaysia.
Kedua-dua podcast ini berperanan sebagai platform untuk Satees Muniandy berkongsi pandangan beliau serta berinteraksi dengan masyarakat umum mengenai isu-isu penting di Malaysia. Podcast ini boleh diakses melalui YouTube dan TikTok, dan disampaikan dalam bahasa Tamil bagi memenuhi keperluan komuniti penutur Tamil di Malaysia.
Keputusan Pilihan Raya
suntingYear | Constituency | Calon | Undi | Peratusan | Pesaing | Undi | Peratusan | Kertas undi dibuang | Majoriti | Peratusan keluar mengundi | ||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
2018 | N09 Bagan Dalam | Satees Muniandy (DAP) | 10,701 | 72.50% | Dhinagaran Jayabalan (தினகரன் ஜெயபாலன்) (MIC) | 3,918 | 26.60% | 14,948 | 6,783 | 81.70% | ||
Teoh Uat Lye (MUP) | 51 | 0.30% | ||||||||||
Teoh Huck Ping (PRM) | 45 | 0.30% | ||||||||||
Jasper Ooi Zong Han (PFP) | 36 | 0.30% | ||||||||||
2023 | Satees Muniandy (BEBAS) | 1,111 | 7.56% | Kumaran Krishnan (குமரன் கிருஷ்ணன்) (DAP) | 10,506 | 71.49% | 14,868 | 7,542 | 70.06% | |||
Jayaraman Kunchu Kannu (ஜெயராமன் குஞ்சு கண்ணு) (PAS) | 2,964 | 20.17% | ||||||||||
S. Rajasakanan (எஸ். ராஜசகனன்) (PFP) | 115 | 0.78% |
References
sunting- ^ "Dropped Penang DAP rep quits party, to defend seat as independent". www.malaysiakini.com.
- ^ "RESULTS OF CONTESTED ELECTION AND STATEMENTS OF THE POLL AFTER THE OFFICIAL ADDITION OF VOTES சம்பந்தப்பட்ட தேர்தலின் முடிவுகள் மற்றும் வாக்குகளை அதிகாரப்பூர்வமாக சேர்த்த后的 தேர்தல் அறிக்கைகள்". Dicapai pada 2023-12-03.
- ^ "RESULTS OF CONTESTED ELECTION AND STATEMENTS OF THE POLL AFTER THE OFFICIAL ADDITION OF VOTES சம்பந்தப்பட்ட தேர்தலின் முடிவுகள் மற்றும் வாக்குகளை அதிகாரப்பூர்வமாக சேர்த்த后的 தேர்தல் அறிக்கைகள்" (PDF). Dicapai pada 2023-12-03.