Bulan Zuhal
Planet Zuhal mempunyai 62 satelit semula jadi yang telah dikenal pasti.
Pengenalan
suntingZuhal mempunyai 62 buah bulan dengan orbit yang disahkan. Bagaimanapun, bilangan bulan yang tepat tidak boleh diberikan kerana tidak terdapat garis pembahagian yang objektif antara serpihan-serpihan tanpa nama yang membentuk sistem cecincin atau gelang Zuhal dan objek-objek lebih besar yang telah dinamakan sebagai bulan.
- Sebelum Zaman Angkasa Lepas, 9 buah bulan diketahui mengelilingi Zuhal.
- Pada tahun 1980, penerokaan-penerokaan angkasa lepas Voyager menemui lagi 9 buah bulan di pedalaman sistem Zuhal.
- Tinjauan yang bermula pada lewat 2000 menemui 12 buah bulan yang baru mengelilingi Zuhal pada jarak yang jauh dalam orbit-orbit yang menunjukkan bahawa objek-objek ini merupakan serpihan daripada jasad-jasad lebih besar yang ditangkap oleh tarikan kegravitian Zuhal (Nature jilid. 412, hlm. 163-166).
- Misi Cassini yang tiba di Zubal pada musim panas 2004 menemui tiga buah bulan kecil di pedalaman sistem Zuhal. Selain itu, kewujudan tiga lagi bulan di Gelang F telah disyaki, dengan duanya masih belum disahkan. Ini menaikkan bilangan bulan yang disyaki menjadi 37.
- Pada 16 November 2004, ahli-ahli sains Cassini mengumumkan bahawa struktur gelang-gelang Zuhal menunjukkan kewujudan lebih banyak buah bulan yang mengelilingi di dalam gelang-gelang, tetapi hanya satu, iaitu Daphnis, telah disahkan dengan penglihatan setakat ini (pengesahannya diumumkan pada Mei 6, 2005).[1].
- Pada Mei 3, 2005, ahli-ahli astronomi yang menggunakan Balai Cerap Mauna Kea mengumumkan penemuan lagi 12 buah bulan luaran yang kecil. [2][3].
Themis, satelit palsu yang "ditemui" pada tahun 1905, tidak wujud.
Jadual bulan yang diketahui
suntingBulan-bulan Zuhal yang disenaraikan di sini dengan tempoh orbit, daripada terpendek hingga terpanjang. Bulan-bulan cukup berjisim untuk permukaan mereka untuk mempunyai runtuhan kepada sferoid telah ditandakan dengan ungu muda. Titan, yang mempunyai saiz seperti planet, mempunyai tandaan gelap. Bulan-bulan yang tidak seragam ditandakan dalam warna kelabu.
Nama (bulan sferoid dalam huruf tebal) (Petunjuk sebutan) |
Diameter (km) | Jejari orbit minimum (purata) (km) |
Tempoh Orbit (h) | Kedudukan | Dijumpai | ||
---|---|---|---|---|---|---|---|
XVIII | Pan | pan' | 30 (35 × 35 × 23)(9) | 133,583 | 0.576(1) | di dalam Bahagian Encke | 1990 |
XXXV | Daphnis | daf'-nəs | ~7 | 136,505(8) | 0.59537(1) | di dalam Jurang Keeler | 2005 |
XV | Atlas | at'-ləs | 31 (46 × 38 × 19)(9) | 137,670 | 0.603(1) | Gembala-gembala Gelang A luaran | 1980 |
