Sayang Cendana
Sayang Cendana ialah sebuah siri drama televisyen fantasi Malaysia 2010 arahan Ismail Yaakob, dibintangi oleh Juliana Evans sebagai watak tajuk bersama dengan barisan pelakon ensembel. Siri ini memulakan tayangan perdana di Slot Lagenda TV3 dari 3 Mei 2010 hingga 3 Jun 2010 menggantikan Bila Musang Berjanggut.[1]
Sayang Cendana | |
---|---|
Genre | |
Ditulis oleh | Mazelan Manan |
Pengarah |
|
Dibintangi oleh | Fezrul Khan Juliana Evans Nadia Mustafar Intan Azura Shajiry Kat Mentor Tony Eusoff |
Negara asal | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Bilangan episod | 20 |
Penerbitan | |
Penerbit eksekutif |
|
Penerbit | Ziela Jalil |
Penyunting | Kas Roshan |
Tempoh siaran | 39–40 minit |
Syarikat penerbitan | Pena Creatives Pictures |
Penyiaran | |
Saluran asal | TV3 |
Siaran asal | 3 Mei 2010 – 3 Jun 2010 |
Kronologi | |
Mengikuti | Bila Musang Berjanggut |
Diikuti oleh | Dendam Orang Minyak |
Siri ini boleh didiapati melalui penstriman dalam talian di saluran YouTube rasmi TV3.[2]
Premis Sunting
Kisahnya bermula apabila seorang Puteri fantasi, Cendana (Juliana Evans) dihukum oleh ayahandanya menjadi patung di alam manusia sehingga menemui cinta sucinya. Cendana terpisah dengan dayangnya Donna (Nadia Mustapha) dan muncul di sebuah butik tertinggal. Selepas 30 tahun, premis itu dibeli oleh Amelia. Amelia dan adiknya, Hakimi terjumpa patung Cendana sewaktu mengemas stor. Hakimi ialah seorang lelaki yang pemalas.
Dia mengalami kecacatan di muka dan kakinya tempang sewaktu menyelamatkan kakaknya dulu. Amelia mahu buang patung Cendana tetapi Hakimi pula membawanya pulang. Sementara itu, Donna tidak pernah berputus asa untuk mencari Cendana. Patung Cendana menjadi peneman Hakimi ketika bosan namun tanpa diketahuinya kasih sayang ikhlas Hakimi terhadap patung Cendana menghidupkan semula Cendana.
Akhirnya, Cendana berubah menjadi manusia dan bercinta dengan Hakimi. Dengan kuasa magiknya, Hakimi berubah menjadi seorang lelaki yang tampan. Hakimi berjanji akan mencintai Cendana dengan sepenuh hatinya. Namun, godaan seorang model, Risya (Kat Mentor) mula mempengaruhi Hakimi.
Pelakon Sunting
Utama Sunting
- Juliana Evans sebagai Cendana
- Fezrul Khan sebagai Hakimi
- Intan Azura sebagai Amelia
- Nadia Mustafar sebagai Donna
- Shajiry sebagai Hisyam
- Tony Eusoff sebagai Fariz
- Kat Mentor sebagai Risya
Pembantu Sunting
- Faezah Elai sebagai Gina
- Bob Kuman sebagai Bob
- Sabrina Ali sebagai Permaisuri Kayangan
- Zain Saidin sebagai Raja Kayangan
- Afzan A. Rahman sebagai Rayyan
- Dilla Ahmad sebagai Shera
- Bob Fadzli sebagai Bob muda
- Noorkhiriah sebagai Suezi
- Anne Abdullah sebagai Sofea
Rujukan Sunting
- ^ Budiey (2 Mei 2010). "Sayang Cendana, Noktah Erna, Da Bomba, Syah Jihan di TV3". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 21 April 2013.
- ^ Sayang Cendana (2010): Episod Penuh. YouTube. TV3. Dicapai pada 7 April 2019.