Neptun memiliki 14 bulan yang diketahui. Yang terbesar ialah Triton, ditemui oleh William Lassell cuma 17 hari selepas penemuan Neptun. Ia mengambil masa kira-kira 100 tahun kemudian untuk menemui satelit semula jadi kedua, Nereid.

Neptun (atas) dan Triton (bawah), 3 hari selepas terbang lalu Voyager 2.

Bulan Neptun dinamakan bersempena watak ternama akuatik dalam mitologi Yunani dan Rom, kebanyakannya bersempena nimfa-nimfa Nereid mengikut kedudukan dewa Neptunus sebagai dewa laut.