Politik haluan kiri

(Dilencongkan daripada Sayap kiri)

Politik haluan kiri atau politik sayap kiri merangkumi semua jenis ideologi politik yang bermatlamat malah mendorong ke arah suatu masyarakat yang setara dan saksama serta egalitarian melawan tingkat darjat yang sedia ada baik kesemuanya[1][2][3][4] mahupun sebilangannya.[5] Hal ini dianggap golongan pelawannya yang "kanan" sebagai mengancam (khususnya kebebasan masyarakat sivil) dan/atau adat resam sedia ada. Fahaman ini memandang kepada lapisan dalam masyarakat sendiri yang dilihat diabaikan serta berpegang bahawa adanya ketidaksetaraan tertentu dalam masyarakat yang perlu dikurangkan atau dihapuskan[1] secara mendadak dan mengubah sifat masyarakat yang sedia ada.[5]

Di Dunia Barat, istilah "sayap kiri" selalu dikaitkan dengan demokrasi sosial dan liberalisme sosial (tetapi bukan liberalisme klasik), serta juga (khususnya di Eropah Barat) negara kebajikan dan sosialisme demokratik. Di Eropah Timur, Asia, Amerika Selatan, dan Afrika, istilah itu sering dikaitkan dengan Marxisme-Leninisme dan/atau Maoisme, serta isu-isu seperti anti-imperialisme dan pengagihan semula tanah.

Secara amnya, sayap kiri mendukung masyarakat sekular dan pelbagai budaya, dengan peranan penting untuk kerajaan kebangsaan. Sayap kiri dihubungkaitkan dengan beberapa bentuk popularisme, komunitarianisme, sindikalisme, gerakan kesatuan sekerja, anarkisme, libertarianisme kiri, sosialisme malah sejauh fahaman komunisme

Asal-usul dan sejarah istilah

sunting

Pengungkapan "kanan" ini berasal dari Perancis semasa awal zaman Revolusinya, apabila wakil-wakil rakyat kebanyakan (Darjat Ketiga) dan berfahaman liberal dalam Perhimpunan Kebangsaan duduk di kiri kerusi presiden sidang melawan wakil-wakil paderi (Darjat Pertama) dan bangsawan (Darjat Kedua) pada tahun 1789.[6][7] Di Senat Perancis, amalan wakil-wakil duduk di sebelah kanan atau kiri kerusi presiden mengikut kecenderungan politik masing-masing masih diteruskan sehingga ke hari ini.

Dalam wacana politik Barat masa kini, istilah ini sering digunakan untuk menyifatkan bentuk-bentuk sosialisme, demokrasi sosial, atau liberalisme dalam pemahaman istilah berkenaan di Amerika Syarikat dan Kanada.

Sesetengah pihak, termasuk Roger Scruton, menafikan bahawa politik hijau memang "berhaluan kiri" dengan mendakwa (dengan merujuk kepada kemusnahan alam sekitar yang berlaku di rejim-rejim komunis seperti Kesatuan Soviet) bahawa konservatisme ialah tempat asal semula jadi pemuliharaan. Pendukung-pendukung libertarian mendaka bahawa pihak-pihak yang memegang hak milik kebih berkemungkinan menjaga harta milik sendiri dengan lebih baik berbanding harta yang dikongsi. Kebanyakan pendukung politik hijau pula mengaitkan sayap kanan dengan eksploitasi sumber alam dalam pasaran bebas. Apabila ahli-ahli politik hijau membentuk gabungan politik (khususnya di Jerman, bahkan juga di kerajaan tempatan di negara lain), selalunya kumpulan-kumpulan itu berhaluan kiri[perlu rujukan], kecuali adanya Parti-parti hijau yang menyertai kerajaan kanan tengah seperti di Mexico dalam Parti Tindakan Nasional; dalam gabungan "hijau biru" 4 parti di Finland; dan, pada 9 Mac 2004, Indulis Emsis dari Kesatuan Ahli Politik Hijau dan Petani Latvia menjadi Perdana Menteri Hijau pertama di dunia, selaku ketua gabungan kanan tengah minoriti.

Sayap kiri sering disamakan dengan kelas bawahan dan perjuangan menentang penindasan. Maka itu, revolusi perindustrian menyaksikan politik sayap kiri semakin dikaitkan dengan keadaan kerja dan hak-hak pekerja dalam perindustrian baru, lalu melahirkan gerakan-gerakan yang mendukung demokrasi sosial, sosialisme dan kesatuan sekerja. Baru-baru ini, sayap kiri mengkritik apa yang dinampak sebagai sifat eksploitatif bentuk-bentuk globalisasi masa kini, seperti meningkatnya kilang peras tenaga dan "perlumbaan ke dasar", lalu sama ada cuba memupuk bentuk-bentuk globalisasi yang lebih adil seperti perdagangan saksama, ataupun cuba memujuk negara bangsa agar berpisah dari ekonomi global.

Walaupun sukar bagi pelbagai kumpulan berhaluan kiri mencapai kata sepakat bagi kaedah-kaedah tertentu bagi mencapai matlamat itu, namun hampir semua pihak berhaluan kiri bersepakat bahawa perlunya campur tangan kerajaan atau sosial dalam ekonomi,[perlu rujukan] meliputi ekonomi Keynes dan negara kebajikan melalui demokrasi perindustrian atau pasaran sosial hingga pemiliknegaraan ekonomi dan perancangan ekonomi.

Oleh sebab hak awam dan hak asasi manusia semakin meraih perhatian sepanjang abad ke-20, sayap kiri sudah bergabung dengan pendukung-pendukung kesamaan kaum dan jantina serta toleransi sesama budaya.

Sokongan campur tangan kerajaan atau sosial dalam pasaran menyebabkan sesetengah golongan sayap kiri bertentangan dengan penyokong pasaran bebas.

Rujukan

sunting
  1. ^ a b Smith, T. Alexander; Tatalovich, Raymond (2003). Cultures at War: Moral Conflicts in Western Democracies. Toronto, Canada: Broadview Press. m/s. 30. ISBN 9781551113340.
  2. ^ Bobbio, Norberto; Cameron, Allan (1997). Left and Right: The Significance of a Political Distinction. University of Chicago Press. m/s. 37.
  3. ^ Ball, Terence (2005). The Cambridge History of Twentieth-Century Political Thought (ed. Reprint.). Cambridge: Cambridge University Press. m/s. 614. ISBN 9780521563543. Dicapai pada 15 November 2016.
  4. ^ Thompson, Willie (1997). The Left In History: Revolution and Reform in Twentieth-Century Politics. London: Pluto Press. ISBN 978-0745308913.
  5. ^ a b Wright, Edmund, penyunting (2006). The Desk Encyclopedia of World History. New York: Oxford University Press. m/s. 370. ISBN 978-0-7394-7809-7.
  6. ^ Winock, Michel (2012). La Droite, hier et aujourd’hui (dalam bahasa Perancis). Perrin. m/s. 11–2. ISBN 9782832107508.
  7. ^ Bobbio, Norberto (2016). Left and Right: The Significance of a Political Distinction. John Wiley & Sons. ISBN 978-1-5095-1412-0.

Pautan luar

sunting