XVI | Prometheus | prə-mee'-thee-əs | 86 (119 × 87 × 61)(9) | 139,350 | 0.614(1) | Gembala-gembala Gelang F dalaman | 1980 |
S/2004 S 6(2) | ~5 | 140,000 | 0.61 | 2004 | |||
S/2004 S 4(2) | ~5 | 140,100 | 0.619(1) | 2004 | |||
S/2004 S 3(2) | ~5 | 140,580 | 0.62095 | Gembala-gembala Gelang F luaran | 2004 | ||
XVII | Pandora | pan-dor'-ə | 80 (103 × 79 × 64)(9) | 141,520 (3) | 0.6285(7) | 1980 | |
XI | Epimetheus | ep'-ə-mee'-thee-əs | 113 (135 × 108 × 105)(9) | 151,422(7) | 0.6956(1) | Orbital bersama | 1980 |
X | Janus | jay'-nəs | 179 (193 × 173 × 137)(9) | 151,472(7) | 0.6960(1) | 1966 | |
I | Mimas | mye'-məs | 397 (415 × 394 × 381)(10) | 185,404(3) | 0.942422(4) | 1789 | |
XXXII | Methone | mə-thoe'-nee | 3 | 194,000 | 1.01(1) | 2004 | |
XXXIII | Pallene | pə-lee'-nee | 4 | 211,000 | 1.14(1) | 2004 | |
II | Enceladus | en-sel'-ə-dəs | 504 (513 × 503 × 497)(10) | 237,950(3) | 1.370218(4) | Di dalam bahagian tebal gelang E | 1789 |
XIII | Telesto | tə-les'-toe | 24 (29 × 22 × 20)(9) | 294,619(3) | 1.887802(4) | Trojan Tethys yang di hadapan | 1980 |
III | Tethys | tee'-thəs | 1066 (1081 × 1062 × 1055)(10) | 1684 | |||
XIV | Calypso | kə-lip'-soe | 21 (30 × 23 × 14)(9) | Trojan Tethys yang di belakang | 1980 | ||
XII | Helene | hel'-ə-nee | 33 (36 × 32 × 30) | 377,396(3) | 2.736915(4) | Trojan Dione yang di hadapan | 1980 |
IV | Dione | dye-oe'-nee | 1123 (1128 × 1122 × 1121)(10) | 1684 | |||
XXXIV | Polydeuces | pol'-ee-dew'-seez | 13 | Trojan Dione yang di belakang | 2004 | ||
V | Rhea | ree'-ə | 1529 (1535 × 1525 × 1526)(10) | 527,108(5) | 4.518212(5) | 1672 | |
VI | Titan | tye'-tən | 5151 | 1,221,930(3) | 15.94542 | 1655 | |
VII | Hyperion | hye-peer'-ee-ən | 292 (360 × 280 × 225) | 1,481,010(3) | 21.27661 | 1848 | |
VIII | Iapetus | eye-ap'-ə-təs | 1472 (1494 × 1498 × 1425)(10) | 3,560,820 | 79.3215(1) | 1671 | |
XXIV | Kiviuq | kee'-vee-oek | ~16 | 11,333,200(5) | 450.444(5) | Kumpulan Inuit | 2000 |
XXII | Ijiraq | ee'-yə-raak | ~12 | 11,372,000(5) | 452.760(5) | 2000 | |
IX | Phoebe | fee'-bee | 220 (230 × 220 × 210) | 12,944,300 | -549.834(1,6) | Kumpulan Norse | 1899 |
XX | Paaliaq | paw'-lee-aak | ~22 | 14,923,800(5) | 680.667(5) | Kumpulan Inuit | 2000 |
XXVII | Skathi | skaadh'-ee | ~8 | 15,576,200(5) | -725.784(4,6) | Kumpulan Norse (Skathi) | 2000 |
XXVI | Albiorix | al'-bee-or'-əks | ~32 | 16,401,600(5) | 784.226(5) | Kumpulan Gallic | 2000 |
S/2004 S 11 | - | ~6 | 16,898,400(5) | 820.130(5) | Kumpuloan Inuit | 2004 | |
XXVIII | Erriapo | err'-ee-ap'-oe | ~10 | 17,408,700(5) | 857.556(5) | Kumpulan Gallic | 2000 |
XXIX | Siarnaq | see'-ar-naak | ~40 | 17,905,700(5) | 894.542(5) | Kumpulan Inuit | 2000 |
