Sathiya
Sathiya merupakan seorang pelawak dan pelakon Malaysia yang berketurunan India. Beliau popular menerusi watak Ravi dalam sitkom Pi Mai Pi Mai Tang Tu pada dekad 90an. Lakonan beliau sebagai pegawai keselamatan dalam filem Setem pada tahun 2009 pernah mendapat pujian pengkritik. Beliau popular dengan tagline "Sudah tukar ka?".
Sathiya | |
---|---|
Kelahiran | Sathia a/l Periasamy 1964 (umur 58–59) |
Pekerjaan | Pelawak, pelakon |
Tahun aktif | 1985–kini |
Anak-anak | 2 |
Sathia atau nama sebenarnya Sathia Periasamy pernah memenangi tiga tahun berturut-turut menerusi kategori Artis Bukan Melayu Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian bermula tahun 1999 hingga 2001. Namun pada 2002, kategori itu dipintas Hans Isaac.
Sathia pertama kali terlibat untuk sebuah program komedi berbahasa Tamil di RTM berjudul Kalapadam pada 1 Februari 1985. Daripada situ laluannya mula terbentang luas apabila diundang menjadi pelawak untuk program Hiburan Minggu Ini pada 1992.
Pada tahun 1993 beliau terbabit dengan sitkom Baba & Nyonya. Ini dikuti dengan siri komidi Pi Mai Pi Mai Tang Tu. Pada awalnya, beliau hanya menjadi watak undangan saja untuk satu watak kecil menggantikan tempat Accapan. Akhirnya beliau dikekalkan dan diwujudkan watak Ravi.
Impak watak Ravi dalam drama arahan Othman Hafsham itu cukup mengesankan apabila kelemahan Sathia berbahasa Melayu dengan baik mengundang satu tanda pengenalan ‘sudah tukar ka’ menjadi ingatan penonton. Terbaru, watak Vellu yang dilakonkan suami kepada Kamala Nair itu di dalam filem Setem yang ditayangkan 30 Julai lalu banyak menghidupkan perjalanan cerita filem arahan Kabir Bhatia itu.
Selepas Setem, Sathiya yang namanya kerap dieja di media cetak dan media elektronik sebagai Sathiya itu diundang lagi melakonkan watak Jegathesan Mani di bawah arahan Kabir lagi menerusi drama Jalan Merdeka bagi saluran Astro Warna. Disiarkan mulai 3 September lalu, Sathia bergandingan dengan Mustapha Kamal dan Chew Kin Wah.[1]
Sathiya kemudian terbabit dalam drama Jalan Merdeka arahan Kabir Bhatia, dan bekerjasama dengannya sekali lagi untuk drama Jalan Merdeka pula. Drama Jalan Merdeka ini secara dasarnya menyokong laungan 1Malaysia yang kini sedang rancak diterapkan untuk setiap kita yang bergelar rakyat Malaysia. Drama ini mengenai tiga sekawan yang mewakili setiap bangsa di negara kita. Mereka terpisah dan berjumpa semula, lalu berkembang plot cerita yang ingin disampaikan.
Beliau mempunyai dua anak bernama Nickyneswary, dan Vickyneswaran, sudah berlakon lebih 1,000 buah drama dan 15 buah filem antaranya Yes, Tuan!, Panggilan Pulau dan Burung Besi. Selain berlakon, Sathia yang pernah menjadi pemandu bas persiaran selama enam tahun sebelum bergelar artis ini sudah mengarahkan 10 buah VCD di dalam bahasa Tamil.
Filemografi sunting
Filem sunting
Tahun | Tajuk | Watak | Catatan |
---|---|---|---|
1994 | Panggilan Pulau | Ceti | Filem pertama |
1996 | Yes, Tuan! | ||
1999 | Burung Besi | ||
2000 | Soal Hati | Pemandu Bas | |
2006 | Man Laksa | Johari | |
2008 | Tumi Kato Sundor | Dina | |
2009 | Setem | Vellu | |
2010 | Kapoww!! | Mamak | |
Appalam | Vellu | ||
Senario Asam Garam | Tam | ||
2011 | Kembar Siang | Mohamad Rafi | |
Libas | Mamak | ||
Apa Tengok-Tengok | Kumpulan Muzik | ||
2012 | Cinta Beruang | ||
2013 | Gila-Gila Remaja 2 | Subra | |
Kecoh Hantu Raya Tok Chai | |||
2014 | Mana Mau Lari | Mekanik | |
2015 | Cicakman 3 | Datuk Bandar Metrofulus | |
2021 | Kenderaan Berat Ikut Kiri | ||
Arwah Pak Mat, Lif & AJK | Praba | ||
Mr. Peyii | |||
2022 | Operasi UFO | ||
Juang | Jiran Encik Tham | ||
Mistik 3 Logi Puaka | |||
2023 | Sawadikap Pei | ||
Kau Pilih Siapa? |
Drama sunting
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
1985 | Kalapadam | TV2 | Drama pertama | |
1993 | Baba & Nyonya | |||
1993–2004 | Pi Mai Pi Mai Tang Tu | Ravi | TV3 | |
1994 | Sambal | |||
2015 | Sketso | Astro Warna | ||
2020 | Jaman Tori | Awesome TV | ||
2022 | Bukan Pi Mai Pi Mai | Savhi | Astro Ria | |
2023 | Projek: High Council | Ayah Prakash | ||
Jiranku Sayang | TV1 |
Telefilem sunting
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2003 | Neon | Penjaga Tandas Awam | VCD | Penampilan khas |
2023 | Selendang Putih | Raju | TV2 |
Anugerah dan pencalonan sunting
- Artis Bukan Melayu Popular 1998/1999 (ABPBH)
- Pencalonan Artis Komedi Lelaki Popular (ABPBH) - 3 kali pada tahun 1996, 1998/99 dan 2001.