Lokasi sunting

Satok merupakan kawasan suburban dalam Bandaraya Kuching. Ia terletak sekitar 2 km dari Pusat Bandaraya Kuching dan terletak berhampiran dengan Jambatan Satok yang merupakan jambatan tersibuk di Kuching. Dua lebuh raya utama Kuching iaitu Jalan Satok dan Kulas melalui kawasan ini. Jalan Tun Abang Zaidi Adruce, Jalan Tun Abang Haji Openg dan Jalan Green iaitu jalan utama di Kuching bersambungan dengan jaringan jalan raya di Satok.

Kawasan ini merupakan gabungan kawasan perumahan atau perkampungan dan kawasan perniagaan atau aktiviti komersial. Selain itu, kawasan ini turut menempatkan Kompleks Islam Baitulmal Kuching, Mahkamah Syariah Kuching, Stesen Radio Televisyen Malaysia(RTM)bahagian Kuching dan Masjid Bahagian Kuching.

Ekonomi sunting

Satok ialah antara pusat perniagaan dan kewangan utama di Kuching. Kawasan perniagaan dan membeli-belah utama adalah seperti Wisma Hopoh, Wisma Satok, Majma‘ Mall, dan Choice Food Supermart. Sepanjang Jalan Kulas dan Satok, bank-bank utama seperti Bank Simpanan Nasional, Bank Islam, Bank Rakyat, AgroBank, Bank RHB, CIMB, Maybank dan AmBank menjalankan operasi.

Kebanyakan bangunan di kawasan komersial Satok dijadikan restoran, lot perniagaan ataupun pejabat. Penduduk di kawasan perkampungan dan perumahan yang padat di Satok dan kawasan Jalan Green berhampiran menjadi pelanggan utama aktiviti komersial di Satok.

Pendidikan sunting

Terdapat beberapa buah sekolah di dalam kawasan Satok.

Sekolah Rendah

  • SK St. Joseph
  • SK Merpati Jepang
  • SK Rakyat

Sekolah Menengah

Wakil rakyat sunting