Sayap belia
Di minta harap anda selaku pc politik jangan nak gunakan dokumen palsu keuntungan anda dalam Section atau akta adalah content semata-mata.
Parti politik
suntingIstilah sayap pemuda kerap kali digunakan merujuk kepada sayap pemuda parti-parti politik. Dalam sayap pemuda tersebut, pemimpin yang mengetuai atau yang terkemuka sering dilihat akan menjadi pemimpin dalam organisasi utama pertubuhan selepas melebihi had usia pemuda. Hal ini menyebabkan munculnya persepsi sayap pemuda parti politik sebagai pintu masuk peluang pekerjaan dalam kerajaan untuk anggota muda, terutamanya bagi sistem negara yang mempunyai sebuah parti yang dominan yang dijamin kemenangan dalam pilihan raya atau sistem pentadbiran negara satu parti.
Sayap pemuda parti politik dianggotai oleh golongan remaja dan belia. Kelayakan umur bagi kebanyakan sayap pemuda parti politik kebiasaannya antara usia 15 tahun hingga 30 tahun (ada yang sehingga usia 40 tahun).[1][2]
Dengan sayap pelajar
suntingSayap pemuda berbeza dengan sayap pelajar dari sudut pembentukannya yang tidak memerlukan atau tidak menumpukan isu pelajar secara esklusif.
Dengan kumpulan politik
suntingSayap pemuda kebiasaannya tidak dikira sebagai kumpulan parti politik, tetapi sebagai penghubung dasar dan ideologi parti yang menumpukan hal ehwal belia, berbanding mempunyai pendirian berasingan daripada parti politik. Walau bagaimanapun, kadang kala mereka akan mengemukakan permasalahan berbeza dalam ruang lingkup ideologi parti berbanding apa yang diketengahkan oleh parti politik itu sendiri.
Sayap pemuda parti politik Malaysia
suntingKebanyakan parti politik utama di Malaysia mempunyai sayap pemuda bagi parti-parti tersebut.
Lihat juga
suntingReferences
sunting- ^ Political parties need to better integrate young members and give them the chance to influence policy. Democratic Audit. Published 11 July 2014. Retrieved 17 December 2018.
- ^ Youth wings carry politicians to greater heights. Swissinfo. Published 11 July 2014. Retrieved 17 December 2018.