S/2004 S 13 | - | ~6 | 18,056,300(5) | -905.848(4,6) | Kumpulan Norse | 2004 | |
XXI | Tarvos | tar'-vəs | ~15 | 18,160,200(5) | 913.685(5) | Kumpulan Gallic | 2000 |
XXV | Mundilfari | moon'-dəl-fair'-ee | ~7 | 18,360,100(5) | -928.806(4,6) | Kumpulan Norse | 2000 |
S/2004 S 17 | - | ~4 | 19,099,200(5) | -985.453(4,6) | 2004 | ||
XXXI | Narvi | nar'-vee | ~7 | 19,370,700(5) | -1006.541(4,6) | 2003 | |
S/2004 S 15 | - | ~6 | 19,372,200(5) | -1006.659(4,6) | Kumpulan Norse (Skathi) | 2004 | |
S/2004 S 10 | - | ~6 | 19,618,400(5) | -1025.908(4,6) | Kumpulan Norse | 2004 | |
XXIII | Suttungr | soot'-oong-ər | ~7 | 19,666,700(5) | -1029.703(4,6) | 2000 | |
S/2004 S 12 | - | ~5 | 19,905,900(5) | -1048.541(4,6) | Kumpulan Norse | 2004 | |
S/2004 S 18 | - | ~7 | 19,958,700(5) | -1052.722(4,6) | Kumpulan Norse (Skathi) | 2004 | |
S/2004 S 9 | - | ~5 | 20,290,800(5) | -1079.099(4,6) | Kumpulan Norse (Skathi) | 2004 | |
S/2004 S 14 | - | ~6 | 20,303,300(5) | -1080.099(4,6) | Kumpulan Norse | 2004 | |
S/2004 S 7 | - | ~6 | 20,576,700(5) | -1101.989(4,6) | 2004 | ||
XXX | Thrymr | thrim'-ər | ~7 | 20,810,300(5) | -1120.809(4,6) | 2000 | |
S/2004 S 16 | - | ~4 | 22,610,700(5) | -1269.362(4,6) | 2004 | ||
XIX | Ymir | ee'-mər | ~18 | 23,174,600(5) | -1317.137(4,6) | 2000 | |
S/2004 S 8 | - | ~6 | 23,608,900(5) | -1354.342(4,6) | 2004 |
- (1) Dikira dari paksi separa major dengan menggunakan nilai µ Perkhidmatan Efemeris Satelit Semula Jadi IAU-MPC
- (2) Tidaklah jelas adakah kesemua ini merupakan satelit benar atau hanya merupakan gumpal-gumpal di dalam Gelang F
- (3) Dikira daripada tempoh dengan menggunakan nilai µ Perkhidmatan Efemeris Satelit Semula Jadi IAU-MPC
- (4) Sumber: NASA Diarkibkan 2005-03-09 di Wayback Machine
- (5) Sumber: Perkhidmatan Efemeris Satelit Semula Jadi IAU-MPC
- (6) Tempoh-tempoh orbit negatif menunjukkan orbit songsang di sekeliling Zuhal (berlawanan dengan putaran planet)
- (7) Sumber: NASA/JPL Diarkibkan 2010-06-01 di Wayback Machine
- (8) Sumber: [4]
- (9) Sumber: Porco et al. 2006
- (10) Sumber: Thomas et al. 2006
Pengumpulan bulan
suntingWalaupun sempadan-sempadannya agak bernebula, bulan-bulan Zuhal boleh dibahagikan kepada lapan kumpulan.
Gembala gelang
suntingSatelit-satelit gembala ialah bulan-bulan yang berkeliling di dalam atau tidak jauh daripada sistem gelang sesuatu planet. Satelit-satelit itu memberikan kesan gelang-gelang dengan tepi yang jelas, dan mencipta sela-sela antara gelang-gelang itu. Bulan-bulan gembala Zuhal ialah Pan, Daphnis, Atlas, Prometheus, Pandora, S/2004 S 3, selain daripada bulan-bulan S/2004 S 4 dan S/2004 S 6 yang belum disahkan.
