Disebut "Shay-Mus" jika mengikut loghat Ireland, Seamus Finnigan —seperti Ron Weasley—merupakan peminat kuat Quidditch. Dia berkongsi bilik asrama di Hogwarts dengan Harry Potter, Ron Weasley, Neville Longbottom dan Dean Thomas.

Watak Harry Potter
Seamus Finnigan
Jantina Lelaki
Warna rambut Hitam
Warna mata Tidak Diketahui
Rumah Gryffindor
Sekolah Hogwarts
Keturunan Campuran Sihir
Dilakonkan oleh Devon Murray
Kemunculan pertama Harry Potter and the Sorcerer's Stone (buku & filem)

Dia turut kelihatan ketika Piala Dunia Quidditch bersama Harry dan Keluarga Weasley dan sudah tentu menyokong Ireland menentang Bulgaria. Dia turut mempunyai loghat yang pekat. Kawan baiknya di Hogwarts ialah Dean Thomas. Ibunya seorang ahli sihir dan bapanya Muggle tetapi tidak mengetahui akan isterinya seorang ahli sihir sehingga selepas kahwin.

Dia pergi ke Majlis Tari-menari bersama Lavender Brown, dan menganggap Parvati dan Padma Patil adalah gadis yang paling menarik yang sama tahun dengannya.

Ketika tahun kelimanya, dia terpengaruh dengan ibunya dan The Daily Prophet, yang mendorongnya tidak mempercayai Harry sepenuhnya lalu menimbulkan ketegangan di asrama, kelas dan ruang tamu. Walau bagaimanapun, sikapnya berubah selepas membaca wawancara bersama Harry dalam lalu datang ke perjumpaan TD.

Pada penghujung buku keenam, dia bertengkar dengan ibunya tentang mengmbilnya balik dari Hogwarts, tetapi akhirnya bersetuju untuk membenarkannya berada di sana buat sementara waktu untuk memberikan penghormatan terakhir buat Dumbledore. Ini menunjukkan yang kini, dia lebih menghormati Dumbledore berbanding ketika permulaan Harry Potter dalam Kumpulan Phoenix.

Seamus ketika tahun pertama dalam Harry Potter and the Sorcerer's Stone

Seamus dilakonkan oleh Devon Murray dalam filem Harry Potter. Penampilannya agak menonjol dalam filem. Filem pertama banyak menunjukkan yang Seamus melakukan sihir sehingga meletup. Filem yang ketiga pula sering menunjukkan wataknya bersama-sama pelajar Gryffindor yang lain seperti ketika dalam kelas Peramalan dan ketika kekecohan apabila Perempuan Gemuk melarikan diri. Pada filem keempat pula, Seamus telah dicampak kapur oleh Alastor Moody di dalam kelas Pertahanan Terhadap Ilmu Hitam kerana menyelitkan gula-gula getah dibawah meja.

Lihat juga sunting