Buka menu utama

"Satu Harapan" ialah single pertama daripada Edisi Khas album Jaclyn Victor, Inilah Jac, yang keluar pada tahun 2007, setahun selepas keluaran asalnya. Lagu ini juga dijadikan lagu tema siri drama Manjalara.

"Satu Harapan"
Single oleh Jaclyn Victor
daripada album Inilah Jac: Edisi Khas
Dikeluarkan padaApril 2007
Dirakam pada2007
GenrePop
SyarikatSony BMG
PenulisAudi Mok, Nur Fatima
Kronologi single Jaclyn Victor
"Ceritera Cinta"
(2005)
"Satu Harapan"
(2006)
"Cinta Tiada Akhirnya"
(2007)

Maklumat amSunting

Lagu "Satu Harapan" gubahan Audi Mok ini mencerminkan perjalanan seseorang melalui pelbagai rintangan dalam hidup sehingga mengecapi kejayaan, seperti yang dilalui oleh Jaclyn yang menjalani kehidupan yang sukar sebagai anak sulung kepada ibu tunggal, sehingga penglibatannya dalam bidang muzik dan kejuaraan Malaysian Idol mengubah nasibnya. Lagu "Satu Harapan" juga dipasarkan dalam bentuk single CD edisi terhad yang hanya boleh diperolehi dengan membeli produk syampu Rejoice pada tengah tahun 2007, kerana ketika itu Jaclyn menjadi duta jenama produk keluaran P&G tersebut.[1] Pembikinan video muzik "Satu Harapan" juga dibiayai oleh P&G Malaysia.

Single CDSunting

No. Tajuk Masa
1. "Satu Harapan"    
2. "I Hope"    
3. "Satu Harapan" (minus one)  
4. "Gemilang"    
5. "Di Bawah Pohon Asmara"    

RujukanSunting

  1. ^ "Rejoice signs Jaclyn Victor as Brand Ambassador". The 8 Unit. 16 Mei 2007. Dicapai 6 Februari 2010.