Schapendoes

baka anjing dari Belanda
(Dilencongkan dari Schapendoes Belanda)

Schapendoes Belanda[a] atau schapendoes[b] ialah satu baka anjing yang berasal dari Belanda. Schapendoes pada asalnya merupakan anjing gembala dan anjing ladang umum, tetapi kini juga menyertai sukan anjing seperti ketangkasan dan flyball.

Schapendoes Belanda
Seekor anjing ketangkasan baka schapendoes
Nama lainSchapendoes
Negara asalBelanda
Anjing (Canis lupus familiaris)

Sejarah sunting

Schapendoes diturunkan daripada jenis anjing ladang dan anjing gembala umum yang popular di provinsi Drenthe di Belanda dan di Veluwe, iaitu kawasan hutan dan tanah paya. "Does" dalam namanya ialah perkataan dialek tempatan yang memaksudkan "paya", seperti dalam nama bandar Doesburg. Anjing di sana mempunyai banyak nama dan bukan spesifik tertentu seperti istilah yang digunakan kini. Anjing ini merupakan anjing pekerja tempatan yang tersesuai terhadap orang, persekitaran, dan jenis kerja yang diperlukan. Ia dipamerkan dalam pertunjukan anjing awal, pada tahun 1870-an, sebagai anjing gembala domestik.

Anjing ini hampir pupus semasa Perang Dunia Kedua dan baka zaman moden diturunkan daripada beberapa ekor anjing terselamat. Raad van Beheer (kelab kenel kebangsaan Belanda) pertama kali mengiktiraf baka ini pada tahun 1952 dan piawaian pertama telah pada tahun 1954. Baka-baka berkaitan merupakan collie berjanggut, puli, anjing gembala tanah pamah Poland, anjing gembala lama Inggeris, anjing gembala Brie, anjing gembala Bergamo, dan anjing gembala biri-biri lama Jerman (schafspudel), yang kesemuanya merupakan versi kecil bagi anjing gembala dan anjing penjaga haiwan ternakan "jenis gunung".[1]

Baka ini diiktiraf oleh Persekutuan Kinologi Antarabangsa pada tahun 1971 sebagai baka nombor 313 dalam Kumpulan 1, Seksyen 1: Anjing Gembala Biri-biri.[2] Setelah dieksport ke Amerika Utara, baka ini diiktiraf oleh Canadian Kennel Club (sebagai Dutch Sheepdog, "anjing [gembala] biri-biri Belanda")[3] dan United Kennel Club (Amerika Syarikat) dalam kumpulan Gembala masing-masing. American Kennel Club telah menyenaraikan schapendoes sebagai sebahagian daripada Khidmat Ternakan Asasi-nya, langkah pertama dalam pengiktirafan baka.[4] Sebagai tambahan, ia diiktiraf oleh banyak kelab kenel kecil dan perniagaan pejabat pendaftaran anjing berdasarkan Internet.

Penampilan sunting

Schapendoes ialah anjing bersaiz sederhana dengan bulu panjang dan tebal pada tubuh, tungkai, ekor, dan muka. Telinga kecilnya tergantung ke bawah dan dilitupi bulu panjang. Mukanya mempunyai misai dan janggut. Lapis bulunya terdiri daripada sebarang warna.

 

Ketinggiannya adalah sehingga 50 cm (20 in) pada paras kelasa dan beratnya ialah 12–20 kg (26–44 lb), sehingga 25 kilogram (55 lb)* untuk jantan.

Perangai sunting

Piawaian baka memerihalkan schapendoes sebagai snjing peramah, bersemangat tinggi, dan penyayang. Ia bukan anjing penjaga atau pelindung agresif, dan jika tersosialisasi dengan betul semasa muda, kemungkinan besar menjadi anjing keluarga bagus, serta anjing baik untuk sukan aktif. Anjing cergas dan cerdas mesti menerima latihan dan aktiviti luaran kerap. Perangai setiap anjing mungkin berbeza-beza. Schapendoes lebih-lebih lagi sangat berdikari dan bekerjasama dengan jurulatihnya dan bukan pula mematuhi perintah.

Kesihatan sunting

Masalah kesihatan atau dakwaan kesihatan luar biasa belum didokumenkan untuk baka ini. Sebelum mendapatkan anak anjing, kepastian semua kelulusan kesihatan bapa dan ibu anjing perlu ada.

Lihat juga sunting

Catatan sunting

  1. ^ Jawi: سکاڤندوس بلندا; Belanda: Nederlandse schapendoes; bahasa Inggeris: Dutch schapendoes
  2. ^ Jawi: سکاڤندوس, Sebutan bahasa Melayu: [skapəndus]; Belanda: schapendoes, Sebutan Belanda: [ˈsxaːpəndus]

Rujukan sunting

  1. ^ "FCI-Standard N° 313 NEDERLANDSE SCHAPENDOES (Dutch Schapendoes)" [Piawaian FCI No. 313 Schapendoes Belanda] (pdf). Persekutuan Kinologi Antarabangsa (dalam bahasa Inggeris). Diterjemahkan oleh Chris Seidler. 14 April 1999. Dicapai pada 1 Februari 2024.CS1 maint: others (link)
  2. ^ "Group 1, Section 1" (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 4 Februari 2012. Dicapai pada 1 Februari 2024.
  3. ^ Canadian Kennel Club Breeds (Inggeris)
  4. ^ Schapendoes, American Kennel Club (Inggeris)

Pautan luar sunting