Sayang You Can Dance

Sayang You Can Dance merupakan sebuah filem romatik. Filem arahan Bjarne Wong ini telah ditayangkan di pawagam pada 12 Mac 2009.

Sayang You Can Dance
PengarahBjarne Wong
PenulisBjarne Wong
Meor Shariman
Dihasilkan olehJosiah Chieng
DibintangiSamuel Rizal
Sharifah Amani
Ebi Kornelis
Dafi
Carmen Soo
SinematografiKim Meng
Muzik olehAjai
Diedarkan olehHock Star Entertainment Industry
Tarikh tayangan
  • 12 Mac 2009 (2009-03-12)
Negara Malaysia
BahasaMelayu

Sinopsis sunting

Mia ialah seorang gadis yang begitu obses dengan tarian hip hop. Tapi bagi beliau adalah cukup mustahil untuk merealisasikan impiannya itu. Tapi semua itu berubah apabila hadirnya Remi dalam hidup beliau. Remi adalah seorang penari yang cukup berbakat dan berjaya menawan perhatian Mia. Mereka berdua disertai bersama Dafi dan Robby yang juga turut mahu merealisasikan impian mereka bersama dengan menyertai pertandingan tarian seluruh negara itu. Dengan begitu hampir memenangi pertandingan tersebut bapa Mia cuba untuk menghentikan segala cubaan Mia dalam bidang tarian ini termasuk cintanya terhadap Remie. Dengan kepercayaan mereka yang teguh kumpulan mereka hampir memenangi pertandingan tersebut sehingga Remie secara mengejut rebah di lantai.

Pautan luar sunting