Orbital bersama
suntingJanus dan Epimetheus ialah bulan-bulan orbit bersama. Saiz kedua-dua bulan ini adalah lebih kurang sama. Kedua-dua bulan ini mempunyai orbit dengan diameter yang hanya beberapa kilometer perbezaannya dan oleh itu, akan berlanggar kalau bulan-bulan itu mencuba berpapasan satu sama lain. Bagaimanapun sebaliknya, interaksi kegravitian menyebabkan bulan-bulan ini bertukar orbit satu sama lain setiap empat tahun. Sila lihat rencana Epimetheus untuk penjelasan yang lebih terperinci.
Bulan-bulan besar dalaman
suntingBulan-bulan besar yang paling jauh ke dalam berkeliling di dalam Gelang E yang halus, dan terdiri daripada Mimas, Enceladus, Tethys dan Dione.
Dua buah bulan yang baru ditemui juga berkeliling di dalam kumpulan ini: Methone dan Pallene; serupa juga dengan bulan-bulan orbital bersama yang membentuk kumpulan tersendiri (sila lihat di bawah).
Bulan-bulan Trojan
suntingBulan-bulan Trojan merupakan lagi satu jenis orbital bersama. Serupa dengan orbital-orbital bersama yang lain, bulan-bulan Trojan merupakan ciri yang unik bagi sistem Zuhal dan berkeliling pada jarak dari Zuhal yang tepat sama dengan bulan yang lain, tetapi pada jarak dari bulan lain yang memastikan bahawa kedua-dua bulan itu tidak akan berlanggar. Tethys mempunyai dua orbital bersama yang amat kecil, iaitu Telesto serta Calypso, dan Dione juga mempunyai dua orbital, iaitu Helene serta Polydeuces. Keempat-empat bulan ini berkeliling di titik-titik Lagrange bulan-bulan yang lebih besar, dengan setiap bulan pada satu titik.
Bulan-bulan luaran besar
suntingBulan-bulan Zuhal yang terbesar semua berkeliling di luar Gelang E dan oleh itu, boleh dianggap sebagai satu kumpulan tersendiri. Bulan-bulan tersebut ialah Rhea, Hyperion (yang agak kecil dan amat tidak sekata), Titan dan Iapetus.
Kumpulan Inuit
suntingKumpulan Inuit merupakan lima buah bulan luaran yang cukup serupa kecondongan orbit dan jaraknya dari Zuhal. Oleh itu, bulan-bulan tersebut boleh dianggap sebagai satu kumpulan. Bulan-bulan ini ialah Kiviuq, Ijiraq, Paaliaq, Siarnaq, dan S/2004 S 11.
Kumpulan Norse
suntingKumpulan Norse merupakan 18 buah bulan luaran yang cukup serupa kecondongan orbit dan jaraknya dari Zuhal. Bulan-bulan ini ialah Phoebe, Skathi, Narvi, Mundilfari, Suttungr, Thrymr, Ymir, S/2004 S 7 hingga S/2004 S 10, dan S/2004 S 12 hingga S/2004 S 18. Kesemua bulan ini mengelilingi Zuhal pada arah songsang.
Kumpulan Gallic
suntingKumpulan Gallic merupakan tiga buah bulan luaran yang cukup serupa kecondongan orbit dan jaraknya dari Zuhal. Bulan-bulan ini ialah Albiorix, Erriapo, dan Tarvos.
Nota kaki penamaan
suntingSesetengah asteroid berkongsi nama yang sama dengan bulan-bulan Zuhal: 55 Pandora, 106 Dione, 577 Rhea, 1809 Prometheus, 1810 Epimetheus, 4450 Pan.
Lihat juga
suntingWikimedia Commons mempunyai media berkaitan Bulan Zuhal |
Rujukan
sunting- Halaman Fakta Satelit Zuhal – NSSDC