Satria merupakan sebuah filem Melayu yang diterbitkan di Malaysia pada 1973. Filem Satria diterbitkan dalam bentuk filem hitam putih tanpa warna.

Satria
PengarahOmar Rojik
Penolong Pengarah : Hashim Hamzah
PenulisOmar Rojik
Dihasilkan olehVee Meng Shaw
DibintangiEd Osmera
Sarimah
Hussein Abu Hassan
Idris Hashim
SinematografiHitam - putih
Disunting olehJohari Ibrahim
Muzik olehAhmad Nawab
Syarikat
penerbitan
Diedarkan olehShaw Organisation
Tarikh tayangan
1973
Masa tayangan
100 minit
Negara Malaysia
BahasaMelayu

Pengarah

sunting

Filem ini diarahkan oleh Omar Rojik pada tahun 1973.

Ringkasan

sunting

Filem ini mengisahkan 2 orang adik beradik Putra (Ed Osmera) dan Bongkok (Hussein Abu Hassan). Abangnya mengalami kecacatan sejak lahir, walaupun cacat, dia seorang yang mahir membuat bubu menangkap ikan. Adiknya, Putra pula seorang lelaki yang tampan, mahir dalam ilmu persilatan dan sempurna sifatnya. Abangnya pula senantiasa dipandang hina oleh penduduk kampung dan sering di aniaya oleh kumpulan samseng desa. Bongkok sangat kecewa kerana diperlakukan seperti itu.

Putra, Durja (Dinda Sumantri) serta rakan-rakannya diarahkan sebagai utusan perdamaian antara pihak Ketua kampungnya dengan Panglima Jalit (Ahmad B). Tetapi urusan di situ gagal dan menjadi medan pergaduhan. Panglima Jalit akhirnya terbunuh di tangan Putra dan beberapa anak buahnya telah di tawan. Manakala Putra pula tercedera di belakang badannya akibat terkena libasan parang dari Panglima Jalit. Dalam masa yang sama, Putra memendam perasaan terhadap Wati, (Sarimah) adalah anak kepada Tok Ketua (Ibrahim Sabtu).

Bongkok pula telah membawa diri ke suatu tempat ilmu persilatan di bawah penaungnya, (Idris Hashim). Bongkok diajar oleh Pak Gurunya sehingga dia akan menjadi seorang Satria. Suatu hari, rombongan merisik mewakili Durja telah bertandang ke rumah Tok Ketua untuk menyunting Wati. Namun begitu, keluarganya telah menolak pinangan Durja itu. Putra seperti bagaikan tidak percaya akan sikap Durja yang menjadi gunting dalam lipatan antara cintanya terhadap Wati. Putra berasa serba salah sama ada ingin menyebelahi cinta atau sahabatnya.

Keesokkan harinya, Putra telah bertandang ke rumah Durja namun tidak sampai mencetuskan pergaduhan. Tetapi Durja telah dihasut oleh sahabatnya (lakonan Yahya Sulong) untuk mengkhianat Putra. Durja membuat komplot bersama orang orang tawanan Panglima Jalit. Kinta, (Latif Borgiba) anak kepada Panglima Jalit yang ditawan tempoh hari bersetuju berpakat dengan Durja untuk menghapuskan Putra. Durja telah bertandang ke rumah Putra di malam hari manakala Kinta dan kuncu-kuncunya berjaya menyelinap masuk ke dalam rumah Tok Ketua. Wati telah diculik dan Tok Ketua dicederakan.

Wati disembunyikan di sebuah pondok di hujung kampung. Ketika Wati diganggu oleh Kinta, jeritannya didengari oleh Bongkok yang kebetulan lalu disitu. Bongkok bergelut dengan kuncu-kuncu Kinta, seorang demi seorang ditewaskan dengan hanya bersenjatakan sehelai kain selendang. Wati masih mengingati akan wajah Bongkok, tetapi Bongkok dengan tegasnya telah menukar nama kepada Satria. Wati hanya menurutkannya sahaja. Kinta dan kuncu-kuncunya telah menyangka ini adalah perangkap oleh Durja lalu dibunuhnya sahabat Durja (lakonan Yahya Sulong). Durja yang berang terus membunuh kuncu-kuncu Kinta yang tidak bermaya untuk melawannya. Kinta yang sudah lemah akhirnya dibunuh oleh Durja.

Satria telah menyelamatkan Wati dan sebagai ganjarannya dia diagungkan seluruh kampung. Putra dan ibunya sangat berbangga akan kepulangan dan kehebatan Satria. Satria sangat terhutang budi dengan jasa Tok Ketua kerana mengiktiraf nama gelaran baharunya iaitu Satria kepadanya dan menganugerahkan sebuah rumah yang besar terhadap keluarganya di atas jasa Putra. Keesokkan harinya, Satria telah berjumpa dengan Tok Ketua untuk menyunting Wati sebagai isterinya tetapi Tok Ketua menyangka dia hanya bergurau dan menganugerahkan sebidang tanah untuk bertani sebagai gantinya. Satria begitu berang kerana lamarannya ditolak. Putra pula meluahkan perasaannya yang dia mencintai Wati, Satria semakin bertambah marah sehingga membuatkan Tok Ketua telah berubah fikiran dan menerima Satria sebagai bakal menantunya kelak.

Durja pula telah membunuh kekasih gelapnya, Milah kerana dia mengetahui siapakah yang menjadi dalang penculikan Wati dan perkara ini telah disaksikan oleh Rumi. Satria telah mengetahui tentang pembunuhan Milah selepas Rumi menceritakan kepadanya terlebih dahulu. Durja yang sebelum itu memberitahu kepada Satria yang Wati mengajak Putra melarikan diri dari kampung. Satria pada mulanya tidak percaya akan kata-kata Durja dengan mengatakan hanya untuk melaga-lagakan antara dia dan adiknya, tetapi dia telah membunuh Durja untuk menegakkan keadilan. Satria juga menangkap Putra dan Wati, dan memberitahu Tok Ketua akan perancangan mereka. Tok Ketua tidak dapat berbuat apa-apa keputusan. Akhirnya Satria yang membuat keputusan dengan menyuruh Rumi memanggil Tok kadi untuk menikahkan antara dia dengan Wati. Ketika Tok kadi telah sampai di rumah Tok Ketua, Satria telah berubah fikiran. Itu hanyalah sandiwara dan perancangan dia sahaja, dia telah meminta maaf kepada Tok Ketua dan ibunya diatas perbuatan yang kurang ajar. Tujuan Satria menjadi pendekar adalah untuk menjaga keamanan kampung sahaja bukan merampas cinta antara Putra dan Wati. Manakala pernikahan antara Putra dan Wati akan disegerakan.

Pelakon

sunting

Rujukan

sunting

Pautan luar

sunting