Satu Cinta Dua Jiwa
"Satu Cinta Dua Jiwa" ialah single kedua dari album Siti Nurhaliza, Adiwarna yang dikeluarkan pada 27 Ogos 1998.[1] Pada tahun 1999, lagu ciptaan dan susunan muzik (kibod) Azlan Abu Hassan ini mengurniakan dua anugerah buat Siti daripada Pertandingan Nyanyian Antarabangsa Pasifik Selatan di Australia melalui versi Inggeris, serta menjadi finalis dalam Kategori Pop/Rock Anugerah Juara Lagu pada tahun yang sama.
"Satu Cinta Dua Jiwa" | ||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Single oleh Siti Nurhaliza | ||||||||
daripada album Adiwarna | ||||||||
Sisi B | "We’ll Be As One" (versi bahasa Inggeris) | |||||||
Dilancarkan pada | 27 Ogos 1998 | |||||||
Genre | Pop | |||||||
Panjang | 4:09 | |||||||
Syarikat | Suria Records | |||||||
Penulis | Azlan Abu Hassan, Ucu | |||||||
Kronologi single Siti Nurhaliza | ||||||||
| ||||||||
sunting · sunting di Wikidata![]() |
Maklumat am sunting
Mengikut seni kata yang ditulis oleh Ucu untuk lagu ini, pihak kedua diseru agar tidak gentar menyerlahkan rasa cinta terhadap persona yang terpendam dalam dirinya walaupun berlainan latar keperibadiannya.
"Satu Cinta Dua Jiwa" juga telah dialih bahasa kepada bahasa Inggeris dengan judul "We'll Be As One". Lagu ini telah dihantar untuk menyertai Pertandingan Nyanyian Antarabangsa Pasifik Selatan di Australia. Dengan hanya menghantar kaset demo, lagu ini berjaya menggondol dua anugerah.[2]
Versi lagu saduran sunting
Pada 3 Julai 2004, peserta rancangan realiti TV Akademi Fantasia musim 2, Zarina Zainoordin menyanyikan semula lagu ini semasa minggu keempat konsert Akademi Fantasia.
Senarai runut sunting
Versi bahasa Melayu | ||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
No. | Tajuk | Masa | ||||||||
1. | "Satu Cinta Dua Jiwa" | 4:16 | ||||||||
Versi bahasa Inggeris | ||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
No. | Tajuk | Masa | ||||||||
1. | "We’ll Be As One" | 4:16 | ||||||||
Kedudukan carta sunting
Carta (1998) | Kedudukan carta |
---|---|
Muzik FM | 18 |
Muzik Muzik | 7 |
Anugerah sunting
- South Pacific International Singing Competition (1999)
- Best Female Vocal Performance
- Pemenang Pop/Top 40 International Song Chart
Rujukan sunting
- ^ Siti Nurhaliza – Adiwarna Diarkibkan 2016-10-05 di Wayback Machine di Siti Sentral @ Weebly.com.
- ^ https://eresources.nlb.gov.sg/newspapers/Digitised/Article/beritaharian19990522-1.2.12.2