Saya no Uta: The Song of Saya

permainan video

The Song of Saya [a] ialah novel visual lolicon eroge psikologi saspens oleh Nitroplus . [2] Plot asal ditulis oleh Gen Urobuchi, yang mengambil inspirasi daripada membaca novel Lovecraft semasa bersendirian dalam hidupnya. [3]

Saya no Uta
PembangunNitroplus Sunting ini di Wikidata
PenerbitNitroplus Sunting ini di Wikidata
PengeluarDigitarou
KomposerZizz Studio
PlatformMicrosoft Windows, Android[1]
GenreVisual novel, Eroge
ModPemain tunggal Sunting ini di Wikidata

Pada tahun 2009, tampalan terjemahan peminat bahasa Inggeris telah dikeluarkan. Kemudian, pada tahun 2013, JAST USA mengeluarkan versi rasmi bahasa Inggeris pada platform digital mereka menggunakan versi semakan terjemahan peminat dan juga mengeluarkannya semula dalam bentuk fizikal melalui format DVD-ROM pada tahun 2020 untuk penjual seperti J-list dengan enjin VN yang lebih moden. Versi bahasa Cina juga dikeluarkan oleh Kagura Games dengan terbitan bersama JAST untuk Steam, juga dijalankan dengan enjin baharu, walaupun versi ini hadir dengan banyak tapisan. VN dikeluarkan di platorm GOG di bawah nama "Directors Cut", walaupun tiada perubahan pada tulisan atau visual yang asal. [4]

Sebuah buku komik tiga isu berdasarkan Saya no Uta, yang dipanggil Song of Saya, telah dihasilkan oleh IDW Publishing . [5] [6] Isu bulanan keluar dari Februari hingga April 2010. [7] Versi kebaratan ini telah dikritik kerana tidak mematuhi bahan sumber sebaiknya untuk menyembunyikan plot yang berat lagi meresahkan yang disentuh dalam VN dan tidak menunjukkan pemahaman yang sangat baik tentang karya asal. [8] [9]

Sebuah filem adaptasi sedang dihasilkan oleh Sav! The World Productions, walaupun tiada khabar berita sejak 2017.[10]

  1. ^ "Android版『沙耶の唄』配信開始!" (dalam bahasa Japanese). Nitroplus. April 17, 2014. Dicapai pada November 26, 2014.CS1 maint: unrecognized language (link)
  2. ^ "沙耶の唄 Nitro the Best! Vol.2 Windows 10対応版". ニトロプラス (dalam bahasa Jepun). Dicapai pada 2021-11-10.
  3. ^ "沙耶の唄 STAFF COMMENT". www.nitroplus.co.jp. Dicapai pada 2021-11-10.
  4. ^ "Saya no Uta ~ The Song of Saya Director's Cut". GOG.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2022-09-16.
  5. ^ Manning, Shaun (March 4, 2010). "Liatowitsch & Ocvirk Sing a "Song of Saya"". Comic Book Resources. Dicapai pada August 16, 2010.
  6. ^ THEoDEAD (April 22, 2010). "EXCLUSIVE: Interview With 'Song Of Saya' Team Daniel Liatowitsch And Todd Ocvirk PLUS A 5 Page Look At Issue #1!". Bloody Disgusting. Dicapai pada August 16, 2010.
  7. ^ "February's Exciting New Books from IDW!". IDW Publishing. November 24, 2009. Diarkibkan daripada yang asal pada November 27, 2009. Dicapai pada August 22, 2017.
  8. ^ "Song of Saya Has its Own American Comic Book (And It's Not Very Good)". Kotaku (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2021-11-10.
  9. ^ Zavarise, Giada (2020-07-02). "How a comic tried to reimagine cult visual novel Song Of Saya". Rock, Paper, Shotgun (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2021-11-10.
  10. ^ "Interview avec Savin Yeatman-Eiffel, le créateur d'Oban !" [Interview with Savin Yeatman-Eiffel, the creator of Oban!] (dalam bahasa Perancis). Otacrew. March 1, 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada March 6, 2017. Dicapai pada August 22, 2017.


Ralat petik: Tag <ref> wujud untuk kumpulan bernama "lower-alpha", tetapi tiada tag <references group="lower-alpha"/> yang berpadanan disertakan