Satyajit Ray (Benggali: সত্যজিৎ রায়, Sotyôjit Rai [so-to-jit rai] 2 Mei 1921 – 23 April 1992) ialah seorang pengarah filem, penggubah lagu, penulis lirik dan buku berbangsa Benggala dari India. Beliau dianggap sebagai antara pembikin filem paling masyhur abad ke-20.[2][3][4]

Satyajit Ray
সত্যজিৎ রায়
Ray pada tahun 1981
Kelahiran(1921-05-02)2 Mei 1921
Meninggal dunia23 April 1992(1992-04-23) (umur 70)
WarganegaraIndia
Pusat pendidikanUniversity of Calcutta
PekerjaanPenulis, pelukis, penggubah lagu, pembikin dan pengarah filem
Tahun aktif1950–1992
Karya terkenal
Pather Panchali
Apur Sansar
Sonar Kella
Hirak Rajar Deshe
Charulata
Mahanagar
Ketinggian6 ft 4 in (1.93 m)[1]
PasanganBijoya Ray (k. 1949–1992)
Anak-anakSandip Ray (anak)
Ibu bapaSukumar Ray (ayah)
Suprabha Ray (ibu)
SaudaraUpendrakishore Ray Chowdhury (datuk)
AnugerahFull list
KepujianBharat Ratna (1992)
Tandatangan
Fail:Satyajit Ray Signature.jpg

Kehidupan awal sunting

Satyajit Ray lahir kepada sebuah keluarga seniman yang tinggi. Ayahnya, Sukumar Ray seorag penyajak bahasa Benggali, pengilustrasi dan pengkritik sastera; datuk sebelah bapanya, Upendrakishore Ray, pula seorang sasterawan dan pemikir Brahmo Samaj yang menubuhkan suatu syarikat penerbitan sendiri. Keluarga mereka berpenganut Hindu dalam kasta Kayastha pemuja Betara Vishnu (Vaishnava);[5] mereka turut disalasilahkan selama 10 keturunan[6] di mana mereka mendapat nama keluarga mereka semasa zaman pemerintahan Empayar Mughal.

Sukumar meninggal ketika Satyajit berusia tiga tahun; ahli keluarga lain menampung diri dengan pendapatan ibunya, Suprabha Ray yang tidak seberapa.

Pendidikan tinggi sunting

Satyajit melanjutkan pelajarannya di Ballygunge Government High School, Calcutta serta menghabiskan pengajian bidang ekonomi tahap Sarjana di Presidency College, Calcutta yang bersama University of Calcutta. Pada tahun 1940, ibunya menggesanya melanjutkan pelajaran di sebuah universiti di Santiniketan, yang diasaskan Rabindranath Tagore bernama Visva-Bharati. Satyajit teragak-agak pada awalnya kerana rasa sukanya duduk di Kolkata[7] namun beliau memilih juga hasil pujukan ibunya serta minatnya kepada karya sasterawan tersebut. Pengajiannya di Santiniketan memutik rasa minat terhadap seni tampak setempat lagi-lagi daripada pelukis terkenal seperti Nandalal Bose[8] dan Benode Behari Mukherjee. Malah, lawatan-lawatannya ke Ajanta, Ellora dan Elephanta turut menguatkan minatnya terhadap seni lukisan tersebut.[9]

Sakit dan kematian sunting

Usianya yang meningkat tua memburukkan keadaan kesihatannya. Pada 1992, beliau dimasukkan ke dalam hospital akibat komplikasi jantung.

Academy of Motion Picture Arts and Sciences sempat menganugerahkan beliau suatu Anugerah Kehormat Akademi - beliau merupakan satu-satunya warga India memperoleh kejayaan sebegini.[10] Beliau meninggal dunia lebih tiga minggu kemudian pada 23 April 1992.[11]

Filemografi sunting

Rujukan sunting

  1. ^ "Biography". Satyajitray.org. Diarkibkan daripada yang asal pada 11 August 2003. Dicapai pada 14 August 2003. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  2. ^ Tmh (2007). Book Of Knowledge Viii, 5E. Tata McGraw-Hill Education. ISBN 9780070668065.
  3. ^ Robinson, W. Anderson. "Satyajit Ray". Encyclopædia Britannica. Diarkibkan daripada yang asal pada 26 December 2015. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  4. ^ "Iconic filmmaker Satyajit Ray's 94th birth anniversary celebrated". Daily News and Analysis. 2 Mei 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada 3 Mei 2015. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  5. ^ Ames, Roger and Kasulis, Thomas (1998). Self as Image in Asian Theory and Practice. State University of New York press. m/s. 308. Satyajit Ray was born into a well known family of littérateurs and social reformers in 1921. Since the sixteenth century, the Rays had an east bengali connection through their landed estates in Mymensingh, now in Bangladesh. Unlike a majority of Bengali Kayastha who are Shaktos, the Rays were Vaisnvas.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
  6. ^ Seton 1971, halaman 36
  7. ^ Robinson 2003, halaman 46
  8. ^ Seton 1971, halaman 70
  9. ^ Seton 1971, halaman 71–72
  10. ^ "Acceptance Speeches: Satyajit Ray". Academy of Motion Picture Arts and Sciences. Diarkibkan daripada yang asal pada 20 October 2014. Dicapai pada 22 April 2013. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  11. ^ "Satyajit Ray dead". The Indian Express. 24 April 1992. m/s. 1.

Pautan luar sunting