"Kerajaan Sealand"
Bendera Sealand Lambang
Bendera Lambang
Cogan kata: E mare libertas
(Latin: From the sea, freedom)
Lokasi Sealand
Bahasa rasmi Bahasa Inggeris
Raja Prince and Princess
Roy Bates and Joan Bates
Ketua kerajaan Prince Regent Michael Bates
Keluasan
 550
Bilangan penduduk  1 (Michael Bates; 2002)
Penubuhan
 – Diisytiharkan
 – Diiktiraf

 2 September 1967
 none
Mata wang Dolar Sealand = USD
Zon masa UTC

Sealand merupakan sebuah bangsa mikro (micronation) yang terletak di atas HM Fort Roughs (pernah dikenali sebagai Maunell Sea Fort), sebuah pangkalan era Perang Dunia Kedua, di Laut Utara, 10 km (6 batu) dari pantai Suffolk, England. Pihak Sealand mendakwa kawasan ini sebagai kawasan perairan wilayah mereka dengan menggunakan radius 12 batu nautika (mengikut Konvensyen Undang-Undang Laut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu).

Sejak 1967, pangkalan ini pernah dihuni oleh keluarga dan kenalan Paddy Roy Bates, seorang bekas penyiar radio dan bekas Mejar tentera British yang menuntut Sealand sebagai sebuah negara bebas dan berdaulat. Pengkritik serta mahkamah di Amerika Syarikat dan Jerman telah memutuskan bahawa Roughs Tower merupakan hak United Kingdom selama ini, tetapi pandangan ini dipertikaikan oleh keluarga Bates. Bilangan penduduk jarang melebihi sepuluh orang dan keluasannya ialah 550 m² (5920 kaki persegi). Tuntutan Sealand terhadap kedaulatan dan kesahihannya tidak diiktiraf oleh mana-mana negara, tetapi kadangkala dikemukakan sebagai kajian kes dalam perbahasan tentang bagaimana pelbagai prinsip undang-undang antarabangsa boleh diaplikasikan dalam sebuah penuntutan wilayah.

Pautan sunting