Saud bin Muhammad bin Muqrin

Syeikh Saud ibn Muhammad Al Muqrin (Bahasa Arab: سعود الأول بن محمد آل مقرن, 1640 - 1725)[1] atau Saud Pertama atau Saud I merupakan leluhur asal usul bagi Keluarga Saud, yang dikenali dengan Al Saud.

Saud ibn Muhammad
Saud I
سعود الأول‎
Emir of Diriyah
Didahului olehMuhammad ibn Muqrin Al-Maridi Al-Adui
Diikuti olehMuhammad bin Saud
Keputeraan1640
Diriyah
Kemangkatan1725 (berumur 84–85)
Diriyah
AnakandaMuhammad bin Saud
Nama penuh
Saud ibn Muhammad ibn Muqrin Al Maridi Al Adawi
DinastiBani Saud
AyahandaMuhammad ibn Muqrin Al Muridi
AgamaIslam

AsalSunting

Beliau berasal dari keluarga Muqrin, sebuah kabilah yang dikesan berasal dari kabilah Arab, Bani Amir bin Sa'sa'ah[2] Beliau merupakan pemimpin di lembah Diriyah dari 1720 hingga 1725.[3]

Keluarga Saud berasal dari keluarga yang memimpin pekan bernama Diriyah, berhampiran bandar Riyadh dalam dunia moden kini, berdekatan pusat wilayah Najd.

Beberapa ketika di awal kurun ke-16, leluhur Saud bin Muhammad mengambil alih beberapa kebun kurma, salah satu bentuk pertanian yang menyokong dan menetap di kawasan tersebut. Selepas berlalu beberapa ketika, kebun-kebun tersebut membesar sehingga menjadi pekan kecil, dan kabilah tersebut dikenali sebagai ketua bagi tempat tersebut[4]

LegasiSunting

Setelah dua dekad beliau meninggal dunia, putera Syeikh Saud, Muhammad bin Saud (meninggal dunia 1765) mencipta persepakatan bersejarah dengan Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab (meninggal dunia 1792), memimpin perluasan kuasa mereka di tanah Arab dan mengetuai Negara Saudi Pertama. Nama "Ibn Saud" dari Imam Muhammad bin Saud secara tidak langsung menjadi asas bagi nama kabilah sebagai Al Saud.[5]

RujukanSunting

  1. ^ Pike, John. "King Abdul Aziz Bin Abdul Rahman Al-Saud". Diarkibkan from yang asal pada 30 September 2016. Dicapai pada 13 July 2016.
  2. ^ District d’at-Turaif à ad-Dir’iyah
  3. ^ Enzyklopädie des Islam
  4. ^ Saud Wahhabi Diarkibkan 2016-08-09 di Wayback Machine at au.af.mil
  5. ^ "Royal Family Directory". www.datarabia.com (dalam bahasa English).CS1 maint: unrecognized language (link)